JKR Daerah Perak Tengah

JKR Daerah Perak Tengah Government Technical Department

PERHATIAN!!!Sebutharga Bil JD.PK.TGH.J 45/2026 PENTING!!!Pihak Kontraktor Perlu masuk Ke Sistem http://s3pk.perak.gov.my...
10/06/2026

PERHATIAN!!!
Sebutharga Bil JD.PK.TGH.J 45/2026
PENTING!!!
Pihak Kontraktor Perlu masuk Ke Sistem http://s3pk.perak.gov.my/ untuk membuat semakan kelayakan.
Tarikh Mula Semakan : 11.06.2026 (khamis)
Tarikh Tutup Semakan : 12.06.2026 (Jumaat)
NOTA PENTING : SILA BACA IKLAN DENGAN TELITI

JKR Daerah Perak Tengah merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa atas pelantikan...
09/06/2026

JKR Daerah Perak Tengah merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia yang berkuat kuasa mulai 8 Jun 2026.

Seluruh warga JKR Daerah Perak Tengah mendoakan agar beliau terus diberikan kecemerlangan dalam memimpin JKR Malaysia ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan, berintegriti dan berimpak tinggi kepada rakyat.

Sekalung tahniah dan selamat menjalankan amanah.

Ikhlas daripada
Jurutera Daerah JKR Perak Tengah dan Seluruh Warga
JKR Perak Tengah.

PERHATIANPANDUAN PROSES BIDAAN ATAS TALIAN (2026)Pohon perhatian kepada semua kontraktor, bagi penambaikan di dalam sist...
09/06/2026

PERHATIAN
PANDUAN PROSES BIDAAN ATAS TALIAN (2026)

Pohon perhatian kepada semua kontraktor, bagi penambaikan di dalam sistem S3PK yang mana merangkumi 3 langkah utama :
a) Muat turun dokumen sebutharga
b) Kemasukan maklumat bidaan
c) Cetakan borang sebutharga

Makluman & tindakan

Unit Ukur Bahan
JKR Perak Tengah

PERHATIAN!!!Sebutharga Bil JD.PK.TGH.J 44/2026 PENTING!!!Pihak Kontraktor Perlu masuk Ke Sistem http://s3pk.perak.gov.my...
03/06/2026

PERHATIAN!!!
Sebutharga Bil JD.PK.TGH.J 44/2026
PENTING!!!
Pihak Kontraktor Perlu masuk Ke Sistem http://s3pk.perak.gov.my/ untuk membuat semakan kelayakan.
Tarikh Mula Semakan : 04.06.2026 (khamis)
Tarikh Tutup Semakan : 05.06.2026 (Jumaat)
NOTA PENTING : SILA BACA IKLAN DENGAN TELITI

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-P...
31/05/2026

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah Takzim daripada, Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya Perak Tengah


Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua penganut Buddha.Semoga sambutan Hari Wesak yang penuh bermakna ini membawa ked...
31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua penganut Buddha.

Semoga sambutan Hari Wesak yang penuh bermakna ini membawa kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan kepada seluruh masyarakat. Marilah kita bersama-sama menghayati nilai kasih sayang, toleransi dan saling menghormati demi memperkukuhkan perpaduan serta keharmonian negara.

Selamat Hari Wesak 2026

β€œKeharmonian Dalam Kepelbagaian, Perpaduan Asas Kesejahteraan.”

Ikhlas daripada
Jabatan Kerja Raya
Perak Tengah

βœ¨πŸŒ™SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H / 2026M βœ¨πŸŒ™Dengan tulus ikhlas, kami mengucapkanSelamat Hari Raya Aidiladha kepada se...
26/05/2026

βœ¨πŸŒ™SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H / 2026M βœ¨πŸŒ™

Dengan tulus ikhlas, kami mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima Allah SWT,
memberi keberkatan, keinsafan, serta mengeratkan silaturahim sesama kita.

Ikhlas daripada kami,
Warga Kerja JKR Perak Tengah

✨ β€œSemoga pengorbanan kita diberkati, dan keikhlasan menjadi amalan.” ✨

PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA SIMPANG DAN LENCONGAN JALAN FT005Dimaklumkan bahawa simpang di Jalan Persekutuan FT005 da...
25/05/2026

PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA SIMPANG DAN LENCONGAN JALAN FT005

Dimaklumkan bahawa simpang di Jalan Persekutuan FT005 dari arah Changkat Lada ke Lekir (WCE) akan ditutup sementara sempena sambutan Hari Raya Aidiladha bermula:

πŸ—“οΈ 25 Mei 2026 (Isnin)
πŸ•˜ 9.00 malam

hingga

πŸ—“οΈ 3 Jun 2026 (Rabu)
πŸ•˜ 9.00 pagi

🚧 Penutupan ini melibatkan laluan terus dari arah Changkat Lada ke Lekir (WCE). Pengguna jalan raya dari arah tersebut hendaklah menggunakan laluan lencongan dan membuat pusingan U seperti yang ditunjukkan dalam pelan trafik yang disediakan.

⚠️ Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya:
β€’ Mematuhi papan tanda keselamatan dan arahan trafik di lokasi
β€’ Merancang perjalanan lebih awal
β€’ Berhati-hati ketika melalui kawasan kerja bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya

Kerjasama dan kesabaran orang ramai sepanjang tempoh penutupan ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Jabatan Kerja Raya Perak Tengah

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kakitangan JKR Perak Tengah, Saudara Muhammad Afiq Nuqman bin Shahrurizan atas kejay...
23/05/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kakitangan JKR Perak Tengah, Saudara Muhammad Afiq Nuqman bin Shahrurizan atas kejayaan mewakili kontinjen MAKSAK Perak dalam acara MAKSAK Indoor Games Esports FC26 yang telah berlangsung pada 14 hingga 17 Mei 2026 di Seremban, Negeri Sembilan.

Pasukan MAKSAK Perak berjaya meraih tempat ketiga pada edisi tahun 2026 sekali gus membawa pulang pingat gangsa dalam acara tersebut. Pertandingan ini dimainkan secara berpasukan melibatkan empat orang pemain merangkumi kategori Perseorangan 1, Berpasukan dan Perseorangan 2.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga JKR Perak Tengah untuk terus cemerlang dalam bidang sukan dan kerjaya.

Sekalung tahniah dan semoga terus maju jaya pada masa akan datang. πŸ‘πŸ…

PEMAKLUMAN LAMPU JALAN TIDAK BERFUNGSIDimaklumkan beberapa lampu jalan di sekitar kawasan Perak Tengah tidak berfungsi b...
19/05/2026

PEMAKLUMAN LAMPU JALAN TIDAK BERFUNGSI

Dimaklumkan beberapa lampu jalan di sekitar kawasan Perak Tengah tidak berfungsi berikutan kejadian kecurian kabel baru-baru ini.

πŸ“ Lokasi terlibat:
β€’ Jalan Persekutuan FT005 Seksyen 664 (Kg.Durian Kudung)
β€’ Jalan Persekutuan FT005 Seksyen 661.1( Jambatan Bota)
β€’ Jalan Negeri A236 Seksyen 1.5 (Simpang 3 Jalan Parit – Seri Iskandar)

Segala kesulitan amat dikesali. Kerjasama dan kesabaran tuan/puan amat dihargai.

Address

Pejabat Jurutera Daerah JKR Daerah Perak Tengah
Seri Iskandar
32610

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6053712093

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKR Daerah Perak Tengah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share