16/08/2026
NEGERI SEMBILAN NATIONAL PUSHBIKE CHAMPIONSHIP 2026 BERLANGSUNG MERIAH
Seremban, 16 Ogos 2026, Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah JBS Negeri Sembilan telah menyempurnakan majlis penyampaian cek cura Geran Padanan Sukan (GPS) KBS bernilai RM 30,000.00 kepada Kelab Fawn Speed Pushbike Negeri Sembilan yang telah berlangsung di Parkir Terbuka, AeON Seremban 2. Kejohanan PushBike ini diadakan dalam suasana yang penuh semangat kesukanan dan mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa pembangunan sukan rekreasi khususnya sukan pushbike di Negeri Sembilan. Paling menarik adalah peserta-peserta yang menyertai kejohanan ini adalah terdiri daripada kanak-kanak seusia 2 tahun hingga 7 tahun sahaja dan juga lain2 kategori jemputan.
Kejohanan ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 150
dari seluruh negara termasuk negeri sembilan sekali gus menjadi platform penting dalam usaha mencungkil bakat baharu dan memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat terutamanya kanak-kanak. Pemberian geran GPS ini diharapkan dapat memperkukuh lagi pembangunan sukan rekreasi malah sebagai tanda sokongan penganjuran kejohanan yang berkualiti dan berimpak tinggi pada masa akan datang. Turut hadir En Azharizal bin Santib, Penolong Pengarah Sukan JBS negeri Sembilan dan En Safuwan selaku President Fawn Speed Pushbike N9.
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia