Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan - ICU JPM

Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan - ICU JPM Halaman Rasmi Media Sosial Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan - ICU JPM NEGERI SEMBILAN

05/06/2026

๐Ÿ“ขNotis Sebut Harga - SH/PPNNS /T/003/2026๐Ÿ“ข
Kerja-kerja Pembaikan Bilik Mesyuarat dan Kerja-kerja Berkaitan di Ibu Pejabat Polis Kontijen Negeri Sembilan

Kontraktor yang berminat dijemput untuk klik pautan di bawah bagi mendapatkan maklumat lanjut.

๐Ÿ“ข IKLAN JAWATAN KOSONG ๐Ÿ“ขLANTIKAN SECARA KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE - COS) DI UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN, JABATAN PE...
05/06/2026

๐Ÿ“ข IKLAN JAWATAN KOSONG ๐Ÿ“ข
LANTIKAN SECARA KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE - COS) DI UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN, JABATAN PERDANA MENTERI (ICU JPM)

Jawatan:
- Jurutera Awam Gred J9
- Penolong Jurutera (Elektrik) Gred JA5
- Penolong Juruukur Bahan Gred JA5
Tawaran pengisian jawatan ini adalah TERBUKA kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang berkelayakan.
Calon yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian melalui pautan di bawah:
https://forms.gle/Je5tXsXHysXV7m1aA
โ€ผ๏ธ Tarikh Tutup: 12 Jun 2026, sebelum jam 5.00 petang
๐Ÿ“ฒ Sila mohon & sebarkan kepada yang berminat!



DIRGAHAYU TUANKU Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.





Menghayati Erti Pengorbanan, Menyemai Kasih Sesama Insan: Selamat Hari Raya Korban.Hari Raya Aidiladha singgah lagi memb...
26/05/2026

Menghayati Erti Pengorbanan, Menyemai Kasih Sesama Insan: Selamat Hari Raya Korban.

Hari Raya Aidiladha singgah lagi membawa seribu satu makna tentang erti sebuah pengorbanan. Bagi kami di ICU JPM Negeri Sembilan, semangat Aidiladha ini sentiasa mengingatkan kami untuk terus merendah diri dan meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan dalam setiap khidmat bakti.

Marilah kita sama-sama mengambil ibrah (pengajaran)โ€”bahawa sekecil-kecil kebaikan dan seikhlas-ikhlas perkongsian, amat besar nilainya bagi mereka yang memerlukan.

Semoga segala sumbangan dan usaha kebajikan kita diberkati Allah SWT serta menjadi asbab kebaikan buat masyarakat dan ummah.

Tulus ikhlas daripada
Pengarah dan seluruh warga kerja ICU JPM Negeri Sembilan.

Menjahit Doa Di Teratak Sewa: ICU JPM Jelmakan Impian Rumah Baharu Buat Kak AiniPendapatan yang tidak menentu hasil meng...
26/05/2026

Menjahit Doa Di Teratak Sewa: ICU JPM Jelmakan Impian Rumah Baharu Buat Kak Aini

Pendapatan yang tidak menentu hasil mengambil upah menjahit terpaksa dibahagikan demi masa depan seorang anak yang sedang menuntut di IPTA. Lebih meruntun jiwa, suami tercinta yang menjadi tonggak keluarga kini diuji p**a dengan dugaan kesihatan akibat strok mata yang menjejaskan penglihatannya. Biarpun dalam keadaan sakit, si suami menggagahkan diri juga mengambil upah memotong rumput demi menambah wang persaraan yang amat kecil.

Berbekalkan peruntukan RM80,000.00 dengan kerja sama YAPEIM dan ICU JPM Negeri Sembilan telah membina sebuah rumah baharu yang gah, sekali gus mengurangkan kesempitan hidup keluarga Kak Aini menyewa selama ini.

Komitmen jitu ICU JPM membuktikan bahawa Kerajaan MADANI tidak pernah membiarkan air mata rakyat miskin mengalir tanpa pembelaan, malah sentiasa turun padang membawa pembaharuan hidup yang sebenar.






25/05/2026

Sentuhan Kasih ICU JPM Membina Semula Syurga Jiwa-Jiwa Cekal

Tatkala hujan lebat membasahi bumi, ada hati yang tidak tenang menatap siling yang bocor. Ada bapa yang runsing memikirkan keselamatan anak-anak, dan ada anak yang tersedu mengenangkan ibu yang uzur di dalam rumah yang menanti rebah

Inilah realiti air mata yang tersembunyi di sebalik dinding-dinding usang yang retak menanti masa.
Encik Saiful dari Jelebu โ€”seorang penjual madu dan Imam kariah yang sabar mengasuh 4 cahaya mata yang masih bersekolah dengan pendapatan mengambil kerja-kerja kampung secara sambilan. Begitu juga dengan Puan Siti Nazeyrah dari Rasah, wanita cekal yang mengerah keringat menjual makanan tengahari demi menyara anak-anak sambil menggalas tanggungjawab menjaga ibunya yang uzur. Di sudut rumah yang daif inilah mereka berteduh, memendam doa yang tidak pernah putus.

Hari ini, rintihan dan doa yang dipanjatkan ke langit akhirnya terjawab.

Tunjang Kesejahteraan Rakyat: Kehadiran ICU JPM dan YaPEIM mencerminkan komitmen jitu Kerajaan MADANI yang sentiasa meletakkan kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat sebagai keutamaan tertinggi.

Batu bata mungkin boleh dibeli, tetapi sinar kebahagiaan dan maruah dihadiahkan oleh Kerajaan MADANI adalah bukti kecaknaan Kerajaan kepada keadilan sosial rakyat dan sentiasa ada untuk mendakap kepayahan rakyat.






CHECKLIST 10 AWAL ZULHIJJAHAyuh sama-sama kita rebut fadhilat keistimewaan 10 awal Zulhijjah!Daripada Ibnu Abbas R.A., N...
21/05/2026

CHECKLIST 10 AWAL ZULHIJJAH

Ayuh sama-sama kita rebut fadhilat keistimewaan 10 awal Zulhijjah!

Daripada Ibnu Abbas R.A., Nabi Muhammad SAW bersabda:
ู…ูŽุง ู…ูู†ู’ ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ุงู„ู’ุนูŽู…ูŽู„ู ุงู„ุตู‘ูŽุงู„ูุญู ูููŠู‡ูŽุง ุฃูŽุญูŽุจู‘ู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ู…ูู†ู’ ู‡ูŽุฐูู‡ู ุงู„ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ูŠูŽุนู’ู†ููŠ ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ูŽ ุงู„ู’ุนูŽุดู’ุฑูุŒ ู‚ูŽุงู„ููˆุง: ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ูุŒ ูˆูŽู„ุงูŽ ุงู„ู’ุฌูู‡ูŽุงุฏู ูููŠ ุณูŽุจููŠู„ู ุงู„ู„ู‡ูุŸ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ูˆูŽู„ุงูŽ ุงู„ู’ุฌูู‡ูŽุงุฏู ูููŠ ุณูŽุจููŠู„ู ุงู„ู„ู‡ูุŒ ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุฑูŽุฌูู„ูŒ ุฎูŽุฑูŽุฌูŽ ุจูู†ูŽูู’ุณูู‡ู ูˆูŽู…ูŽุงู„ูู‡ูุŒ ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฑู’ุฌูุนู’ ู…ูู†ู’ ุฐูŽู„ููƒูŽ ุจูุดูŽูŠู’ุกู
Maksudnya: โ€œTiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini iaitu Baginda memasukkan 10 hari terawal Zulhijjah. Para sahabat bertanya, โ€œWahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?โ€ Baginda bersabda, โ€œWalaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.โ€ (HR al-Bukhari)

Semoga Allah SWT memberi kita kekuatan untuk sentiasa melakukan amal soleh untuk bekalan di Akhirat kelak.




DINDING RAPUH, KASIH TAK LUNTUR: SINAR BAHARU BUAT IBU MITHALIAda orang menganggap sebuah rumah hanya tempat berteduh. B...
21/05/2026

DINDING RAPUH, KASIH TAK LUNTUR: SINAR BAHARU BUAT IBU MITHALI

Ada orang menganggap sebuah rumah hanya tempat berteduh. Bagi Puan Siti Nazeyrah, rumah seadanya inilah saksi bisu penat lelahnya mencari rezeki dengan menjual makanan sejuk beku kepak ayam madu.

Saban malam, dalam kedaifan bumbung yang bocor dan ruang yang usang, doa tidak pernah putus agar nasib anak-anak dan ibu tersayang terbela.

Hari ini, doa di keheningan malam itu terjawab. Melalui bantuan bernilai RM30,000.00 dengan kerja sama YAPEIM, beban berat yang selama ini digalas di bahu terasa ringan. Rumah ini bukan sekadar dibaik pulih strukturnya, tetapi maruah kehidupan mereka diangkat semula.

Terima kasih Kerajaan MADANI kerana hadir membawa cahaya di saat kegelapan.











Address

ARAS 8 DAN 9, MENARA MAINS, Jalan TAMAN BUNGA
Seremban
70100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 18:30

Telephone

+6067604800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan - ICU JPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan - ICU JPM:

Share