AADK Negeri Sembilan

  • Home
  • AADK Negeri Sembilan

AADK Negeri Sembilan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AADK Negeri Sembilan, Government Organization, .

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.Makluman buat sahabat Page FB AADKN9 yang dikasihi : Page rasmi ini akan ditutup k...
25/01/2021

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Makluman buat sahabat Page FB AADKN9 yang dikasihi :

Page rasmi ini akan ditutup kerana terdapat masalah teknikal dengan 'main account' yang kami gunakan. Admin ingin menjemput sahabat-sahabat followers page ini untuk terus mengikuti kami di Page FB yang baharu.

Klik link di bawah untuk menyatakan sokongan anda dalam usaha kita memerangi penyalahgunaan dadah :

https://www.facebook.com/AADKN9/

AADKN9 memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi dan mengucapkan terima kasih kepada followers setia kerana sentiasa menyokong aktiviti serta usaha pencegahan dadah yang kami jalankan.




  : TALKSHOW I-SMART AADK NEGERI SEMBILAN (FB LIVE) - "BBNU, BANGKIT!"Panggilan untuk para belia di luar sana!! Jumaat (...
02/12/2020

: TALKSHOW I-SMART AADK NEGERI SEMBILAN (FB LIVE) -
"BBNU, BANGKIT!"

Panggilan untuk para belia di luar sana!!

Jumaat (4 Disember 2020) ini pada jam 10.30 pagi, akan diadakan satu sesi FB LIVE di page AADK Negeri Sembilan yang akan disertai oleh panelis-panelis jemputan yang hebat dan berpengalaman iaitu :

1. Tn. Iskandar B. Turkee - Pengarah AADKN9

2. Dr. Fitri Haris - Penyanyi dan Motivator

3. En. Mohammad Rizan bin Hassan - Pembimbing dan Ikon Belia

Moderator :
Pn. Norasiken Ahmad - AADK N9

Program ini diadakan dengan kerjasama dari NGO - Majlis Belia Negeri Sembilan dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan bersempena dengan Sambutan Hari Belia Negara 2020 Peringkat Negeri Sembilan.

AADK N9 akan bersiaran secara LIVE daripada Pantheon Esport Club, Mesamall Nilai.

Jangan terlepas peluang untuk bersama-sama kami Jumaat ini. Ada hadiah cabutan bertuah untuk dimenangi.

Nantikan update dari kami dari masa ke masa. Keep in touch!



02/12/2020

MESEJ PENGARAH AADKN9 BUAT KLIEN DAN KOMUNITI BERHUBUNG PERKHIDMATAN RAWATAN DAN PEMULIHAN DADAH DALAM MUSIM KPB

Mari sama-sama kita dengarkan amanat Tn. Iskandar Bin Turkee, Pengarah AADKN9 berhubung perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah sepanjang PKPB yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia.


RANGKUMAN AKTIVITI AADKN9 MINGGU INI :  #5 : SESI TEMURAMAH MEDIA BERSAMA PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA) ...
28/11/2020

RANGKUMAN AKTIVITI AADKN9 MINGGU INI :

#5 : SESI TEMURAMAH MEDIA BERSAMA PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA) NEGERI SEMBILAN

Terima kasih buat pihak BERNAMA N9 kerana telah hadir ke AADK N9 untuk mengadakan satu sesi temuramah khas bersama tuan Pengarah untuk mendapatkan input dan penjelasan dari AADKN9 tentang isu dan permasalahan dadah di negeri ini.

Kami sangat menghargai komitmen semua rakan media di Negeri Sembilan kerana sentiasa menyokong dan bersama-sama kami dalam menyampaikan maklumat yang sahih tentang permasalahan dadah.

Peranan media sangat penting dalam isu seperti ini terutamanya untuk mendidik komuniti tentang bahaya penyalahgunaan dadah melalui liputan di media massa, media cetak dan media sosial.


RANGKUMAN AKTIVITI AADKN9 MINGGU INI :  #4 : BACAAN YASSIN DAN USRAH NURANI MINGGUANAktiviti bacaan Yassin dan usrah min...
28/11/2020

RANGKUMAN AKTIVITI AADKN9 MINGGU INI :

#4 : BACAAN YASSIN DAN USRAH NURANI MINGGUAN

Aktiviti bacaan Yassin dan usrah minggu ini telah dipimpin oleh Saudara Mohd Idzhar dan disertai oleh kakitangan yang hadir bekerja di pejabat semalam.

Aktiviti seperti ini bukan sahaja dapat mengeratkan silatulrahim malah dapat memberikan pengisian rohani buat para kakitangan agar lebih bermotivasi dan mampu menjalankan amanah dengan dedikasi di masa akan datang.



RANGKUMAN AKTIVITI AADKN9 MINGGU INI :  #3 : KUNJUNG HORMAT PENGARAH AADK N9 KE ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) ...
28/11/2020

RANGKUMAN AKTIVITI AADKN9 MINGGU INI :

#3 : KUNJUNG HORMAT PENGARAH AADK N9 KE ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) NEGERI SEMBILAN

Pada Khamis lalu, Pengarah AADKN9, Tn Iskandar bin Turkee telah mengadakan satu kunjung hormat ke Pejabat APM N9 di Labu, Seremban. Ketibaan pihak AADK disambut oleh Pengarah APM Negeri Sembilan, Lt. Kol. Fazlisyah bin Muslim.

Perbincangan kali ini menjurus kepada aspek membantu kepulihan klien. AADKN9 sangat berbesar hati apabila APM bersetuju untuk bekerjasama dengan lebih erat dalam membantu AADK dari aspek pencegahan serta rawatan & pemulihan, antaranya :

1. Memberi pendedahan kepada klien AADK sebagai Civil Defense Emergency Response Team.

2. Menggerakkan jawatankuasa antidadah peringkat APM Negeri Sembilan agar aktif dalam mengadakan program pencegahan dadah

3. Mengadakan latihan/TOT pencegahan dadah kepada pegawai APM

4. Menjalinkan kerjasama strategik untuk gerak kerja secara holistik pada tahun 2021.

Terima kasih pihak APM N9 kerana menyambut baik hasrat kami dalam usaha memerangi dadah di Negeri Sembilan.



RANGKUMAN AKTIVITI AADK N9 MINGGU INI :  #2 : KUNJUNG HORMAT PENGARAH AADKN9 KE JBATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) NEGERI S...
28/11/2020

RANGKUMAN AKTIVITI AADK N9 MINGGU INI :

#2 : KUNJUNG HORMAT PENGARAH AADKN9 KE JBATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) NEGERI SEMBILAN

Satu sesi kunjung hormat Pengarah AADKN9 ke pejabat JPJ N9 telah dilaksanakan pada minggu ini.

Seperti biasa, AADKN9 membawa hasrat untuk meneruskan kerjasama baik yang telah terjalin dengan pihak JPJ terutamanya untuk memantapkan lagi pelaksanaan operasi bersepadu sekatan jalan raya (SJR) berkala yang akan disusun secara bersama-sama.

Antara lain yang dibincangkan adalah usaha dalam mempertingkatkan program pencegahan samada dengan mewujudkan jawatan kuasa tempat kerja bebas dadah, latihan kepada pegawai JPJ berhubung pelaksanaan program pencegahan dan kesedaran awam terhadap permasalahan dadah.

AADK N9 juga akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk mempergiatkan penyampaian input kesedaran antiddah kepada komuniti khususnya buat kumpulan sasar yang hadir mendapatkan perkhidmatan JPJ.



RANGKUMAN AKTIVITI AADKN9 MINGGU INI :  #1  :  SESI PERBINCANGAN PELAKSANAAN PROJEK INKUBATOR TANI NEET @ N9 UNTUK KLIEN...
28/11/2020

RANGKUMAN AKTIVITI AADKN9 MINGGU INI :

#1 : SESI PERBINCANGAN PELAKSANAAN PROJEK INKUBATOR TANI NEET @ N9 UNTUK KLIEN AADK DAN BELIA N9 BERSAMA NGO CReAM

Satu sesi perbincangan di antara AADK N9 dan Pertubuhan Resiliensi Komuniti Malaysia (CReAM) telah diadakan pada 25 November lalu untuk menjalankan gerak kerja Projek Inkubator Tani - NEET @ N9 yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Peringkat N9 Bil.2/2020 yang lalu.

Projek ini akan melibatkan kumpulan sasar seperti klien yang sedang menjalani pemulihan dan belia-belia di kawasan berisiko tinggi di N9.

Ia bertujuan untuk mengurangkan kadar relaps klien yang biasanya terjadi akibat tiada pekerjaan serta kurang keyakinan diri untuk menetapkan halatuju hidup yang jelas. Selain itu juga, projek ini berhasrat untuk membantu belia berisiko untuk mengisi masa mereka dari terjebak dengan gejala yang tidak sihat.

Impak yang diharapkan melalui inisiatif ini adalah kami mahu rakyat di Negeri Sembilan tidak menjadikan dadah sebagai solusi bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan mereka.

Dengan adanya projek seperti ini, klien dan belia berisiko dapat menghabiskan masa dengan kemahiran tertentu di samping meningkatkan taraf kehidupan mereka.



Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AADK Negeri Sembilan:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share