Pejabat Penyelaras DUN Semenyih

Pejabat Penyelaras DUN Semenyih Pejabat Penyelaras DUN Semenyih
Mendekati rakyat. Menyelesaikan masalah. Membina masa depan bersama.

Ucapan Selamat Hari Pekerja 2026 drp YB Datuk Wira Haji Johan Abd Aziz Penyelaras DUN Semenyih kpd semua khususnya kod w...
01/05/2026

Ucapan Selamat Hari Pekerja 2026 drp YB Datuk Wira Haji Johan Abd Aziz Penyelaras DUN Semenyih kpd semua khususnya kod warga pekerja DUN Semenyih

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026 kepada seluruh warga pekerja di DUN Dusun Tua, DUN Semenyih dan seluruh negara.

Pengorbanan serta komitmen para pekerja dalam setiap sektor adalah tunjang kepada kemajuan ekonomi dan kesejahteraan negara.

Semoga segala jasa dan keringat yang dicurahkan terus dihargai dan kita bersama-sama melangkah ke hadapan membina Malaysia yang lebih maju, adil dan sejahtera ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

YB Johan Abd Aziz

KHIDMAT MASYARAKATโ€ข Penduduk Semenyih/ Beranang Anda bukan ASNAF semasa mendaftar dengan  LEMBAGA ZAKAT SELANGOR?Mari se...
01/05/2026

KHIDMAT MASYARAKAT
โ€ข Penduduk Semenyih/ Beranang

Anda bukan ASNAF semasa mendaftar dengan LEMBAGA ZAKAT SELANGOR?
Mari semak kelayakan anda untuk BANTUAN ASNAF LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
@ PROGRAM SKUAD JEJAK ASNAF LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Tarikh : 9 Mei 2026
Hari: Sabtu
Masa: 9.30am - 12.30pm
Lokasi: Masjid Bandar Rinching, Semenyih

Penyelaras DUN Semenyih Datuk Wira Haji Johan Abd Aziz tetap perihatin nasib warga Semenyih.
05/04/2026

Penyelaras DUN Semenyih Datuk Wira Haji Johan Abd Aziz tetap perihatin nasib warga Semenyih.

MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI 1447H / 2026MPUSAT KHIDMAT MASYARAKAT PENYELARAS DUN SEMENYIHุงูŽู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ...
04/04/2026

MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI 1447H / 2026M
PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT PENYELARAS DUN SEMENYIH

ุงูŽู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Dengan segala hormatnya menjemput YB./ YBhg./ YBrs. Tan Sri/ Puan Sri/ Datoโ€™/ Datin/ Tuan/ Puan ke:

Majlis Jamuan Aidilfitri 1447H / 2026M YB Datuk Wira Hj Johan bin Abd Aziz (Penyelaras DUN Semenyih) dan YBhg. Datin Wira Hajah Norsiah binti Ismail.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: Sabtu, 11 April 2026
๐Ÿ•— Masa: 8.00 malam โ€“ 11.00 malam
๐Ÿ“ Lokasi: Dewan Komuniti Semenyih

https://maps.app.goo.gl/nMC4d3i6fFAZajza8

Semoga kehadiran anda semua bersama keluarga dapat memeriahkan lagi majlis ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

YB Datuk Wira Johan Aziz

Penyelaras DUN Semenyih


@

19/03/2026
18/03/2026

Kami daripada Pusat Khidmat Masyarakat Penyelaras DUN Semenyih mengucapkan
โ€ข SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI โ€ข
MAAF ZAHIR DAN BATIN



17/03/2026

โ€œKITA JADIKAN RUMAH AL FATTAH INI KELUARGA ANGKAT PENYELARAS DUN
SEMENYIHโ€..
- YB Datuk Wira Haji Johan Abd Aziz
Terima Kasih YB. Mulia sungguh hatimu.

Permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Tahun 2026 kini telah dibuka khusus buat anak Selangor yan...
15/03/2026

Permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Tahun 2026 kini telah dibuka khusus buat anak Selangor yang melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi.

Inisiatif ini merupakan pemberian secara โ€œone-offโ€ daripada Kerajaan Negeri Selangor sebagai tanda sokongan dan galakan kepada para pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan.

๐Ÿ“… Tempoh Permohonan:
15 Mac 2026 hingga 14 April 2026

Saya ingin menggalakkan anak-anak DUN Dusun Tua dan juga DUN Semenyih yang layak supaya tidak melepaskan peluang ini dan membuat permohonan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Perhatian penting:

โ€ข Sila baca syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum membuat permohonan menerusi kod QR yang diberikan
โ€ข Permohonan yang dibuat selepas tarikh tutup tidak akan diproses
โ€ข Permohonan adalah secara online sahaja dan tiada penghantaran dokumen secara fizikal di kaunter

Semoga inisiatif ini dapat membantu meringankan beban keluarga serta menjadi pemangkin kepada kejayaan anak-anak Selangor dalam menuntut ilmu; insya Allah.

YB Johan Abd Aziz

https://www.facebook.com/share/p/1C2bmXoCUs/?mibextid=wwXIfr2,000 Penerima Nikmati Baucar Jom Shopping Aidilfitri ๐Ÿ›’๐ŸŒ™Sera...
14/03/2026

https://www.facebook.com/share/p/1C2bmXoCUs/?mibextid=wwXIfr

2,000 Penerima Nikmati Baucar Jom Shopping Aidilfitri ๐Ÿ›’๐ŸŒ™

Seramai 2,000 individu di DUN Dusun Tua dan DUN Semenyih menerima baucar melalui Program Jom Shopping Aidilfitri bagi membantu persiapan menyambut Syawal.
Inisiatif Kerajaan Selangor itu melibatkan nilai keseluruhan RM400,000 untuk menyokong keluarga berpendapatan rendah.

Antara perkara penting:
โ€ข ๐Ÿงพ 2,000 penerima di dua DUN
โ€ข ๐Ÿ’ฐ Jumlah bantuan RM400,000
โ€ข ๐Ÿ“ Dusun Tua: 900 penerima (RM180,000)
โ€ข ๐Ÿ“ Semenyih: 1,100 penerima (RM220,000)

Semoga bantuan ini membawa kegembiraan kepada penerima dalam membuat persiapan Aidilfitri bersama keluarga.

2,000 Penerima Nikmati Baucar Jom Shopping Aidilfitri ๐Ÿ›’๐ŸŒ™

Seramai 2,000 individu di DUN Dusun Tua dan DUN Semenyih menerima baucar melalui Program Jom Shopping Aidilfitri bagi membantu persiapan menyambut Syawal.
Inisiatif Kerajaan Selangor itu melibatkan nilai keseluruhan RM400,000 untuk menyokong keluarga berpendapatan rendah.

Antara perkara penting:
โ€ข ๐Ÿงพ 2,000 penerima di dua DUN
โ€ข ๐Ÿ’ฐ Jumlah bantuan RM400,000
โ€ข ๐Ÿ“ Dusun Tua: 900 penerima (RM180,000)
โ€ข ๐Ÿ“ Semenyih: 1,100 penerima (RM220,000)

Semoga bantuan ini membawa kegembiraan kepada penerima dalam membuat persiapan Aidilfitri bersama keluarga.

MAKLUMAN UNTUK USAHAWAN DUN DUSUN TUA & DUN SEMENYIHโ€ข Datuk Wira Haji Johan Abd AzizPenyelaras DUN Semenyih.
04/03/2026

MAKLUMAN UNTUK USAHAWAN DUN DUSUN TUA & DUN SEMENYIH
โ€ข Datuk Wira Haji Johan Abd Aziz
Penyelaras DUN Semenyih.

4 Mac 2026

MAKLUMAN UNTUK USAHAWAN DUN DUSUN TUA & DUN SEMENYIH

Kerajaan melalui Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) menyediakan bantuan geran penuh antara RM3,000 hingga RM5,000 kepada usahawan luar bandar bagi membantu mengukuhkan dan mengembangkan perniagaan.

Antara kegunaan geran:

โ€ข Pembelian atau baik pulih mesin dan peralatan
โ€ข Pengubahsuaian premis perniagaan
โ€ข Modal pusingan perniagaan

Syarat utama:

โ€ข Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas
โ€ข Perniagaan beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun
โ€ข Berdaftar dengan SSM dan mempunyai lesen PBT
โ€ข Pendapatan tahunan kurang RM200,000

Antara kategori perniagaan layak:

Perkhidmatan, Makanan & Minuman, Pembuatan, Pertanian, ICT & Teknologi Kreatif, Wellness serta Lifestyle.

Program ini bertujuan membantu usahawan mikro luar bandar meningkatkan kapasiti perniagaan dan menambah pendapatan melalui sokongan geran tanpa bayaran balik.

Pertanyaan: 03-8891 5602
(Bahagian Pembangunan Usahawan Desa, KKDW)

Maklumat lanjut:

https://www.rurallink.gov.my/program-sokongan-pengukuhan-keusahawanan-luar-bandar-spklb/

YB Johan Abd Aziz

Address

No 5, 1, Jalan Semenyih Sentral 8, Taman Semenyih Sentral
Semenyih
43500

Opening Hours

Monday 09:30 - 17:00
Tuesday 09:30 - 17:00
Wednesday 09:30 - 17:00
Thursday 09:30 - 17:00
Friday 09:30 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Penyelaras DUN Semenyih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share