Komunikasi Keadilan Hulu Langat

Komunikasi Keadilan Hulu Langat Page Rasmi Biro Komunikasi Keadilan Cabang Hulu Langat | Mendekatkan Parti dengan Rakyat !

13/12/2025

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sdr. Ahmad Azri Bin Zainal Nor, Ketua Yayasan MBI Selangor, atas pengurniaan Darjah Kebesaran Ahli Mangku Selangor (AMS) oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sempena Hari Keputeraan Baginda.

Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap komitmen, dedikasi dan khidmat bakti beliau dalam memperkasa agenda kebajikan serta pembangunan masyarakat di Negeri Selangor. Sesungguhnya, kecemerlangan kepimpinan dan sumbangan beliau melalui Yayasan MBI Selangor telah memberi impak yang signifikan kepada rakyat, khususnya dalam memperkukuh program kemasyarakatan dan kesejahteraan sosial.

Ketua Cabang Rajen Vmunusamy dan Barisan Jawatankuasa KEADILAN Cabang Hulu Langat menzahirkan setinggi penghargaan serta ucapan syabas atas anugerah ini. Semoga penganugerahan tersebut menjadi pemangkin semangat kepada beliau untuk terus melaksanakan amanah dengan penuh integriti dan berkhidmat demi kemajuan serta kesejahteraan seluruh rakyat Selangor.

Tahniah sekali lagi dan selamat maju jaya.

11/12/2025
09/12/2025

Penghargaan yang diberikan oleh Setiausaha Agung KEADILAN, YBhg. Fuziah Salleh kepada Cabang Hulu Langat benar-benar membawa makna besar. Pengiktirafan ini terhasil daripada usaha gigih, kesepakatan dan komitmen setiap Ahli Jawatankuasa Cabang Hulu Langat.

Setinggi-tinggi syabas dan terima kasih kepada seluruh kepimpinan serta barisan jawatankuasa yang sentiasa menunjukkan sokongan padu kepada cabang.

Semoga semangat ini terus dipertahankan, dengan iltizam berterusan dalam memperkukuh kepimpinan Presiden, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.



23/11/2025
16/11/2025
07/11/2025
06/11/2025

Untung Rakyat Selangor.

Dua-dua bantuan bulanan ;

Bingkas ( Bantuan Negeri Selangor )
πŸ’· RM 300.00 Sebulan

MyKasih ( Bantuan Kerajaan Madani 2025 )
πŸ’· RM 100.00 Sebulan

Beza antara 2 jenis bantuan ni ,

Bingkas boleh beli semua jenis makanan , tak kira Kering atau Basah

MyKasih p**a , tak boleh beli makanan Basah

Dua-dua bantuan ni sangat-sangat membantu keluarga ramai .





01/11/2025

RISSC mengiktiraf Anwar Ibrahim tokoh Muslim paling berpengaruh atas peranan diplomasi serantau.

Baca berita penuh dalam komen πŸ‘‡

Address

Semenyih
43500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Komunikasi Keadilan Hulu Langat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share