PAS Hulu Langat Page Rasmi

PAS Hulu Langat Page Rasmi Page Rasmi PAS Kawasan Hulu Langat

𝗠𝗶𝗻𝗱𝗮 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗣𝗔𝗦𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗡𝗚𝗚𝗘𝗟𝗔𝗠𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠Kitab suci al-Quran menjadi petunjuk yang bermukjizat dan...
01/06/2026

𝗠𝗶𝗻𝗱𝗮 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗣𝗔𝗦

𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗡𝗚𝗚𝗘𝗟𝗔𝗠𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠

Kitab suci al-Quran menjadi petunjuk yang bermukjizat dan sunnah Rasulullah SAW terus menjadi qudwah (ikutan) yang tidak boleh diubah dalam perjalanan politik Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sejak penubuhan yang ditetapkan dalam perlembagaannya, menunjukkan bagaimana beramal dengan al-Quran yang tetap dipelihara Allah.

Al-Quran melaporkan bahawa inilah pegangan semua anbiya’ dan auliya’ pada zaman dahulu yang diteruskan oleh nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT:

فَٱسۡتَقِمۡ كَمَآ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡاْۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ ١١٢ وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ ١١٣

“Maka, tetaplah kamu di jalan yang benar (Islam) sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat berserta kamu, serta janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya, Dia Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan. (112) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api Neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberikan pertolongan. (113)” [Surah Hud: 112–113]

Allah menceritakan Nabi Nuh AS beristiqamah bersama petunjuk Allah (Islam) selama hampir 1,000 tahun. Firman Allah SWT:

وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوۡمِهِۦ فَلَبِثَ فِيهِمۡ أَلۡفَ سَنَةٍ إِلَّا خَمۡسِينَ عَامٗا فَأَخَذَهُمُ ٱلطُّوفَانُ وَهُمۡ ظَٰلِمُونَ ١٤

“Dan sesungguhnya, Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka dia tinggal antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun. Maka, mereka ditimpa banjir besar dan mereka ialah orang-orang yang zalim.” [Surah al-‘Ankabut: 14]

Selepas taufan, Nuh AS hidup beberapa ratus tahun lagi memimpin kaumnya.

Seterusnya, Allah SWT menceritakan Nabi Musa dan Nabi Harun AS menentang Firaun (raja) yang paling zalim dan ganas dalam sejarah dunia:

وَقَالَ مُوسَىٰ رَبَّنَآ إِنَّكَ ءَاتَيۡتَ فِرۡعَوۡنَ وَمَلَأَهُۥ زِينَةٗ وَأَمۡوَٰلٗا فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّواْ عَن سَبِيلِكَۖ رَبَّنَا ٱطۡمِسۡ عَلَىٰٓ أَمۡوَٰلِهِمۡ وَٱشۡدُدۡ عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ فَلَا يُؤۡمِنُواْ حَتَّىٰ يَرَوُاْ ٱلۡعَذَابَ ٱلۡأَلِيمَ ٨٨ قَالَ قَدۡ أُجِيبَت دَّعۡوَتُكُمَا فَٱسۡتَقِيمَا وَلَا تَتَّبِعَآنِّ سَبِيلَ ٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ ٨٩

“Musa berkata, ‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau telah memberi Firaun dan pemuka-pemuka kaumnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia! Wahai Tuhan Kami — akibatnya mereka menyesatkan (manusia) dari jalan Engkau! Wahai Tuhan kami, binasakanlah harta benda mereka dan kunci matilah hati mereka, maka mereka tidak beriman hingga mereka melihat seksaan yang pedih!’ (88) Allah berfirman, ‘Sesungguhnya, telah diperkenankan permohonan kamu berdua, sebab itu tetaplah kamu berdua di jalan yang lurus dan janganlah sekali-kali kamu mengikuti jalan orang-orang yang tidak mengetahui.’ (89)” [Surah Yunus: 88–89]

Allah mewajibkan mereka beristiqamah atas perjuangan yang terbuka dan dilarang berganjak. Para ulama’ menyatakan mereka beristiqamah selama 40 tahun sebelum diberikan kemenangan dengan Firaun ditenggelamkan bersama bala tenteranya. Nabi Musa dan Nabi Harun AS bersama kaum mereka pun meneruskan perjalanan supaya berjihad menegakkan negara di tanah suci Palestin yang dibuka oleh Nabi Ibrahim AS. Allah tidak mengizinkan Bani Isra’il menduduki Palestin apabila mereka meninggalkan kitab Allah (Taurat).

Maka, Rasulullah SAW beristiqamah bersama Islam yang wajib ditegakkan sehingga menolak tawaran menjadi raja dan pemimpin. Baginda menegaskan kepada bapa saudaranya, Abu Talib yang membawa tawaran itu:

يَا عَمُّ، وَاَللَّهِ ‌لَوْ ‌وَضَعُوا ‌الشَّمْسَ ‌فِي ‌يَمِينِي، وَالْقَمَرَ فِي يَسَارِي عَلَى أَنْ أَتْرُكَ هَذَا الْأَمْرَ حَتَّى يُظْهِرَهُ اللَّهُ، أَوْ أَهْلِكَ فِيهِ، مَا تَرَكْتُهُ.

“Wahai bapa saudara tersayang, demi Allah, sekiranya mereka meletakkan (memberiku kuasa lagi dengan) matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku supaya aku meninggalkan urusan ini (Islam berkuasa), sehinggalah Allah memenangkannya atau aku mati dalam perjuangannya, nescaya aku tidak meninggalkan perjuangan ini!” [Ibn Hisham, al-Sirah al-Nabawiyyah, jld. 1, hlm. 266]

Sehinggakan, Baginda SAW dihalau kemudiannya berhijrah ke Madinah bersama Islam, lalu menegakkan negaranya. Firman Allah SWT:

ٱلَّذِينَ أُخۡرِجُواْ مِن دِيَٰرِهِم بِغَيۡرِ حَقٍّ إِلَّآ أَن يَقُولُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُۗ وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضٖ لَّهُدِّمَتۡ صَوَٰمِعُ وَبِيَعٞ وَصَلَوَٰتٞ وَمَسَٰجِدُ يُذۡكَرُ فِيهَا ٱسۡمُ ٱللَّهِ كَثِيرٗاۗ وَلَيَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ٤٠ ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّـٰهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ ٤١

“(Iaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata, ‘Tuhan kami hanyalah Allah.’ Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi, dan masjid-masjid yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya, Allah pasti menolong orang yang menolong-Nya (agama-Nya). Sesungguhnya, Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (40) (Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma‘ruf, dan mencegah daripada perbuatan yang mungkar; dan kepada Allahlah kembali segala urusan. (41)” [Surah al-Hajj: 40–41]

Madinah menjadi sebuah negara masyarakat majmuk yang dipimpin oleh Islam.

Prinsip “رَبُّنَا ٱللَّهُ” ialah seluruh alam diciptakan Allah, bermaksud wajib Islam yang datang daripada Allah untuk mentadbir alam. Firman Allah SWT:

أَفَغَيۡرَ دِينِ ٱللَّهِ يَبۡغُونَ وَلَهُۥٓ أَسۡلَمَ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ طَوۡعٗا وَكَرۡهٗا وَإِلَيۡهِ يُرۡجَعُونَ ٨٣

“Maka, adakah mereka mencari agama yang lain daripada agama Allah (Islam), padahal kepada-Nyalah menyerahkan diri segala yang di langit dan di bumi, baik dengan s**a mahupun terpaksa, dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan.” [Surah Ali ‘Imran: 83]

Islam ialah al-din (petunjuk yang wajib kepada seluruh alam) yang dilaksanakan dengan menyerah diri kepada Allah (Islam), sama ada secara fitrah (naluri) ataupun taklif (diwajibkan secara pilihan tanpa paksaan).

Islam ialah perjuangan terbuka para anbiya’ dan pengikut mereka, serta merupakan amalan terbaik di sisi Allah kepada kump**an terpilih dengan hidayah-Nya. Firman Allah SWT:

وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلٗا مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ ٣٣ وَلَا تَسۡتَوِي ٱلۡحَسَنَةُ وَلَا ٱلسَّيِّئَةُۚ ٱدۡفَعۡ بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِي بَيۡنَكَ وَبَيۡنَهُۥ عَدَٰوَةٞ كَأَنَّهُۥ وَلِيٌّ حَمِيمٞ ٣٤ وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ٱلَّذِينَ صَبَرُواْ وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٖ ٣٥ وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ نَزۡغٞ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِۖ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ ٣٦

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata, ‘Sesungguhnya aku termasuk orang-orang Islam (yang menyerah diri).’ (33) Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. (34) Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar. (35) Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (36)” [Surah Fussilat: 33–36]

Perjuangan Islam adalah berterus terang tanpa bersembunyi dalam berdakwah pada tajuknya. Adapun pendekatannya sentiasa berubah mengikut keadaan semasa.

Hanya Islam sahaja ketetapan Allah kepada semua anbiya’. Firman Allah SWT:

وَمَن يَرۡغَبُ عَن مِّلَّةِ إِبۡرَٰهِـۧمَ إِلَّا مَن سَفِهَ نَفۡسَهُۥۚ وَلَقَدِ ٱصۡطَفَيۡنَٰهُ فِي ٱلدُّنۡيَاۖ وَإِنَّهُۥ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ لَمِنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ ١٣٠ إِذۡ قَالَ لَهُۥ رَبُّهُۥٓ أَسۡلِمۡۖ قَالَ أَسۡلَمۡتُ لِرَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ١٣١ وَوَصَّىٰ بِهَآ إِبۡرَٰهِـۧمُ بَنِيهِ وَيَعۡقُوبُ يَٰبَنِيَّ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰ لَكُمُ ٱلدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ ١٣٢ أَمۡ كُنتُمۡ شُهَدَآءَ إِذۡ حَضَرَ يَعۡقُوبَ ٱلۡمَوۡتُ إِذۡ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعۡبُدُونَ مِنۢ بَعۡدِيۖ قَالُواْ نَعۡبُدُ إِلَٰهَكَ وَإِلَٰهَ ءَابَآئِكَ إِبۡرَٰهِـۧمَ وَإِسۡمَٰعِيلَ وَإِسۡحَٰقَ إِلَٰهٗا وَٰحِدٗا وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ ١٣٣

“Dan tidak ada yang benci kepada agama Ibrahim melainkan orang yang memperbodoh dirinya sendiri, dan sungguh Kami telah memilihnya di dunia dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang soleh. (130) Ketika Tuhannya berfirman kepadanya, ‘Islamlah (tunduk patuhlah)!’ Ibrahim menjawab, ‘Aku Islam (tunduk patuh) kepada Tuhan semesta alam.’ (131) Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian p**a Ya‘qub. (Ibrahim berkata), ‘Wahai anak-anakku, sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam!’ (132) Adakah kamu hadir ketika Ya‘qub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika dia berkata kepada anak-anaknya, ‘Apa yang kamu sembah sepeninggalanku?’ Mereka menjawab, ‘Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Isma‘il, dan Ishaq, (iaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya Islam (tunduk patuh) kepada-Nya.’ (133)” [Surah al-Baqarah: 130–133]

Semua anbiya’ berterus terang bahawa mereka itu berjenama Islam. Maka, PAS tetap bersama tajuk Islam dan memilih pendekatan demokrasi yang memberikan kebebasan bersuara yang berpandukan Islam. Suara PAS tetap Islam tanpa disembunyikan dan menolak semua perkara yang berlawanan dengan Islam, termasuk dalam amalan demokrasi Barat. Inilah pendekatan para anbiya’ dan auliya’ pilihan Allah yang memilih pendekatan secara damai dan tidak ada paksaan.

PAS tidak berganjak dalam berjenama Islam secara terbuka di hadapan semua pihak, termasuk dalam bekerjasama dengan pihak bukan Islam berpandukan firman Allah SWT:

لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ ٨ إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ ٩

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (p**a) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (8) Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu serta membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan sesiapa yang menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)” [Surah al-Mumtahanah: 8–9]

Apabila kaum Yahudi dan kaum Musyrikin melanggar dasar Islam yang dimeteraikan, maka kerjasama dibatalkan.

PAS tidak pernah mengkhianati kerjasama dengan pihak lain mengikut sempadan Allah SWT dan ajaran Rasulullah SAW.

PAS bekerjasama dengan semua pihak sejak mula ditubuhkan sebelum kemerdekaan menentang penjajahan, dan selepas kemerdekaan bagi mengisi kemerdekaan dengan teguh atas prinsip Islamnya dan membatalkan kerjasama apabila mahu diheret keluar daripada landasannya.

PAS membatalkan kerjasama dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) bersama Pakatan Rakyat (PR) apabila suara dan perkataan Islam diminta untuk disembunyikan serta berlakunya tentangan terhadap Islam yang menjadi dasar dan matlamat PAS.

PAS menolak kalangan anggota PAS sendiri yang mengambil pendekatan mujamalah (toleransi atau mengambil hati) supaya menyembunyikan cita-cita negara Islam dan pelaksanaan Islam bagi meneruskan kerjasama dengan pihak lain.

PAS banyak mengambil pengalaman daripada beberapa gerakan Islam di beberapa negara yang mengambil pendekatan mujamalah sehingga membuang label Islamnya, lalu ditukar kepada perkataan keadilan, kemerdekaan, islah, amanah, dan sebagainya.

Ada kump**an Islam yang meletakkan jenama sekularisme Islam, bahkan ada yang mengadakan perjanjian dengan pihak lain atas jaminan tidak menegakkan ‘Islamic State’ seperti di Turkiye sehingga memperoleh kemenangan yang besar dalam pilihan raya, namun akhirnya terikat dan hanyut terlibat dalam normalisasi terhadap negara haram Israel dan tidak berdaya menunaikan kewajipan jihad bersama rakyat Palestin. Perkara ini menjadikan mereka tergelincir daripada landasan perjuangan Islam yang asal.

Di Maghribi (Morocco) p**a, kump**an Islam menang besar dengan bersikap lunak, namun kemudian ditolak rakyat kerana kecewa bersama politik yang tidak istiqamahnya.

Ketegasan PAS dalam istiqamah bersama Islam menjadikannya gagal diheret dan dipergunakan dalam permainan politik yang tidak ikhlas bersama Islam. Semua pihak yang mahukan PAS menjadi tangga tujuan politik mereka berkonsepkan oportunis akan meninggalkan PAS dengan menerjunkan diri, sehingga terhumban tanpa tangga ataupun dicampak dan tersungkur keluar dalam keadaan membawa diri yang hilang tujuannya dan pasti tenggelam dalam gelombang politik yang sentiasa bergelora.

Namun begitu, bahtera PAS tidak tenggelam, walaupun pernah kehilangan kerusi dan pemimpinnya silih berganti mengikut ketetapan Allah SWT:

مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا ٢٣

“Antara orang Mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa-apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka antara mereka ada yang gugur, dan antara mereka ada (p**a) yang menunggu-nunggu, dan mereka tidak mengubah (janji mereka).” [Surah al-Ahzab: 23]

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 15 Zulhijjah 1447 / 1 Jun 2026

[Bil: 37 / 2026]

Patik sekalian warga PAS Kawasan Hulu Langat merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi...
01/06/2026

Patik sekalian warga PAS Kawasan Hulu Langat merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan, kesihatan yang baik dan kebijaksanaan berterusan kepada Tuanku dalam memayungi negara.

PAS Kawasan Hulu Langat

Selamat Hari Raya Aidiladha ucap tulus daripada PAS Kawasan Hulu Langat. Menelusuri kisah pengorbanan agung Nabi Ibrahim...
27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha ucap tulus daripada PAS Kawasan Hulu Langat.

Menelusuri kisah pengorbanan agung Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS, kita disajikan dengan ibrah taslim iaitu penyerahan diri dan kepatuhan mutlak kepada perintah Allah SWT tanpa sebarang keraguan.

Kesabaran seorang anak dan keikhlasan seorang ayah dalam menjunjung perintah langit mencerminkan kemuncak takwa yang sebenar.

Dalam konteks perjuangan hari ini, umat Islam dituntut mengorbankan kepentingan peribadi demi maslahat ummah.

Semoga semangat pengorbanan suci ini terus membara dalam sanubari kita untuk membina masyarakat yang diredhai Allah dunia dan akhirat. Taqabbalallahu minkum.



26/05/2026

Belia adalah aset bernilai yang sedang dicorakkan untuk menjadi lebih sihat, berdaya saing, dan berbakti kepada keluarga serta tanah air.

𝗣𝗲𝘀𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗣𝗔𝗦 𝗞𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗛𝘂𝗹𝘂 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗮 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗔𝗿𝗮𝗳𝗮𝗵Hari Arafah adalah hari penuh keberkatan, pengampunan dosa dan waktu ...
25/05/2026

𝗣𝗲𝘀𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗣𝗔𝗦 𝗞𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗛𝘂𝗹𝘂 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗮 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗔𝗿𝗮𝗳𝗮𝗵

Hari Arafah adalah hari penuh keberkatan, pengampunan dosa dan waktu mustajab doa.

Rasulullah SAW menyebut puasa Arafah menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang.

PAS Kawasan Hulu Langat menyeru umat Islam memperbanyakkan puasa, istighfar, doa, zikir, selawat serta membaca al-Quran.

Rebutlah peluang terbaik ini untuk bermuhasabah, mendekatkan diri kepada Allah dan memperkukuh ukhuwah demi membina masyarakat yang bertaqwa dan sejahtera.

Fiqh al-Ma’alat mengajar kita bahawa setiap tindakan perlu dinilai bukan hanya pada niat dan hukum asal, tetapi juga pad...
25/05/2026

Fiqh al-Ma’alat mengajar kita bahawa setiap tindakan perlu dinilai bukan hanya pada niat dan hukum asal, tetapi juga pada kesan, maslahat (faedah) dan natijahnya (akibat) kepada umat.

Kebenaran perlu ditegakkan. Namun begitu, perlulah kita menegakkannya dengan hikmah, tertib dan pertimbangan impaknya.

Yang pasti, PAS sedang bertindak melalui saluran organisasi yang sah, demokratik dan kolektif. Sebaliknya, apa yang seda...
25/05/2026

Yang pasti, PAS sedang bertindak melalui saluran organisasi yang sah, demokratik dan kolektif.

Sebaliknya, apa yang sedang berlaku bukanlah 'politik mullah' tetapi politik penilaian semula terhadap gabungan mula terjejas akibat konflik dalaman salah satu komponennya sendiri.

TULISAN penulis dalam akhbar semalam cuba membina satu gambaran seolah-olah Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, sedang membawa budaya politik ‘mullah’ ala Iran ke dalam politik Malaysia.

Dalam sebuah negara yang menjunjung Perlembagaan dan Raja Berperlembagaan, kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan alas...
20/05/2026

Dalam sebuah negara yang menjunjung Perlembagaan dan Raja Berperlembagaan, kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan alasan untuk meremehkan atau mencabar kedaulatan institusi yang menjadi salah satu tunjang kestabilan negara.

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔

𝗠𝗘𝗡𝗝𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚 𝗧𝗜𝗧𝗔𝗛 𝗗.𝗬.𝗠.𝗠. 𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥: 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗬𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗥𝗨𝗞𝗨𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗨𝗟𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗦𝗧𝗜𝗧𝗨𝗦𝗜 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗝𝗔

PAS Selangor menjunjung kasih atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang menyeru rakyat, khususnya Ahli Yang Berhormat Negeri Selangor, supaya hadir ke Dataran Selangor untuk membaca, memahami dan menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara yang menjadi asas perpaduan serta keharmonian negara.

Titah tersebut membawa mesej yang jelas bahawa Rukun Negara bukan sekadar hafalan atau simbol sejarah, tetapi suatu pedoman yang perlu diterjemahkan dalam sikap, tutur kata dan tindakan setiap rakyat, lebih-lebih lagi pemimpin politik dan wakil rakyat.

PAS Selangor mengambil perhatian bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor secara khusus menasihatkan YB Puan Wong Siew Ki, ADUN Seri Kembangan daripada DAP, dan saudara Ronnie Liu Tian Khiew, bekas EXCO Negeri Selangor, agar hadir ke Dataran Selangor untuk menghayati makna Rukun Negara serta memahami keperluan menghormati kedaulatan Institusi Diraja dan memelihara adab kesopanan serta kesusilaan.

Hakikat bahawa nasihat tersebut ditujukan secara khusus kepada kedua-dua individu berkenaan merupakan isyarat yang jelas bahawa kenyataan atau pendirian mereka sebelum ini dilihat berada di sempadan ketidakhormatan terhadap Institusi Diraja, atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami masyarakat, suatu bentuk kebiadaban terhadap institusi yang menjadi payung negeri dan negara.

PAS Selangor berpandangan bahawa titah ini disampaikan dengan kebijaksanaan dan hikmah seorang Raja Berperlembagaan; lunak pada ungkapan tetapi tegas pada maksud. Ia bukan sekadar nasihat biasa, bahkan mengandungi mesej yang hampir berbentuk amaran kepada mana-mana pihak yang gagal memahami batas penghormatan terhadap Institusi Diraja atau memilih untuk mengabaikan adab dalam kehidupan bernegara.

Dalam sebuah negara yang menjunjung Perlembagaan dan Raja Berperlembagaan, kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan alasan untuk meremehkan atau mencabar kedaulatan institusi yang menjadi salah satu tunjang kestabilan negara.

PAS Selangor menyeru semua pihak, tanpa mengira fahaman politik, mengambil titah Duli Tuanku ini sebagai pedoman untuk memperkukuh budaya hormat, adab dan tanggungjawab dalam wacana awam demi keharmonian rakyat serta kelangsungan institusi negara.

YB DATO DR AB HALIM TAMURI
Pesuruhjaya PAS Selangor
2 Zulhijjah 1447H | 19 Mei 2026


Rukun Negara bukan sekadar lafaz rasmi. Ia adalah asas penting dalam membina masyarakat yang beradab, bersatu padu, meng...
20/05/2026

Rukun Negara bukan sekadar lafaz rasmi. Ia adalah asas penting dalam membina masyarakat yang beradab, bersatu padu, menghormati Perlembagaan dan memelihara kedudukan Institusi Raja-Raja Melayu.

𝗠𝗲𝗻𝗷𝘂𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴 𝘁𝗶𝘁𝗮𝗵 𝗗𝗬𝗠𝗠 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿.

Petang ini, Ahli Jawatankuasa Harian PAS Selangor hadir ke Dataran Selangor bagi melawat Plak Monumen Rukun Negara, sebagaimana titah Tuanku agar prinsip-prinsip Rukun Negara dibaca, difahami dan dihayati.

Lawatan ini diketuai oleh Dato’ Dr. Halim Tamuri bersama saf kepimpinan Dewan Harian PAS Selangor sebagai tanda menjunjung kasih serta menzahirkan taat setia kepada Institusi Diraja.

Rukun Negara bukan sekadar lafaz rasmi. Ia adalah asas penting dalam membina masyarakat yang beradab, bersatu padu, menghormati Perlembagaan dan memelihara kedudukan Institusi Raja-Raja Melayu.

Semoga peringatan Tuanku menjadi muhasabah kepada semua pihak, khususnya dalam menjaga adab berbeza pandangan, memelihara keharmonian dan menunaikan tanggungjawab terhadap keamanan negeri serta negara.

Menjunjung kasih Tuanku.

Daulat Tuanku.

Address

G-18-1A, Jalan Prima Saujana 2/D, Seksyen 2
Selangor
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Hulu Langat Page Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share