13/01/2026
Terima kasih Arwah YAB PM Malaysia
MAJLIS PELANCARAN TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM) PERINGKAT NASIONAL DAN TAMAN PERTANIAN MODEN
Pada hari ini dalam tahun 2009, Majlis Pelancaran Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Peringkat Nasional dan Taman Pertanian Moden disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri di Lanchang, Temerloh, Pahang. TKPM merupakan satu daripada program berimpak tinggi dan selaras dengan Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3). Ia dibangunkan bagi menggalakkan pelaksanaan projek pertanian berskala besar, komersial dan berteknologi tinggi yang diusahakan oleh usahawan pertanian dan swasta. Sehingga 13 Januari 2009, sebanyak 45 TKPM diwujudkan di seluruh negara dengan keluasan keseluruhan 7,047 hektar yang membabitkan 803 peserta. TKPM menggunakan konsep yang mana kerajaan negeri menyediakan tanah bersesuaian untuk penghasilan tanaman, Kerajaan Pusat menyediakan dana pembangunan infrastruktur asas, manakala usahawan akan memajak tanah serta mengambil bahagian dalam pengeluaran pertanian.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari https://hids.arkib.gov.my atau muat turun aplikasi HIDS di Google Play Store dan Apple App Store.HIDS juga bersiaran di:
1) RTM TV pada pukul 6.59 pagi, 12.59 tengah hari, 4.59 petang dan 7.59 malam.
2) 31 stesen radioย milikย RTM.