Pejabat Penghulu Mukim Batu, Kuala Langat

Pejabat Penghulu Mukim Batu, Kuala Langat "Berkhidmat Untuk Masyarakat, Menggapai Redho Ilahi"

19/10/2022

🔸🟡🔴🟡🔴🔸🎪JOM DATANG BERAMAI2 KE JUALAN JELAJAH EHSAN KG KUNDANG, DUN TANJONG SEPAT!🎪🔸🟡🔴🟡🔴🔸

➡️Tarikh : 22 Oktober 2022 (SABTU)
➡️Masa : 10.00 pagi - 1.00 tgh hari
➡️Tempat : Dewan Sri Kundang, Kg Kundang

🔴🔶HARGA JUALAN BARANG KEPERLUAN TERENDAH, POTONGAN HARGA KAW KAW🔴🔶
🔴AYAM +-1.8kg : RM 8.00 (RM 2.00 Subsidi dari PKM DUN Tanjong Sepat)
🔴TELUR SATU PAPAN RM 8.00 (RM 2.00 Subsidi dari PKM DUN Tanjong Sepat)
🔴DAGING (1kg): RM 10.00
🔴MINYAK MASAK BOTOL (5KG) : RM 23.00
🔴IKAN KEMBUNG (1kg) : RM 6.00

👉Sila sediakan wang kecil dan secukupnya untuk memudahkan dan melancarkan pembelian. Siapa cepat dia dapat!👈

🔶Anjuran Kerajaan Negeri Selangor & Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tanjong Sepat🔶

Makluman dan pencerahan berkenaan Isu Pembinaan Reban Ayam di Lot 2715 & Lot 2716 Tg. Sepat, Mukim Batu, Kuala Langat, S...
19/10/2022

Makluman dan pencerahan berkenaan Isu Pembinaan Reban Ayam di Lot 2715 & Lot 2716 Tg. Sepat, Mukim Batu, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

Rondaan & Penguatkuasaan
Kekuatan Anggota :
JK - 1 orang (En Ikhsan)
Penguatkuasa - 4 orang

Pemilik : Mega Broiler Resources Sdn Bhd
Lokasi : Lot 2715 & Lot 2716 Tg. Sepat, Mukim Batu, Kuala Langat, Selangor.

Tarikh : 18.10.2022
Masa : 12.20 Petang

Tindakan notis :

1. Lawatan tapak telah dilakukan oleh Jabatan Kejuruteraan bersama Jabatan Penguatkuasaan di lokasi tersebut.

2. Pemerhatian di tapak, tambakan tanah telah dilakukan.

3. Aduan awam berkenaan jalan rosak berpunca lori keluar masuk tapak dan bantahan cadangan mendirikan bangunan reban ayam tertutup.

4. Semakan sistem majlis, tapak tersebut tiada kelulusan dan kebenaran kerja tanah daripada MPKL dan masih dalam proses permohonan KM.

5. Notis Pemberitahuan (No. Notis : 30254) dan Notis Kesalahan (No. Notis : 10453) dikeluarkan kerana menjalankan kerja tanah tanpa kelulusan dan kebenaran MPKL.

6. Tindakan seal tapak dan arahan supaya stop works serta merta sehingga mendapat kelulusan kerja tanah dan membaikpulih kerosakan Jalan Jati (JKR).

13/09/2022

🔸🟡🔴🟡🔴🔸🎪JOM SERBU JUALAN JELAJAH EHSAN RAKYAT BANGHURIS DUN TANJONG SEPAT!🎪🔸🟡🔴🟡🔴🔸

➡️Tarikh : 18 September 2022 (Ahad)

➡️Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang

➡️Tempat : Dataran Al_Ulum, Kg Bukit Bangkong (Bersebelahan Masjid Al Ulum Kg Bukit Bangkong

🌐https://https://goo.gl/maps/DRsvVk1upnSEX4WF6

🔴🔶HARGA JUALAN BARANG KEPERLUAN TERENDAH, POTONGAN HARGA KAW KAW🔴🔶

🔴AYAM +-1.8kg : RM 8.00 (RM 2.00 Subsidi dari PKM DUN Tanjong Sepat)

🔴TELUR SATU PAPAN RM 8.00 (RM 2.00 Subsidi dari PKM DUN Tanjong Sepat)

🔴DAGING (1kg): RM 10.00

🔴MINYAK MASAK BOTOL (5KG) : RM 23.00

🔴IKAN KEMBUNG (1kg) : RM 6.00

👉Sila sediakan wang kecil dan secukupnya untuk memudahkan dan melancarkan pembelian. Siapa cepat dia dapat!👈
🔶Anjuran Kerajaan Negeri Selangor & Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tanjong Sepat🔶

05/07/2022

🔸🟡🔴🟡🔴🔸🎪JOM DATANG BERAMAI-RAMAI KE JUALAN EHSAN AIDILADHA 2022 DUN TANJONG SEPAT!🎪🔸🟡🔴🟡🔴🔸

➡️Tarikh : 7 Julai 2022 (Khamis)
➡️Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang
➡️Tempat : Dataran Pantai Batu Laut, Kg Batu Laut, 42800 Tanjong Sepat
🌐https://goo.gl/maps/d87NYsa4HkpNdscM9
🌐https://waze.com/ul/hw22pnnfje

🔴🔶HARGA JUALAN BARANG KEPERLUAN TERENDAH🔴🔶

🔴AYAM +-1.8kg : RM 13.00 (RM 2.00 Subsidi dari PKM DUN Tanjong Sepat)

🔴TELUR SATU PAPAN (Gred B): RM 10.00 (RM 2.00 Subsidi dari PKM DUN Tanjong Sepat)

🔴DAGING PEJAL SEGAR (1kg): RM 33.00 (RM 2.00 Subsidi dari PKM DUN Tanjong Sepat)

🔴MINYAK MASAK PAKET: RM 2.00

🔴IKAN SEJUK BEKU (1kg) : RM 8.00

👉Sila sediakan wang kecil dan secukupnya untuk memudahkan dan melancarkan pembelian. Siapa cepat dia dapat!👈

🔶Anjuran Kerajaan Negeri Selangor & Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tanjong Sepat🔶

23.6.2022Terima kasih kepada pihak JKR Kuala Langat, Penguatkuasa Pejabat Daerah Tanah Kuala Langat dan Mpkk Ladang Batu...
23/06/2022

23.6.2022

Terima kasih kepada pihak JKR Kuala Langat, Penguatkuasa Pejabat Daerah Tanah Kuala Langat dan Mpkk Ladang Batu untuk kerja-kerja pembersihan tanah rizab di jalan utama Ladang Batu.. Jalan ini sudah menjadi jalan utama bagi kebanyakan penduduk sekitar Tg Sepat untuk ke Banting..

Banyak aduan sebelum ini berkaitan pelepah sawit yang berada di tanah rizab mengganggu pengguna jalan raya sehingga berlaku kemalangan mengakibatkan kerosakan cermin sisi dan calar balar kereta.. Tidak kurang pengguna jalan raya yang melalui jalan ini mengucapkan terima kasih semasa kerja-kerja sedang berjalan ..

Pokok-pokok yang lain insyaAllah akan ditumbangkan pada masa akan datang.. Perlahan-lahan kayuh.. Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua..

07/06/2022

SKIM AIR DARUL EHSAN (SADE)

Pendaftaran Skim Air Darul Ehsan (SADE) masih dibuka sehingga 31 Disember 2024 dan tertakluk kepada ketetapan Kerajaan Negeri Selangor bagi sebarang perubahan.

Justeru, pihak pemohon disarankan untuk membuat Pendaftaran Skim Air Darul Ehsan (SADE) secara atas talian (Online) di laman sesawang Portal Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) di portal www.ssipr.selangor.gov.my.

Berikut adalah Langkah-langkah mudah Pendaftaran SADE:-

1️⃣ Klik pautan https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/register

2️⃣ Pilih ”DAFTAR AKAUN”.

3️⃣ Semak e-mel pengesahan → klik ”BUAT PENGESAHAN” → kembali kepada portal rakyat untuk ”LOG MASUK”.

4️⃣ Lengkapkan ”PROFIL” → klik ”HANTAR”.

5️⃣ Pemohon perlu pergi ke ”PERMOHONAN” → “KEBAJIKAN” → “SKIM AIR DARUL EHSAN”.

6️⃣ Klik ”DAFTAR” → Lengkapkan maklumat peribadi → semak dan klik ”HANTAR”.

7️⃣ Status permohonan ”DITERIMA DAN SEDANG DIPROSES” akan di terima melalui e-mel setelah permohonan berjaya didaftarkan.

Pihak pemohon juga boleh menghantar borang permohonan manual yang telah lengkap melalui e-mel [email protected] atau melalui mana-mana sepuluh (10) Kaunter Perkhidmatan Pejabat Wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung Skim Air Darul Ehsan (SADE) boleh ajukan terus melalui e-mel [email protected]

26/5/2022Berkesempatan mengiringi team Pegawai dan staff Lembaga Zakat Selangor Daerah Kuala Langat menyampaikan bantuan...
26/05/2022

26/5/2022

Berkesempatan mengiringi team Pegawai dan staff Lembaga Zakat Selangor Daerah Kuala Langat menyampaikan bantuan dan ziarah asnaf 5 buah rumah di Kampung Tumbuk Darat..

Terima kasih kepada Pegawai dan staff LZS yang ramah dan mesra dalam menyantuni asnaf.. Mudah-mudahan asnaf terbela dan sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan beban kos hidup yang semakin tinggi..

Terima kasih juga diucapkan kepada Tuan Mohd Zin Bin Haji Tusirin selaku Timbalan Nazir Masjid Al Ehsan Kampung Tumbuk Darat merangkap Ketua Amil Kariah kerana turut serta membantu dan menemani sepanjang aktiviti ziarah berjalan..

Hari Terbuka dan Jamuan Raya Perpustakaan Desa Kg Ladang Batu.. 28 Mei 2022 (Sabtu) bermula jam 10.00 pagi sehingga 2.00...
26/05/2022

Hari Terbuka dan Jamuan Raya Perpustakaan Desa Kg Ladang Batu.. 28 Mei 2022 (Sabtu) bermula jam 10.00 pagi sehingga 2.00 petang.. Dijemput kepada semua warga penduduk Kg Ladang Batu untuk hadir bagi memeriahkan lagi majlis.. Bawa bersama anak-anak kerana terdapat aktiviti-aktiviti menarik serta acara yang akan dipertandingkan..

23.5.2022Perbincangan bersama YB Haji Borhan Aman Shah, pihak Air Selangor, Penghulu serta Ketua Kampung Dun Tg Sepat be...
23/05/2022

23.5.2022

Perbincangan bersama YB Haji Borhan Aman Shah, pihak Air Selangor, Penghulu serta Ketua Kampung Dun Tg Sepat berkaitan insentif Skim Air Darul Ehsan (SADE).. Semoga manfaat SADE ini dapat dinikmati oleh rakyat yang selayaknya..

Semak status permohonan/kelayakan di sini https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/semakan-sade

17/05/2022Mewakili Tuan Pegawai Daerah Kuala Langat menyampaikan sumbangan bencana kepada mangsa yang terlibat dengan ri...
17/05/2022

17/05/2022

Mewakili Tuan Pegawai Daerah Kuala Langat menyampaikan sumbangan bencana kepada mangsa yang terlibat dengan ribut sebelum ini di Kampung Batu Laut mengakibatkan pokok tumbang menghempap rumah mangsa.. Semoga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa sekeluarga..

Turut bersama Pengerusi MPKK Batu Laut, Tok Subandi bin Sangadi dan Pegawai Dasar Pusat Khidmat Masyarakat Dun Tanjong Sepat, Tuan Mohd Reza bin Dollah Sajat.. Terima kasih atas keprihatinan yang terlibat dalam melaporkan kejadian bencana untuk dipanjangkan ke Pejabat Daerah Kuala Langat sebelum ini..

13/05/2022

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI NEGERI SELANGOR PERINGKAT DAERAH KUALA LANGAT 1443 HIjrah/Tahun 2022.
================================
Tarikh : 19 Mei 2022 (KHAMIS)
Masa : 8.00 Malam - 11.00 Malam
Tempat : Perkarangan Stadium Jugra, Banting
=================================
Pelbagai menu dan juadah menarik disediakan.
P/S : Orang ramai dijemput hadir.

Address

Pejabat Penghulu Mukim Batu, Kampung Batu Laut, 42800 Tanjung Sepat
Selangor Darul Ehsan

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Penghulu Mukim Batu, Kuala Langat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Penghulu Mukim Batu, Kuala Langat:

Share