27/08/2026
“Ekonomi kita sekarang bukan sekadar tumbuh, tetapi juga sedang sembuh.”
Ini antara hasil yang sedang kita lihat di bawah pentadbiran Dato’ Seri Presiden. Mungkin belum semuanya sempurna, mungkin masih banyak yang perlu kita perbaiki, tetapi kita sedang bergerak ke arah yang betul.
Sebab itu ketika ucapan penggulungan tadi, saya tekankan bahawa KEADILAN tidak boleh ikut sama terperangkap dalam gelanggang politik identiti. Kalau kita terus berlumba siapa lebih Melayu, siapa lebih Islam, siapa lebih berhak daripada siapa, akhirnya tidak akan ada pemenang. Yang rugi tetap rakyat dan negara.
KEADILAN harus memilih gelanggang prestasi. Kita ajak rakyat menilai kita melalui kerja yang kita lakukan, dasar yang kita laksanakan dan perubahan yang mereka sendiri boleh rasa dalam kehidupan.
Kalau rakyat susah, kita bantu kerana mereka memerlukan bantuan. Bukan kerana warna kulit mereka. Bukan kerana agama mereka. Bukan kerana siapa yang mereka sokong.
Sebab itu bantuan berasaskan keperluan mesti terus kita besarkan supaya setiap rakyat yang benar-benar memerlukan dapat dibantu. Tidak ada siapa yang harus tercicir hanya kerana mereka datang daripada kelompok yang berbeza.
Dalam masa yang sama, kita jangan sesekali hilang keberanian yang menjadi roh perjuangan parti ini. Rasuah dan penyelewengan mesti kita gempur. Pengkhianatan terhadap amanah rakyat mesti kita perangi habis-habisan, tidak kira siapa dan dari mana datangnya.
Kerana akhirnya, rakyat tidak akan mengingati kita hanya kerana berapa lama kita berkuasa. Rakyat akan mengingati apa yang kita lakukan ketika amanah itu berada di tangan kita.
Dan ukuran sebenar perjuangan ini adalah berapa banyak kehidupan rakyat yang berjaya kita ubah menjadi lebih baik sepanjang kita diberi peluang untuk memerintah.
Itulah yang perlu kita buktikan.