MAJLIS DAERAH SARATOK

MAJLIS DAERAH SARATOK ๐‹๐š๐ฆ๐š๐ง ๐…๐š๐œ๐ž๐›๐จ๐จ๐ค ๐‘๐š๐ฌ๐ฆ๐ข ๐๐š๐ ๐ข ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐’๐š๐ซ๐š๐ญ๐จ๐ค Pada tahun 1954 Kalaka Mixed Local Authority telah ditukar kepada Kalaka District Council. A.J.N.

Majlis Daerah Saratok yang ditubuhkan pada tahun 1948 dahulunya dikenali dengan nama Kalaka Mixed Local Authority. Pada tahun 1991 Kalaka District Council sekali lagi ditukar nama kepada Saratok District Council atau Majlis Daerah Saratok yang kekal sehingga hari ini. Dari tahun 1948 hingga 1953 pejabat majlis mengunakan bangunan lama kerajaan yang terletak di tempat Perpustakaan Awam berada sekarang. Dari 1954 hingga 1961 kami telah berpindah ke bangunan lama Kerajaan yang terletak di tempat Masjid Besar, Saratok sekarang. Pada tahun 1962 Majlis Daerah Saratok mempunyai pejabatnya sendiri dengan kos pembinaannya sebanyak RM 83,000.00. Pejabat ini telah dirasmikan oleh Tuan Residen, Bahagian Kedua, Simanggang Mr. Richards pada awal tahun 1962. Ketika itu bangunan ini agak terpencil kerana tiada bangunan lain berada di kawasan tersebut. Tetapi kini lokasi pejabat ini adalah di tengah-tengah Bandar Saratok. Bangunan Pejabat Majlis diroboh dan dibina semula pada tahun 1991 dengan kos pembinaannya sebanyak RM 960,000.00 dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan Pelancongan, Sarawak, Datuk Amar James Wong Kim Min pada 23 Jun 1993.

KENYATAAN TENDER MAJLIS DAERAH SARATOKDimaklumkan bahawa Majlis Daerah Saratok kini mempelawa kontraktor-kontraktor yang...
03/09/2026

KENYATAAN TENDER MAJLIS DAERAH SARATOK

Dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Saratok kini mempelawa kontraktor-kontraktor yang berdaftar dan memenuhi syarat kelayakan untuk menyertai sebutharga seperti berikut:

๐Ÿ—“ Tarikh tutup dan penyerahan dokumen:
ISNIN, 14 SEPTEMBER 2026 (12.00 tengah hari)

๐Ÿ“ Tempat penghantaran:
Majlis Daerah Saratok,
Jalan Datuk Abang Abu Talip,
95400 Saratok See less

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พMarilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dan memperkukuh perpadu...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dan memperkukuh perpaduan demi Malaysia yang aman, maju dan makmur.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ikhlas daripada Majlis Daerah Saratok

๐ŸŒน Salam Maulidur Rasul ๏ทบ daripada warga Majlis Daerah Saratok.
25/08/2026

๐ŸŒน Salam Maulidur Rasul ๏ทบ daripada warga Majlis Daerah Saratok.

โ™ป๏ธ ๐Š๐„๐Œ๐๐„๐ ๐๐„๐๐†๐”๐Œ๐๐”๐‹๐€๐ ๐๐”๐€๐๐†๐€๐ ๐„-๐–๐€๐’๐“๐„ & ๐Œ๐ˆ๐๐˜๐€๐Š ๐Œ๐€๐’๐€๐Š ๐“๐„๐‘๐๐€๐Š๐€๐ˆ โ™ป๏ธ๐ŸŒ ๐‘ฑ๐’๐’Ž ๐’ƒ๐’†๐’“๐’”๐’‚๐’Ž๐’‚-๐’”๐’‚๐’Ž๐’‚ ๐’Ž๐’†๐’Ž๐’†๐’๐’Š๐’‰๐’‚๐’“๐’‚ ๐’‚๐’๐’‚๐’Ž ๐’”๐’†๐’Œ๐’Š๐’•๐’‚๐’“!Majlis Daerah...
03/08/2026

โ™ป๏ธ ๐Š๐„๐Œ๐๐„๐ ๐๐„๐๐†๐”๐Œ๐๐”๐‹๐€๐ ๐๐”๐€๐๐†๐€๐ ๐„-๐–๐€๐’๐“๐„ & ๐Œ๐ˆ๐๐˜๐€๐Š ๐Œ๐€๐’๐€๐Š ๐“๐„๐‘๐๐€๐Š๐€๐ˆ โ™ป๏ธ
๐ŸŒ ๐‘ฑ๐’๐’Ž ๐’ƒ๐’†๐’“๐’”๐’‚๐’Ž๐’‚-๐’”๐’‚๐’Ž๐’‚ ๐’Ž๐’†๐’Ž๐’†๐’๐’Š๐’‰๐’‚๐’“๐’‚ ๐’‚๐’๐’‚๐’Ž ๐’”๐’†๐’Œ๐’Š๐’•๐’‚๐’“!
Majlis Daerah Saratok dengan kerjasama Timuran Kembangan dan Lembaga Sumber Asli & Alam Sekitar Sarawak menjemput orang ramai untuk menyertai ๐Š๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐๐ฎ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐„-๐–๐š๐ฌ๐ญ๐ž ๐๐š๐ง ๐Œ๐ข๐ง๐ฒ๐š๐ค ๐Œ๐š๐ฌ๐š๐ค ๐“๐ž๐ซ๐ฉ๐š๐ค๐š๐ข.
๐Ÿ—“๏ธ ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต: 11 OGOS 2026 (Selasa)
๐Ÿ•˜ ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ: 10.00 ๐—ฝ๐—ฎ๐—ด๐—ถ โ€“ 2.00 ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด
๐Ÿ“ ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜: Pusat Penjaja Kabong
โœ… Bawa barangan elektrik dan elektronik yang tidak digunakan (E-Waste).
โœ… Kumpulkan minyak masak terpakai dari rumah.
๐Ÿ’ฐ Minyak masak terpakai dibeli pada kadar RM3.00/kg.
๐ŸŽ E-Waste juga boleh ditebus dengan wang tunai atau barangan keperluan mengikut kadar yang ditetapkan.
Mari bersama mengurangkan sisa, menggalakkan amalan kitar semula dan menjaga kelestarian alam sekitar demi masa depan yang lebih hijau. ๐ŸŒฑ
๐Ÿ“ข Asingkan, Kumpul & Hantar! Jumpa anda pada 11 Ogos 2026!

PROGRAM HARI WARGA PERPUSTAKAAN BERSAMA KOMUNITISEMURIN SEBETAN, SARATOK, 25 Julai 2026 โ€“ Majlis Daerah Saratok melalui ...
25/07/2026

PROGRAM HARI WARGA PERPUSTAKAAN BERSAMA KOMUNITI

SEMURIN SEBETAN, SARATOK, 25 Julai 2026 โ€“ Majlis Daerah Saratok melalui Unit Perpustakaan Awam Saratok telah menganjurkan Program Hari Warga Perpustakaan Bersama Komuniti yang berlangsung dengan meriah di Rumah (Rh) Noel, Semurin Sebetan, Saratok.

Program ini bertujuan mendekatkan perkhidmatan perpustakaan kepada masyarakat setempat di samping memupuk budaya membaca serta pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan komuniti.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program, antaranya Pertandingan Karaoke, Kuiz Kahoot, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Cabutan Bertuah, serta pelbagai aktiviti santai dan pendidikan yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

Program ini turut memberi peluang kepada komuniti untuk mengenali dengan lebih dekat kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan Awam Saratok. Kehadiran peserta daripada pelbagai peringkat umur telah menyerikan lagi suasana program.

Pihak penganjur berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuhkan hubungan antara perpustakaan dan komuniti serta meningkatkan minat membaca dan pembelajaran dalam kalangan masyarakat.

Selamat Hari Sarawak 2026!Marilah kita bersama-sama menghargai sejarah, perpaduan dan kemajuan bumi kenyalang yang kita ...
21/07/2026

Selamat Hari Sarawak 2026!

Marilah kita bersama-sama menghargai sejarah, perpaduan dan kemajuan bumi kenyalang yang kita cintai. Semoga Sarawak terus maju, makmur dan sejahtera, serta menjadi negeri yang sentiasa diberkati dengan keharmonian dan kemakmuran untuk generasi akan datang.

โ€œSarawak Maju Makmurโ€

PROGRAM KEMPEN KESEDARAN DENGGI DAN KESELAMATAN KEBAKARAN BERSAMA KOMUNITI PERKUKUH KESEDARAN PENDUDUKKABO, 14 Julai 202...
14/07/2026

PROGRAM KEMPEN KESEDARAN DENGGI DAN KESELAMATAN KEBAKARAN BERSAMA KOMUNITI PERKUKUH KESEDARAN PENDUDUK

KABO, 14 Julai 2026 โ€“ Program Kempen Kesedaran Denggi dan Keselamatan Kebakaran Bersama Komuniti telah berjaya diadakan di Rumah Makup, Nanga Lempa, Kabo dengan penyertaan penduduk rumah panjang, agensi-agensi kerajaan serta pemimpin setempat.

Program tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Friday Anak Belik, ADUN N39 Krian sebagai tanda sokongan terhadap usaha meningkatkan kesedaran masyarakat dalam aspek kesihatan awam, keselamatan dan pencegahan jenayah.

Program ini merupakan hasil kerjasama pelbagai agensi melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat, Pejabat Kesihatan Daerah Saratok serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok, di samping kehadiran Ahli-Ahli Majlis, tuai rumah dan penduduk Rumah Makup.

Antara pengisian utama program ialah taklimat berkaitan pencegahan dan kawalan denggi yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Unit Vektor Denggi, Pejabat Kesihatan Daerah Saratok, Encik Haji Kiple bin Haji Jenai. Taklimat tersebut memberi penekanan kepada langkah-langkah menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes serta amalan kebersihan persekitaran.

Turut diadakan ialah taklimat keselamatan kebakaran yang disampaikan oleh Pegawai Bomba Kanan II, Encik Dominic anak Ribun, yang berkongsi pengetahuan mengenai langkah pencegahan kebakaran, tindakan awal ketika kecemasan serta kepentingan aspek keselamatan di kediaman.

Selain itu, IPD Saratok melalui Inspektor Sofia bin Zainuddin bersama Sarjan Roslinda Binti Utubesar telah menyampaikan taklimat mengenai jenayah siber dan penyalahgunaan dadah. Penduduk diberi pendedahan tentang modus operandi scam dalam talian, langkah-langkah melindungi diri daripada penipuan digital serta bahaya penyalahgunaan dadah yang mampu memberi kesan buruk kepada individu, keluarga dan masyarakat.

Penganjuran program ini diharap dapat meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan masyarakat mengenai kepentingan menjaga kebersihan persekitaran, mengamalkan langkah keselamatan kebakaran serta bersama-sama
membanteras jenayah siber dan penyalahgunaan dadah demi mewujudkan komuniti yang lebih sihat, selamat dan sejahtera.

Kempen Pengumpulan E-Waste dan Minyak Masak Terpakai Dapat Sambutan MenggalakkanSIMPANG NYABOR, 11 Julai โ€“ Majlis Daerah...
12/07/2026

Kempen Pengumpulan E-Waste dan Minyak Masak Terpakai Dapat Sambutan Menggalakkan

SIMPANG NYABOR, 11 Julai โ€“ Majlis Daerah Saratok dengan kerjasama Timuran Kembangan dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) telah berjaya menganjurkan Kempen Pengumpulan Buangan E-Waste dan Minyak Masak Terpakai yang berlangsung di Dewan Lakin, Simpang Nyabor, semalam.

Program yang diadakan dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pengurusan sisa elektronik dan minyak masak terpakai secara selamat serta mesra alam.

Melalui kempen ini, orang ramai berpeluang menghantar barangan elektrik dan elektronik yang tidak lagi digunakan serta minyak masak terpakai untuk ditukar kepada wang tunai dan barangan keperluan, sekali gus menggalakkan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat.

Penganjuran program ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya dalam aspek kesihatan dan kesejahteraan, bandar dan komuniti mampan, penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab, tindakan terhadap perubahan iklim serta kerjasama bagi mencapai matlamat pembangunan lestari.

Majlis Daerah Saratok merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama serta kepada masyarakat yang hadir dan bersama-sama menjayakan kempen ini demi mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, hijau dan lestari.

๐Ÿ“ข NOTIS PENUTUPAN JALANDimaklumkan kepada semua pengguna jalan raya bahawa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian ...
11/07/2026

๐Ÿ“ข NOTIS PENUTUPAN JALAN

Dimaklumkan kepada semua pengguna jalan raya bahawa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Betong akan melaksanakan projek Maintenance of Main Trunk at Saratok Township, Saratok, Betong Division.

๐Ÿ—“ Tempoh projek:
13 Julai 2026 hingga 31 Ogos 2026

๐Ÿšง Jalan yang terlibat:
โ€ข Jalan Datuk Abang Abu Talip
โ€ข Jalan Panglima Ibrahim

Sepanjang tempoh pelaksanaan projek, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif seperti yang ditunjukkan dalam peta bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan kelancaran perjalanan.

Segala kesulitan yang dialami amatlah dikesali. Kerjasama dan perhatian semua pengguna jalan raya amat dihargai.

Terima kasih. ๐Ÿ™

โ™ป๏ธ ๐Š๐„๐Œ๐๐„๐ ๐๐„๐๐†๐”๐Œ๐๐”๐‹๐€๐ ๐๐”๐€๐๐†๐€๐ ๐„-๐–๐€๐’๐“๐„ & ๐Œ๐ˆ๐๐˜๐€๐Š ๐Œ๐€๐’๐€๐Š ๐“๐„๐‘๐๐€๐Š๐€๐ˆ โ™ป๏ธ๐ŸŒ ๐‘ฑ๐’๐’Ž ๐’ƒ๐’†๐’“๐’”๐’‚๐’Ž๐’‚-๐’”๐’‚๐’Ž๐’‚ ๐’Ž๐’†๐’Ž๐’†๐’๐’Š๐’‰๐’‚๐’“๐’‚ ๐’‚๐’๐’‚๐’Ž ๐’”๐’†๐’Œ๐’Š๐’•๐’‚๐’“!Majlis Daerah...
10/07/2026

โ™ป๏ธ ๐Š๐„๐Œ๐๐„๐ ๐๐„๐๐†๐”๐Œ๐๐”๐‹๐€๐ ๐๐”๐€๐๐†๐€๐ ๐„-๐–๐€๐’๐“๐„ & ๐Œ๐ˆ๐๐˜๐€๐Š ๐Œ๐€๐’๐€๐Š ๐“๐„๐‘๐๐€๐Š๐€๐ˆ โ™ป๏ธ
๐ŸŒ ๐‘ฑ๐’๐’Ž ๐’ƒ๐’†๐’“๐’”๐’‚๐’Ž๐’‚-๐’”๐’‚๐’Ž๐’‚ ๐’Ž๐’†๐’Ž๐’†๐’๐’Š๐’‰๐’‚๐’“๐’‚ ๐’‚๐’๐’‚๐’Ž ๐’”๐’†๐’Œ๐’Š๐’•๐’‚๐’“!
Majlis Daerah Saratok dengan kerjasama Timuran Kembangan dan Lembaga Sumber Asli & Alam Sekitar Sarawak menjemput orang ramai untuk menyertai ๐Š๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐๐ฎ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐„-๐–๐š๐ฌ๐ญ๐ž ๐๐š๐ง ๐Œ๐ข๐ง๐ฒ๐š๐ค ๐Œ๐š๐ฌ๐š๐ค ๐“๐ž๐ซ๐ฉ๐š๐ค๐š๐ข.
๐Ÿ—“๏ธ ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต: 11 ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ 2026 (๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜๐˜‚)
๐Ÿ•˜ ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ: 9.00 ๐—ฝ๐—ฎ๐—ด๐—ถ โ€“ 3.00 ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด
๐Ÿ“ ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜: ๐——๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐—ป, ๐—ฆ๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ก๐˜†๐—ฎ๐—ฏ๐—ผ๐—ฟ
โœ… Bawa barangan elektrik dan elektronik yang tidak digunakan (E-Waste).
โœ… Kumpulkan minyak masak terpakai dari rumah.
๐Ÿ’ฐ Minyak masak terpakai dibeli pada kadar RM3.00/kg.
๐ŸŽ E-Waste juga boleh ditebus dengan wang tunai atau barangan keperluan mengikut kadar yang ditetapkan.
Mari bersama mengurangkan sisa, menggalakkan amalan kitar semula dan menjaga kelestarian alam sekitar demi masa depan yang lebih hijau. ๐ŸŒฑ
๐Ÿ“ข Asingkan, Kumpul & Hantar! Jumpa anda pada 11 Julai 2026!

Address

Jalan Datuk Abang Abu Talip, Peti Surat No. 73
Saratok
95400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6083436104

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MAJLIS DAERAH SARATOK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MAJLIS DAERAH SARATOK:

Shortcuts

Share