Pejabat Tenaga Kerja Kota Kinabatangan

Pejabat Tenaga Kerja Kota Kinabatangan PTK Kinabatangan

Ordinan Buruh Sabah (Sabah Bab 67) telah dipinda melalui Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2025 (Akta A1753). Dengan in...
01/05/2025

Ordinan Buruh Sabah (Sabah Bab 67) telah dipinda melalui Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2025 (Akta A1753).

Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa Tarikh Kuat Kuasa Akta A1753 telah diwartakan dan 1 Mei 2025 telah ditetapkan sebagai tarikh permulaan kuat kuasa bagi pindaan ini.

Perintah Kuat Kuasa ini telah diwartakan bersama-sama dua (2) Perintah yang berkaitan iaitu Perintah Penggajian (Pengecualian) (Pembatalan) 2025 Dan Perintah Penggajian (Pindaan Jadual Pertama) 2025.

Sehubungan itu, semua pihak diminta untuk mengambil maklum mengenai perkembangan ini. Jika terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi Jabatan Tenaga Kerja Sabah bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Adalah dimaklumkan juga bahawa bersama-sama Penetapan Tarikh Kuat Kuasa Akta A1753, terdapat dua (2) Perintah yang berkaitan untuk rujukan semua.





Jabatan Tenaga Kerja Sabah - JTK Sabah

Assalamualaikum dan selamat pagi. Makluman kepada semua majikan yang menjalankan operasi perniagaan di daerah Kota Kinab...
14/04/2025

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Makluman kepada semua majikan yang menjalankan operasi perniagaan di daerah Kota Kinabatangan, anda dikehendaki untuk membuat pendaftaran majikan dan mengemaskini maklumat majikan ke dalam sistem E-Nores Jabatan Tenaga Kerja Sabah - JTK Sabah di https://enores.jtksabah.gov.my/register

Bersama-sama ini adalah panduan yang boleh diikuti oleh para majikan. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pejabat Tenaga Kerja Kota Kinabatangan di talian 089561967 atau melalui whatsapp di nombor talian yang sama.

Semua pihak diminta untuk merancang aktiviti dan urusan kerja masing-masing selaras dengan perubahan ini.Harap maklum da...
18/03/2025

Semua pihak diminta untuk merancang aktiviti dan urusan kerja masing-masing selaras dengan perubahan ini.

Harap maklum dan terima kasih.

02/03/2025
Kursus Pemeriksaan Ladang telah berlangsung selama 3 hari iaitu 12-14 Februari 2025 bertempat di Felda Residence, Sahaba...
14/02/2025

Kursus Pemeriksaan Ladang telah berlangsung selama 3 hari iaitu 12-14 Februari 2025 bertempat di Felda Residence, Sahabat, Lahad Datu. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini terutamanya kepada YBhg Tuan Pengarah, semua KPP, ketua-ketua pejabat, Urusetia HQ dan PTK Lahad Datu serta semua peserta kursus. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak FGV Plantations kerana sudi berkerjasama dengan pihak JTK Sabah dalam menyediakan tempat kursus dan latihan amali. Tidak dilupakan Tuan Mohd Faizal dari PTK Kluang, Johor selaku pencerama pada kali ini.

Kursus ini penting bagi menghadapi pindaan pada Bab IVA Ordinan Buruh Sabah yang akan dikuatkuasakan kelak.

04/02/2025
03/02/2025

Seramai 4.37 juta pekerja akan menerima gaji minimum RM1,700 sebulan, berbanding RM1,500 sebelum ini berikutan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum baharu berkuat kuasa secara rasmi hari ini (1 Feb).



Kementerian Sumber Manusia


Berita penuh: https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2388337

29/01/2025

📢📢KENYATAAN MEDIA📢📢

TINDAKAN MAJIKAN MEMAKSA PEKERJA MENGAMBIL CUTI TAHUNAN ATAU CUTI TANPA GAJI SEBELUM DAN SELEPAS HARI KELEPASAN AM TAHUN BARU CINA 2025

- 28 JANUARI 2025 -





SEMINAR PERBURUHAN - RANG UNDANG-UNDANG ORDINAN BURUH SABAH (PINDAAN) 202414 Disember 2024Tempat : Dewan Perpustakaan Ne...
14/12/2024

SEMINAR PERBURUHAN - RANG UNDANG-UNDANG ORDINAN BURUH SABAH (PINDAAN) 2024
14 Disember 2024
Tempat : Dewan Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Kota Kinabatangan

Kepada Peserta yang Sudah Mendaftar:đź“… Seminar Perburuhan Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 akan berlangsung pada 14 Dis...
13/12/2024

Kepada Peserta yang Sudah Mendaftar:

đź“… Seminar Perburuhan Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 akan berlangsung pada 14 Disember 2024 di Dewan Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Kota Kinabatangan.

📍 Scan QR Code untuk lokasi dan pastikan anda hadir tepat pada masanya. Terima kasih atas penyertaan anda! 🙌

Address

LOT 5 & 6 BLOCK E, BANGUNAN PERKASA REALTY, Jalan MAJLIS DAERAH
Sandakan
90200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6089561967

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Tenaga Kerja Kota Kinabatangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Tenaga Kerja Kota Kinabatangan:

Share