23/10/2025
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
TAKLIMAT ARAHAN KETUA POLIS NEGARA NO.194 : PROSEDUR OPERASI STANDARD PENGURUSAN KESIHATAN MENTAL DI BALAI POLIS BOMBALAI DENGAN KERJASAMA BIPS IPD TAWAU
Tawau, 23 Oktober 2025 โ Balai Polis Bombalai telah mengadakan Latihan dalam perkhidmatan berkenaan Arahan Ketua Polis Negara No.194 iaitu Prosedur Operasi Standard (SOP) Pengurusan Kesihatan Mental yang telah di taklimatkan oleh Bahagian Integriti Pematuhan dan Standard Ipd Tawau.
Taklimat ini dianjurkan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS), IPD Tawau dan telah disampaikan oleh Puan Ismawati binti Beddu, Pegawai Psikologi, IPD Tawau. Seramai 24 orang peserta yang terdiri daripada PRP dan KTA Balai Polis Bombalai telah menghadiri sesi berkenaan.
Objektif utama taklimat ini adalah untuk memberikan penerangan dan memperjelas peranan Penyelia SKDD dalam pelaksanaan Intervensi Psikologi mengikut garis panduan yang ditetapkan kepada warga PDRM khususnya warga Polis Bombalai.