05/09/2021
Bismillah.....
Sama - sama kita mengambil iktibar dan pengajaran. Kita bukan bersendirian hidup di dalam dunia ini. Ada hak orang lain serta mahkluk lain juga. Pembangunan tetap berlaku tetapi perlu mengambilkira dan mengekalkan kemampanan alam sekitar. Dunia ini hanya pinjaman. Kita hanya meminjam dari generasi akan datang
TITAH KENYATAAN RASMI OLEH DYTM RAJA MUDA SELANGOR TENGKU AMIR SHAH
Beta begitu terkesan akan isu alam sekitar dan mengambil maklum bagaimana pembangunan meninggalkan impak mendalam terhadap perubahan iklim, generasi akan datang, bahkan kesan yang tidak dapat kita pulihkan. Kawasan hutan, terutamanya kawasan hutan paya gambut memainkan peranan yang penting dan nadi utama dalam penyerapan karbon bagi memastikan kadar pemanasan global dapat diatasi. Hutan paya gambut juga merupakan habitat semula jadi bagi flora dan fauna dan jika habitat ini pupus, keseimbangan alam sekitar kita boleh terancam.
Berhubung isu Kuala Langat North Forest Reserve (KLNR), Beta mengambil maklum bahawa terdapat beberapa golongan yang mempercayai bahawa Beta telah mendapat keuntungan daripada keputusan pembangunan di kawasan tersebut. Ingin Beta tegaskan disini bahawa Beta tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Syarikat Gabungan Indah Sdn Bhd mahupun pembangunan tersebut.
Beta berharap semua pihak dapat memainkan peranan dalam memikul tanggungjawab untuk memelihara dan memulihara tanah air kita. Kuatkuasakan undang-undang dan terus menjadi pelindung kepada komuniti setempat.
Wujudkan komuniti lestari, prihatin, empati dan berpandangan jauh agar dapat memelihara alam sekitar. Rakyat Selangor tidak mahu merasa kehilangan khazanah permata ini. Selaku warga Malaysia, semua pihak harus bersatu tenaga dalam memainkan peranan masing-masing untuk memelihara alam ini. Tebus kekhilafan lalu dengan menyelamatkan alam sekitar hari ini.
๐ซ
DYTM TENGKU AMIR SHAH IBNI SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ
RAJA MUDA SELANGOR
Istana Mestika
4 September 2021
โโโโโโโโโโโโโโโโโโ
I remain deeply concerned about the environment and how development impacts climate change which will affect not just us but also future generations, even irreversibly. Forest areas, particularly peat swamp forests, play a vital role as carbon sinks to keep our plant cool and to slow down the rate of global warming. They also remain home to rare flora and fauna and their loss further risks diminishing our biodiversity.
In regards to the recent news on the KLNFR (kuala Langat North Forest Reserve), some groups believe I am benefiting from such a decision, I would like to make my position clear. I have no link to Gabungan Indah Sdn Bhd or any development project in KLNFR.
Going forward, I wish everyone to pursue the most ambitious path. Make it all our responsibility to protect and rehabilitate as much of this land. Empower and protect the community that exists there. Build a more sustainable community by having some empathy and foresight. Selangorians won't like seeing it go. We Malaysians want to do our part for this planet - to reverse our ecological mistakes and contribute positively to the environment.
๐ซ
HH TENGKU AMIR SHAH IBNI SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ
RAJA MUDA OF SELANGOR
Istana Mestika
4 September 2021