Sabak Bernam Development Area - SABDA

Sabak Bernam Development Area - SABDA Sabak Bernam Development Area (SABDA)
Pemacu pembangunan dan peluang ekonomi
Sabak Bernam, Selangor

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahπŠπ„ππ€π–π€π‡ πƒπ”π‹πˆ π˜π€ππ† πŒπ€π‡π€ πŒπ”π‹πˆπ€ π’π„π‘πˆ ππ€πƒπ”πŠπ€ ππ€π†πˆππƒπ€ π˜π€ππ† πƒπˆ-𝐏𝐄...
01/06/2026

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

πŠπ„ππ€π–π€π‡ πƒπ”π‹πˆ π˜π€ππ† πŒπ€π‡π€ πŒπ”π‹πˆπ€ π’π„π‘πˆ ππ€πƒπ”πŠπ€ ππ€π†πˆππƒπ€ π˜π€ππ† πƒπˆ-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 π€π†πŽππ† 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 πˆππ‘π€π‡πˆπŒ

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku

Pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Sembah Takzim Daripada:

Sabak Bernam Development Area (SABDA)
Menteri Besar Selangor (Incorporation)

Selamat Hari Ibu 2026.Terima kasih untuk setiap doa, pengorbanan, kasih sayang dan pelukan yang tak pernah kurang walau ...
10/05/2026

Selamat Hari Ibu 2026.

Terima kasih untuk setiap doa, pengorbanan, kasih sayang dan pelukan yang tak pernah kurang walau penat macam mana sekalipun.

Ibu adalah rumah pertama, cinta pertama dan kekuatan terbesar dalam hidup.

Semoga Allah sentiasa melindungi dan membahagiakan semua ibu di dunia.



Ikhlas daripada:
Unit Khas SABDA

πŸŒ™ Salam Jumaat daripada SABDA πŸŒ™Semoga penghulu segala hari ini membawa keberkatan, ketenangan dan rahmat buat kita semua...
08/05/2026

πŸŒ™ Salam Jumaat daripada SABDA πŸŒ™

Semoga penghulu segala hari ini membawa keberkatan, ketenangan dan rahmat buat kita semua.

Marilah kita memperbanyakkan amal ibadah serta menyemai nilai kasih sayang, keikhlasan dan kebersamaan dalam kehidupan bermasyarakat.

Antara amalan yang digalakkan pada hari Jumaat:
β€’ Membaca Surah Al-Kahfi
β€’ Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
β€’ Menjaga solat Jumaat dan hadir awal ke masjid
β€’ Memperbanyakkan doa dan istighfar
β€’ Bersedekah serta melakukan kebaikan sesama insan

β€œSesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari.”

Ikhlas daripada:
Unit Khas SABDA

Di sinilah segalanya bermula 🌊✨Zon Industri Perikanan Sungai Lang (ZIPS) dibangunkan sebagai ekosistem lengkap yang meng...
05/05/2026

Di sinilah segalanya bermula 🌊✨

Zon Industri Perikanan Sungai Lang (ZIPS) dibangunkan sebagai ekosistem lengkap yang menghubungkan kehidupan, industri dan inovasi dalam satu perancangan yang tersusun.

Dari _Production Zone_ yang memacu aktiviti akuakultur ke _Processing, Packaging & Distribution Zone_ yang memastikan hasil berkualiti tinggi, setiap fasa bergerak seiring dalam rantaian nilai yang efisien.

Disokong oleh _Research & Business District Zone_ sebagai hab inovasi, serta _Eco-Tourism Zone_ yang membuka ruang pendidikan dan pengalaman kepada orang ramai, semuanya dirangka untuk masa depan yang lebih mampan.

Ditambah dengan _Residential Zone_ yang selesa dan terancang, ZIPS bukan sekadar kawasan industri, tetapi sebuah komuniti yang hidup, berkembang dan saling melengkapi.

Inilah wajah baharu industri perikanan yang bersepadu, progresif dan berimpak tinggi.

03/05/2026

Satu langkah besar ke arah masa depan industri perikanan βš“βœ¨

Peluncuran Zon Industri Perikanan Sungai Lang bukan sekadar simbolik, tetapi permulaan kepada transformasi yang lebih menyeluruh dalam menggabungkan teknologi, kecekapan operasi dan ekosistem yang lebih tersusun.

Di sinilah rantaian nilai diperkukuh, peluang baharu dibuka dan komuniti tempatan terus diperkasa. Dari laut ke pasaran, setiap pergerakan kini lebih efisien, mampan dan berdaya saing✨

Ini bukan sekadar pembangunan, ini adalah lonjakan ke hadapan untuk industri perikanan Selangor.πŸš€βš‘οΈ

Selamat Hari Pekerja ✨Pada hari yang penuh bermakna ini, kita menghargai segala usaha, dedikasi dan ketabahan para peker...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja ✨

Pada hari yang penuh bermakna ini, kita menghargai segala usaha, dedikasi dan ketabahan para pekerja di pelbagai sektor yang menjadi tunjang kemajuan negara.

Setinggi-tinggi penghargaan terutamanya kepada semua kakitangan Sabak Bernam Development Area (SABDA), atas komitmen berterusan dalam merealisasikan pertumbuhan yang mampan serta kesejahteraan komuniti.

Semoga segala usaha yang dicurahkan terus diberkati dan dipermudahkan. 🀍

Zon Industri Perikanan Sungai Lang (ZIPS) merupakan satu langkah strategik dalam membentuk ekosistem akuakultur yang mod...
30/04/2026

Zon Industri Perikanan Sungai Lang (ZIPS) merupakan satu langkah strategik dalam membentuk ekosistem akuakultur yang moden, mampan dan berdaya saing tinggi πŸ“ˆβœ¨

Dibangunkan sebagai hab bersepadu, ZIPS memperkukuh rantaian nilai hiliran bagi memastikan kualiti produk yang unggul serta peluasan pasaran ke peringkat serantau dan global. Dalam masa yang sama, ia turut membina sebuah ekosistem yang tersusun dengan infrastruktur sokongan yang bukan sahaja memacu industri, tetapi juga menjaga kesejahteraan tenaga kerja dan komuniti setempat.

Sebagai hab akuakultur berprestasi tinggi, ZIPS membuka ruang kepada pertumbuhan ekonomi tempatan melalui penyertaan aktif komuniti, disokong oleh inovasi berterusan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta penggunaan teknologi moden. Lebih daripada itu, ZIPS turut menjadi sebuah destinasi pendidikan dan pelancongan berasaskan akuakultur yang unik dalam usaha meningkatkan kesedaran serta penglibatan masyarakat terhadap industri ini πŸ’«

ZIPS bukan sekadar zon industri, ia adalah simbol masa depan industri akuakultur yang lebih mampan, berdaya tahan dan inklusif. Semoga ia terus menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi, pemacu inovasi, serta membawa manfaat yang berpanjangan kepada komuniti dan negara.

29/04/2026

Pemacu Baharu Industri Perikanan Selangor Menuju Ekonomi Mampan βœ¨β›΄οΈ

Komitmen memperkukuh sektor perikanan negeri terus diperkasakan dengan peluncuran Zon Industri Perikanan (ZIPS) Sungai Lang di Sabak Bernam menandakan permulaan fasa baharu dalam pembangunan industri ini di Selangor.

Selari dengan aspirasi pembangunan, inisiatif ini bukan sekadar memfokuskan kepada infrastruktur, malah merangkumi transformasi menyeluruh melalui penerapan teknologi moden, kecekapan rantaian bekalan serta peningkatan kualiti hasil perikanan agar lebih berdaya saing.

Diterajui oleh MBI melalui SABDA bersama rakan strategik seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan agensi-agensi kerajaan berkaitan, pembangunan ini turut berperanan sebagai pemangkin kepada kelestarian ekonomi setempat, membuka peluang kepada usahawan tempatan, menjana pekerjaan serta meningkatkan taraf hidup komuniti di Sabak Bernam.

Dalam masa yang sama, pemerkasaan rantaian nilai industri memastikan ekosistem yang lebih tersusun dan efisien, menghubungkan pengusaha, pembekal dan pasaran dalam satu zon bersepadu yang mampan dan berimpak tinggi.

Semoga inisiatif ini menjadi pemangkin berterusan dalam memacu pertumbuhan industri perikanan serta membawa manfaat jangka panjang kepada komuniti dan ekonomi negeri Selangor.

Satu langkah signifikan telah dimulakan di Sabak Bernam menerusi penganjuran Majlis Peluncuran Zon Industri Perikanan Su...
28/04/2026

Satu langkah signifikan telah dimulakan di Sabak Bernam menerusi penganjuran Majlis Peluncuran Zon Industri Perikanan Sungai Lang.

Majlis peluncuran ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, bersama Y.B. Datuk Hj. Rizam bin Hj. Ismail, EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna, serta Y.B. Dato’ Ng Suee Lim, EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, YBhg. Dato’ Ts. Saipolyazan M Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Menteri Besar Selangor (Incorporation) (MBI) di samping kehadiran para tetamu kehormat lain.

Majlis peluncuran ini sekaligus menzahirkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memperkukuh sektor perikanan sebagai pemacu ekonomi baharu.

Pembangunan zon ini akan dilaksanakan secara berfasa melalui inisiatif SABDA diterajui oleh MBI, bersama-sama rakan-rakan strategik yang terdiri daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), agensi-agensi kerajaan yang terlibat, serta para pelabur yang berpotensi bagi memacu pembangunan yang mampan dan berimpak tinggi.

Berteraskan aspirasi untuk menjadikan Selangor sebagai hab industri pemprosesan perikanan yang komprehensif dan berdaya saing, pembangunan ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada kemudahan penyimpanan dan pembekuan hasil laut, malah turut merangkumi aktiviti pemprosesan menyeluruh termasuk penghasilan produk hiliran berasaskan makanan laut.

Seiring dengan itu, inisiatif ini turut disokong oleh pembangunan infrastruktur logistik dan sistem pengedaran yang efisien serta penggunaan teknologi akuakultur moden. Pelaksanaan projek ini dijangka mampu meningkatkan rantaian nilai industri perikanan, membuka peluang pekerjaan, serta merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat.

Secara keseluruhannya, pembangunan ini berperanan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi baharu, memperkukuh ekosistem industri perikanan secara menyeluruh, serta memberikan manfaat berpanjangan kepada komuniti setempat.

Zon Industri Perikanan Sungai Lang (ZIPS) 🎣Membina masa depan akuakultur yang lebih mampan di Sabak Bernam. ZIPS bukan s...
25/04/2026

Zon Industri Perikanan Sungai Lang (ZIPS) 🎣

Membina masa depan akuakultur yang lebih mampan di Sabak Bernam. ZIPS bukan sekadar zon industri, tetapi sebuah ekosistem bersepadu yang menghubungkan keseluruhan rantaian nilai dari pengeluaran hingga ke pengedaran ✨

Dengan gabungan teknologi moden, inovasi dan pembangunan komuniti, ZIPS memperkukuh produktiviti industri, menyokong keselamatan makanan serta memacu pertumbuhan ekonomi setempat πŸ“ˆπŸš€

Ini bukan hanya tentang perikanan. Ini tentang masa depan yang lebih lestari, berdaya saing dan memberi manfaat kepada komuniti πŸ’«

Address

Sabak Bernam District

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sabak Bernam Development Area - SABDA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share