09/06/2025
Kembara Korban Aidil Adha 💫
Alhamdulillah, program korban anjuran Kembara SABDA bersama-sama komuniti Sungai Panjang telah berlangsung dengan penuh semangat gotong-royong dan kekitaan🐄
Warga setempat berganding bahu melaksanakan ibadah korban, memasak secara bergotong-royong, mengagihkan daging kepada yang memerlukan, dan mengadakan tahlil serta jamuan bersama. Suasana penuh barakah dan silaturahim ini mengukuhkan lagi ikatan komuniti kita. 💖
Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang tenaga, masa dan semangat dalam menjayakan program ini. Semoga segala amal kita diterima oleh Allah SWT. 🤲🏼