Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Kudat

Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Kudat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kudat adalah W.D.T. 17, 89059 Kudat, Sabah

18/03/2026

🚨 OPS HARI RAYA AIDILFITRI 2026 – JPJ Cawangan Kudat 🚨

Kudat, 18 Januari 2026(Rabu), JPJ Cawangan Kudat akan mempergiatkan operasi penguatkuasaan sepanjang musim perayaan ini.

Tiada kompromi terhadap kesalahan seperti Tiada lesen memandu, LKM tamat tempoh, Tiada perlindungan insuran, Tidak mematuhi peraturan keselamatan jalan raya dan kesalahan lain yang melanggar peraturan jalan raya.

Tindakan tegas akan diambil di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jangan ambil risiko, patuhi undang-undang atau berdepan tindakan. Keselamatan anda, tanggungjawab anda.

Pandu Cermat, Sampai Selamat





JADUAL LARANGAN PEMANDUAN KENDERAAN BARANGAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2026Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumk...
16/03/2026

JADUAL LARANGAN PEMANDUAN KENDERAAN BARANGAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2026

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa larangan pemanduan kenderaan barangan akan dilaksanakan sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 2026 bagi melancarkan aliran trafik serta meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.

πŸ“… Tarikh Larangan:
🚫 19 & 20 Mac 2026 – Sebelum Hari Raya
🚫 28 & 29 Mac 2026 – Selepas Hari Raya

Larangan ini melibatkan kenderaan barangan tertentu daripada berada di jalan raya sepanjang tempoh yang ditetapkan.
Para pemilik dan pemandu kenderaan barangan dinasihatkan supaya mematuhi jadual larangan ini serta merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan.
Marilah kita bersama-sama mematuhi undang-undang jalan raya dan memandu dengan selamat demi kesejahteraan semua pengguna jalan raya sepanjang musim perayaan ini.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan selamat memandu.






PITAS, 15 Mac 2026(Ahad), JPJ Cawangan Kudat telah menjalankan Ops Patuh dan Ops Kenderaan Perdagangan di Daerah Pitas d...
15/03/2026

PITAS, 15 Mac 2026(Ahad), JPJ Cawangan Kudat telah menjalankan Ops Patuh dan Ops Kenderaan Perdagangan di Daerah Pitas dan Kudat pada hari ini bagi memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang lalulintas serta meningkatkan tahap keselamatan di jalan raya.

Sepanjang operasi dijalankan, beberapa kesalahan telah dikesan antaranya:
β€’ Tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL)
β€’ Tiada Lesen Kenderaan Perdagangan (GDL)
β€’ Perakuan Pemeriksaan Tamat Tempoh
β€’ LKM Tamat Tempoh
β€’ Tiada perlindungan insurans
β€’ Tidak memakai tali pinggang keledar
β€’ Tidak memakai topi keledar
β€’ Tidak Selengara Tayar dan Lampu Berhenti dengan baik

Sempena musim perayaan Hari Raya yang bakal tiba, semua pengguna jalan raya dinasihatkan agar merancang perjalanan balik kampung lebih awal bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan serta mematuhi undang-undang jalan raya demi keselamatan diri dan pengguna lain.

Ingatlah, keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab bersama.
Patuhi undang-undang, selamat sampai ke destinasi.




KUDAT, 13 Januari 2026 (Jumaat), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kudat telah menyampaikan sumbangan barangan k...
13/03/2026

KUDAT, 13 Januari 2026 (Jumaat), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kudat telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas seperti beras, mihun, gula, minyak masak serta sedikit sumbangan wang tunai kepada wakil Pengerusi Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya (TDKKU) Kudat sebentar tadi.

Sumbangan ini merupakan salah satu pengisian di bawah Program Jelajah Ramadhan 2026 – JPJ Kudat Kongsi Rezeki, yang dilaksanakan setiap kali tibanya bulan Ramadhan sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab sosial JPJ terhadap masyarakat setempat.

Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak pengurusan TDKKU Kudat dalam mengurus serta menjaga kebajikan kanak-kanak istimewa yang ditempatkan di pusat tersebut.
Semoga amalan berkongsi rezeki ini dapat memberi manfaat dan keberkatan kepada semua.







11 Mac 2026, (Rabu) Kudat, Sabah – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kudat telah menganjurkan Majlis Berbuka Pua...
12/03/2026

11 Mac 2026, (Rabu) Kudat, Sabah – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kudat telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua-Ketua Jabatan serta Anak-Anak Yatim dari Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah dalam suasana penuh keberkatan sempena bulan Ramadan yang mulia.

Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah JPJ Negeri Sabah, YBhg. Datuk Haji Mohd Harris Bin Ali serta wakil kepada Ahli Parlimen P.167 Kudat, YB Dato’ Verdon Bin Bahanda, bersama jemputan daripada pelbagai agensi kerajaan di daerah Kudat.

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara agensi kerajaan serta berkongsi rezeki bersama anak-anak yatim di samping menyemarakkan semangat kebersamaan dalam bulan Ramadhan.

Turut diadakan penyampaian sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan warden sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab sosial JPJ kepada masyarakat setempat.

Semoga program seperti ini dapat terus mengeratkan hubungan antara jabatan dan komuniti serta memupuk nilai kasih sayang serta kebersamaan dalam masyarakat.


KUDAT, 8 Mac 2026 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kudat telah menjalankan Operasi Patuh bagi memastikan peng...
08/03/2026

KUDAT, 8 Mac 2026 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kudat telah menjalankan Operasi Patuh bagi memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Hasil operasi yang dijalankan. 3 buah motosikal ditunggang warga asing telah disita atas kesalahan tiada lesen memandu yang sah. 1 buah motokar turut disita atas beberapa kesalahan iaitu tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.

JPJ ingin mengingatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya demi keselamatan bersama. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987).





Kudat, 6 Mac 2026, JPJ Cawangan Kudat bersama dengan YB Datuk Ben Chong, Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap ADUN ...
06/03/2026

Kudat, 6 Mac 2026, JPJ Cawangan Kudat bersama dengan YB Datuk Ben Chong, Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap ADUN N4 Tanjung Kapur telah menganjurkan Program Agihan Bubur Lambuk Sempena Ramadhan 1447H kepada pengguna jalanraya di sekitar Kudat.

Program yg bermula jam 4 petang diadakan di hadapan pejabat JPJ Caw. Kudat ini telah berjaya mengagihkan sebanyak 300 pack Bubur Lambuk beserta Risalah Keselamatan Jalanraya kepada pengguna-pengguna jalanraya.

Diingatkan kepada semua pemandu di Daerah Kudat ini agar sentiasa memandu dengan berhati-hati agar selamat sampai ke destinasi yang di tuju.




πŸŒ™ RAMADAN 1447H | PANDU CERMAT, SAMPAI SELAMATBersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Jabatan Pengangkutan J...
04/03/2026

πŸŒ™ RAMADAN 1447H | PANDU CERMAT, SAMPAI SELAMAT

Bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Kudat menyeru semua pengguna jalan raya agar sentiasa mengutamakan keselamatan ketika memandu.

βœ” Pastikan kenderaan diselenggara dengan baik
βœ” Elakkan memandu ketika letih atau mengantuk
βœ” Patuhi had laju dan peraturan jalan raya
βœ” Rancang perjalanan dan berbuka di tempat yang selamat

Ingatlah, keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab bersama.
Semoga kita semua tiba ke destinasi dengan selamat dan dapat menyambut Ramadan bersama insan tersayang.




PROGRAM JELAJAH RAMADAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN CAWANGAN KUDATKudat, 03 Mac 2026, Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan...
03/03/2026

PROGRAM JELAJAH RAMADAN
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN CAWANGAN KUDAT

Kudat, 03 Mac 2026, Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Kudat telah melaksanakan Program Jelajah Ramadan bertempat di Kampung Tajau Laut, Kudat.

Program ini telah diketuai oleh Ketua Cawangan Kudat, Tuan Muhammad Shamsalsinar Bin Mohamed Jalaludin, dengan dibantu oleh lima (5) orang anggota.

Pelaksanaan program ini bertujuan untuk menzahirkan keprihatinan jabatan terhadap golongan yang memerlukan khususnya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Dalam program tersebut, sumbangan berupa barangan keperluan asas telah disampaikan kepada golongan asnaf bagi membantu meringankan beban dan persediaan mereka sepanjang bulan Ramadan.

Semoga usaha murni ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara jabatan dan komuniti setempat serta memberi manfaat kepada para penerima.



Address

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kudat Adalah W. D. T. 17, 89059 Kudat
Sabah

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Kudat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share