Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ipd Rembau

Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ipd Rembau Bsjnd Rembau Negeri sembilan

14/12/2020
11/07/2020
11/06/2020



APA ITU INHALAN 🤔

Layari Facebook Rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini dari kami di:

https://www.facebook.com/jsjnpdrm/ JabatanSiasatanJenayahNarkotikPDRM

Untuk sebarang penyaluran maklumat sila whatsapp hotline JSJN di talian 012-2087222 (beroperasi 24 jam) . Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.


16/12/2019

DUA lelaki terjerat diri apabila kenderaan dengan muatan ketum yang dinaiki mereka terbabas melanggar sebuah kedai makan di Jalan Pedas-Kundur dekat Kampung Kundur Tengah di Rembau, hari ini.

Ops Damn 2019
01/10/2019

Ops Damn 2019

Lupus dadah bernilai Rm3.6 juta.
19/09/2019

Lupus dadah bernilai Rm3.6 juta.

23/08/2019

KEJADIAN PECAH DAN CURI DUIT TABUNG MASJID
----------------------------------------------------------------------------

Pada 22 Ogos 2019 Satu kejadian pecah dan curi duit tabung masjid telah berlaku di Masjid Kariah Batu 17 Chembong. Anggaran kerugian adalah lebih kurang RM 300.00. Diatas kejadian tersebut satu siasatan telah dijalankan dan kertas siasatan telah dibuka dibawah seksyen 380 Kanun Keseksaan. Semakan terhadap CCTV masjid mendapati terdapat (1) individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut. Pihak Polis IPD Rembau meminta kerjasama kepada sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini agar tampil memberikan maklumat.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada :

ASP Md. Nurazam Bin Md Ghazali
(Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Rembau)
No. Tel : 013-8005225

Atau

Insp. Siva Bharathi A/P Virra Mohan
(Pegawai Penyiasat Kes)
No Tel : 016-7121465



Tahniah team Search And Rescue (SAR) Ipd Rembau serta agensi yang terlibat. Terbaik👍🏻
05/08/2019

Tahniah team Search And Rescue (SAR) Ipd Rembau serta agensi yang terlibat. Terbaik👍🏻

01/08/2019

SYABU

Syabu atau nama kimianya Methamphetamine, adalah dadah peransang jenis Amfetamina (Amphetamine-Type Stimulants, ATS).

Syabu yang pada mulanya diguna pakai untuk tujuan perubatan telah di eksploitasi dan dihasilkan di makmal haram. Bahan-bahan ini meningkatkan lagi risiko pendedahan pengguna kepada kesan buruk dan kematian .

APAKAH KESAN SEGERA SYABU?

Syabu ialah stimulan yang poten. Pengguna menggemarinya kerana ia memberi rasa euphoria - rasa gembira dan menyeronokkan; rasa lebih bertenaga dengan peningkatan aktiviti fizikal, hilang mengantuk, peningkatan tumpuan perhatian, berjaga-jaga dan pengurangan selera.

Walaubagaimanapun, pengguna syabu akan mengalami kesan buruk seperti mulut kering, berpeluh berlebihan, anak mata menjadi besar, menggeletar dan sakit kepala.

Selepas kesan khayal, seseorang itu merasa gelisah, cepat marah, gementar, kebingungan, fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas.
Pada dos yang tinggi dadah ini menaikkan suhu badan kepada tahap yang membahayakan, mengakibatkan sawan dan akhirnya maut.

APA BAHAYA SYABU KEPADA KESIHATAN?

Penggunaan syabu memudaratkan kesihatan kerana:

1. Toleran - kesan toleran terjadi dengan cepat mengakibatkan penggunanya mengambil dos lebih dan berulang untuk meneruskan kesan khayal yang dialaminya. Menyebabkan pengguna tidak tidur sehingga 3 - 15 hari akibat dadah ini.

2. Penagihan - Pengguna dadah ini akan mengalami ketagihan dan juga penggantungan psikologi akibat pengambilan syabu. Seterusnya akan menyebabkan kemurungan, kegelisahan, keletihan, syak wasangka tanpa sebab, sifat ganas dan menagih untuk mendapatkan dadah tersebut.

3. Pengabaian diri - Apabila di bawah pengaruh syabu, pengguna tidak makan, tidur dan mengabaikan diri sendiri. Seperti hilang berat badan yang ketara, muka menjadi pucat, pengabaian kesihatan diri, badan berbau, gigi kekuningan, berparut dan luka-luka di badan. Kudis jelas kelihatan akibat pengguna syabu menggaru kulit untuk menghapus bayangan serangga yang disangka berada pada kulitnya(khayal).

4. Kurang daya tahan kepada penyakit

5. Kerosakan pada otak dan sistem saraf seseorang - menyebabkan gejala-gejala seperti penyakit Parkinson (dengan gangguan pergerakan anggota-anggota badan) dan penyakit Alzheimer (dengan kehilangan ingatan dan kekurangan daya berfikir).

6. Gangguan metabolisma badan

7. Kerosakan pada jantung dan sistem pendarahan kerana dadah ini menyebabkan degupan kencang, tidak menentu dan tekanan darah meningkat, yang mengakibatkan sakit jantung dan maut. Kerosakan pada saluran darah boleh menyebabkan sakit ahmar.

8. Kerosakan pada sistem pernafasan

9. Menjejaskan pembentukan bayi, kelahiran sebelum cukup tempoh atau keguguran.

10. Bahaya akibat HIV, Hepatitis dan lain-lain penyakit berjangkit - penyakit-penyakit ini mungkin dijangkiti akibat dari penggunaan alat-alat suntikan yang tercemar.

APA KAWALAN UNDANG-UNDANG KE ATAS SYABU?.

Pada 29.11.97 Methamphetamine diwartakan sebagai dadah berbahaya melalui P.U.(A) 500. sesiapa yang didapati mengimport, mengeksport atau memiliki Methamphetamine tanpa kuasa atau kebenaran sah melakukan kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Menyedari hukuman di atas yang nyata adalah ringan berbanding dengan bahaya dadah ini, Kementerian Kesihatan telah mencadangkan Pindaan kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Pindaan ini telah diluluskan oleh Parlimen pada 1.7.1998 untuk meningkatkan hukuman berkaitan dadah berbahaya dan meningkatkan kawalan ke atas dadah peransang jenis Amfetamina termasuk syabu. Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 1998 ini berkuatkuasa 15.9.1998.

Di bawah Pindaan ini -
Pemilik 50g dan lebih Methamphetamine dianggap sebagai mengedar dadah dan akan dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pemilik lebih 30g tetapi kurang dari 50g Methamphetamine boleh dikenakan hukuman penjara 5 tahun sehingga seumur hidup dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.

Pemilik lebih 5g tetapi kurang dari 30g Methamphetamine boleh dikenakan hukuman penjara 2-5 tahun dan sebatan 3-9 sebatan.

Pengguna yang menggunakan Methamphetamine ke atas diri sendiri boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya.




01/08/2019
1 Ogos 2019 - Aktiviti Pengedaran Air Ketum dikawasan Kota, Rembau Negeri Sembilan telah berjaya ditumpaskan oleh Bahagi...
01/08/2019

1 Ogos 2019 - Aktiviti Pengedaran Air Ketum dikawasan Kota, Rembau Negeri Sembilan telah berjaya ditumpaskan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ipd Rembau NS.

Address

Ipd Rembau
Rembau

Telephone

+6066852222

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ipd Rembau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ipd Rembau:

Share