Majlis Perbandaran Selayang Zon 15

Majlis Perbandaran Selayang Zon 15 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Majlis Perbandaran Selayang Zon 15, Government Organization, MPKK Kg Melayu, Pekan Rawang, Rawang.

Pagi ini MPS JKP Zon15 mengadakan Program Balik Sekolah. Ahli Majlis Puan Alice Choo dan AJK nya turut mengagihkan 108 b...
14/12/2025

Pagi ini MPS JKP Zon15 mengadakan Program Balik Sekolah. Ahli Majlis Puan Alice Choo dan AJK nya turut mengagihkan 108 beg sekolah, pakaian sekolah dan sukan l kepada murid-murid yang memerlukan bantuan. Selepas pengihan kami juga memberi makanan tengahari kepada mereka.
Diharap dengan sumbangan ini beban ibu bapa dari golongan B40 dapat diringankan. Penghargaan yang tidak terbatas kepada Yayasan WWRC atas sumbangan yang membolehkan Program pagi ini serta YB Chua Wai Kiat, ADUN Rawang yang sudi datang merasmikan program pagi ini. Penghargaan saya yang setinggi-tinggi kepada AJK saya yang hadir membantu untuk menjayakan program ini.

06/12/2025

AJK JKP 15 dan Team Urusetia MPS mengejutkan saya dengan sambutan hari lahir saya walaupun sudah berlalu. Saya rasa amat berbahagia. ❤️ 😍

Makan tengah-hari hari ini adalah sebagai penghargaan kepada AJK MPS zon15 yang telah bekerja dengan penuh dedikasi sepa...
06/12/2025

Makan tengah-hari hari ini adalah sebagai penghargaan kepada AJK MPS zon15 yang telah bekerja dengan penuh dedikasi sepanjang tahun 2025. YB Chua Wei Kiat, ADUN Rawang dan Tuan Majid bersama beberapa pegawai MPS turut hadir. Sungguh menyentuh hati mendengar ucapan YB Chua yang mengatakan bahawa saya adalah seorang Ahli Majlis yang baik. Selepas ucapan beliau, saya pun menyampaikan sijil penghargaan kepada semua AJK Zon15. Terima kasih kepada PA Valerie dan semua AJK saya yang bersama menjayakan majlis ini. Terima kasih YB Chua kerana meluangkan masa daripada jadual yang sibuk. Terima kasih Tn Majid dan team Sekretariat atas kek hari jadi yang enak sekali! 😍

Sesi permulaan Pelan Pembangunan Strategik MPS 2026 - 2030 hari ini di Hotel Mercure Selayang. MPS menyasarkan untuk men...
17/11/2025

Sesi permulaan Pelan Pembangunan Strategik MPS 2026 - 2030 hari ini di Hotel Mercure Selayang. MPS menyasarkan untuk mencapai pembangunan "Bandar Pintar" secara realistik menjelang 2030.

Pada 27hb Oct pagi, saya terima aduan tentang seorang pemilik kedai di Jalan Maxwell  menyewakan kedainya berserta lesen...
29/10/2025

Pada 27hb Oct pagi, saya terima aduan tentang seorang pemilik kedai di Jalan Maxwell menyewakan kedainya berserta lesen kepada seorang warga Bangladesh untuk menjalankan perniagaan yang sepatutnya tidak dibenarkan.

Saya pun memanjangkan aduan ini kepada Jabatan Penguatkuasa untuk menjalankan siasatan dan bertindak.

Semasa saya menghadiri Mesyuarat Fullboard pagi tadi, sekali lagi saya menerima aduan yang sama bahawa warga asing ini mengabaikan penguatkuasaan dan meneruskan perniagaan mereka seperti biasa.

Saya serta-merta meminta Penguatkuasa MPS untuk melawat tapak bersama saya selepas Mesyuarat Fullboard.

Penghargaan saya kepada pasukan Penguatkuasa atas respons segera mereka dan menjalankan tugas mereka dalam masa yang singkat.

Sejurus selepas lawatan tapak, saya pergi berjumpa dengan Tn ZarimanTimbalan Pengarah Jab Perlesenan untuk membincang langkah menambah-baik dan tindakan seterusnya untuk menghentikan amalan tidak beretika dan menghentikan pemilik kedai dari salahgunakan lesen yang diberikan kepada mereka.
Tuan Zariman akan
mengaturkan satu perjumpaan untuk saya dengan pemilik kedai, dan kita akan cuba menetapkan syarat-syarat khusus kepada pemilik kedai ini yang kini sedang memohon lesen baru.

Disini sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kpd Tn Zariman dan juga kepada Team Penguatkuasa atas perhatian dan keprihatinan segera terhadap kes ini. 🙏

Pagi ini MPS JKP dan PeBs Zon15 mengadakan Program Pengenalan Pickleball kepada golongan belia dan remaja di Game Point ...
26/10/2025

Pagi ini MPS JKP dan PeBs Zon15 mengadakan Program Pengenalan Pickleball kepada golongan belia dan remaja di Game Point Country Home Rawang.
30 peserta mengambil bahagian, kebanyakannya bermain sukan ini pertama kali. Kami amat gembira melihat semangat bersukanan di kalangan perserta walaupun tidak pernah main.
YB Chua Wei Kiat ADUN Rawang turut hadir meraikan acara ini serta bermain bersama kita.
YB Chua dan juga Ahli Majlis Pn Alice berharap melalui permainan ini, ramai golongan remaja berminat dalam aktiviti sihat ini dan digalakan oleh Ibubapa.

Terima kasih kepada team MPS JKP Zon15 saya kerana berjaya mengedarkan baucar Deepavali hari ini. YB Chua Wei Kiat ADUN ...
28/09/2025

Terima kasih kepada team MPS JKP Zon15 saya kerana berjaya mengedarkan baucar Deepavali hari ini. YB Chua Wei Kiat ADUN Rawang, En Ooi, wakil WWRC dan Puan Alice Ahli Majlis hadir menyampaikan baucar beli-belah Mydin RM 100 kepada setiap 100 penerima. Kami berharap baucar beli-belah ini akan menceriakan sambutan Deepavali mereka.
Bagi pihak MPS JKP Zon15, kami ingin merakamkan penghargaan kepada WWRC atas sumbangan mereka.

Melawat pusat pengurusan sisa Kg Rajah yang bukan sahaja mengurangkan tapak pelupusan tetapi juga menjadikan sisa kitar-...
24/09/2025

Melawat pusat pengurusan sisa Kg Rajah yang bukan sahaja mengurangkan tapak pelupusan tetapi juga menjadikan sisa kitar-semula sebagai sumber pendapatan. Terima kasih kepada Ketua Kg Milton Nyo dan pasukannya kerana mengubah kawasan kabin dengan landskap yang indah yang membanggakan penduduk.
Kami berharap membuang sampah sembarangan adalah perkara yang sudah berlalu. YB Chua Wei Kiat ADUN Rawang merakamkan penghargaan atas usaha di Ketua Kampung dan lain peminpin komuniti. Kami berharap ini akan mendorong orang lain untuk mencontohi Kg Rajah dalam menguruskan sampah.

Lawatan tapak bersama YB Chua Wei Kiat ADUN Rawang dan pegawai-pegawai Jab Kejuruteraan MPS bagi meninjau kerja-kerja me...
24/09/2025

Lawatan tapak bersama YB Chua Wei Kiat ADUN Rawang dan pegawai-pegawai Jab Kejuruteraan MPS bagi meninjau kerja-kerja menaik taraf saliran di Jalan Maxwell yang telah berdekad-dekad dilanda banjir kilat. Kerja berjalan lancar dan akan disiapkan pada bulan November. Ini adalah peningkatan yang besar, terima kasih kepada MPS kerana mendapat peruntukan MARRIS dan kami berharap ini dapat membantu menyelesaikan masalah banjir kilat.

Kami berasa bangga kerana bengkel memasak kuih bulan Cina 2025 yang dianjurkan oleh MPS JKP Zon15 mendapat sambutan yang...
21/09/2025

Kami berasa bangga kerana bengkel memasak kuih bulan Cina 2025 yang dianjurkan oleh MPS JKP Zon15 mendapat sambutan yang sangat mengagumkan terutamanya penyertaan hangat dari semua kaum. YB Chua Wei Kiat ADUN Rawang dalam ucapannya kata bengkel ini sangat tepat pada masanya kerana ia dapat tangani harga pasaran kuih bulan yang di luar kemampuan orang ramai serta bakal membuka peluang perniagaan kepada semua yang berminat tak kira bangsa.

Malaysia Madani, Kita Satu Hati!Selamat Hari Merdeka 2025!
31/08/2025

Malaysia Madani, Kita Satu Hati!
Selamat Hari Merdeka 2025!

JKP Zon 15 mengadakan program gotong royong membersiih kawasan bersama penduduk Kg Melayu Pekan Rawang dan menaikkan Jal...
28/08/2025

JKP Zon 15 mengadakan program gotong royong membersiih kawasan bersama penduduk Kg Melayu Pekan Rawang dan menaikkan Jalur Gemilang di sekeliling kampung sempena sambutan hari merdeka pada 24 Ogos 2025 .Program ini bagi menaikkan semangat sayangi negara Malaysia dan mengibar bendera dengan cara yang betul .Selamat Ulangtahun Kemerdekaan ke 68 Malaysia Madani,
Rakyat Disantuni

Address

MPKK Kg Melayu, Pekan Rawang
Rawang

Telephone

+60137123144

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perbandaran Selayang Zon 15 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Perbandaran Selayang Zon 15:

Share