04/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ฌ๐๐ ๐๐ข๐ ๐๐ฅ๐ฆ๐๐๐ ๐๐ฃ๐ ๐ฅ๐๐ก๐๐จ ๐๐๐ฅ๐๐๐ฌ๐ ๐ ๐๐ ๐๐จ๐๐ง ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐จ๐๐จ๐๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐๐ฃ ๐๐ก๐๐๐ฉ๐๐๐จ ๐๐๐ฅ๐๐๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐๐๐จ๐ก๐๐๐ก ๐๐๐๐จ๐ก ๐๐๐ก๐
Ranau, 04 Ogos 2026 - Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BPJK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau telah berjaya membawa satu (1) individu ke Mahkamah Sesyen bagi pertuduhan berkaitan kes penyalahgunaan akaun bank.
Individu tersebut didenda RM10,000 atau berdepan hukuman penjara tiga tahun sekiranya gagal membayar denda selepas mengaku bersalah terbabit dalam transaksi tidak sah menggunakan akaun bank miliknya.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati secara tidak langsung terbabit dalam transaksi kemasukan wang berjumlah RM28,000 ke dalam akaun bank miliknya tanpa maksud yang sah di daerah Ranau, pada 27 Februari 2026.
Kes didakwa mengikut Seksyen 424C(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara tiga hingga 10 tahun, atau denda antara RM10,000 hingga RM150,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, mangsa menerima panggilan daripada individu yang mendakwa mempunyai tunggakan bil elektrik sebelum talian disambungkan kepada seorang lagi individu yang menyamar sebagai anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.
Mangsa kemudian dipujuk untuk memindahkan wang sebanyak RM28,000 ke akaun bank yang diberikan selepas dimaklumkan kononnya terbabit dalam aktiviti penggubahan wang haram. Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas transaksi dibuat sebelum membuat laporan polis.
Siasatan polis mendapati akaun bank yang menerima wang tersebut adalah milik tertuduh. Tertuduh kemudian ditahan di Penampang bagi membantu siasatan.
Hasil siasatan turut mendapati tertuduh mengaku menyerahkan akaun bank dan kad ATM miliknya kepada seorang individu yang dikenali dengan bayaran sewaan sebanyak RM150.
Tertuduh juga didapati gagal mengambil langkah menyekat atau menutup akaunnya walaupun mengetahui maklumat akaun berkenaan telah diserahkan kepada pihak lain dan berisiko disalahgunakan.
Terima Kasih.
.
Sumber:
Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) IPD Ranau.