FAMA Daerah Ranau

FAMA Daerah Ranau Pusat Informasi rasmi perkhidmatan dan aktiviti FAMA di Daerah Ranau

18/08/2026
𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 π€π†π‘πŽ πŒπ€πƒπ€ππˆ @ 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑 π“π€ππˆ 𝐑𝐀𝐍𝐀𝐔29 Julai 2026Program Jualan Agro MADANI yang diadakan pada hari ini di Pasar Tani R...
29/07/2026

𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 π€π†π‘πŽ πŒπ€πƒπ€ππˆ @ 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑 π“π€ππˆ 𝐑𝐀𝐍𝐀𝐔

29 Julai 2026

Program Jualan Agro MADANI yang diadakan pada hari ini di Pasar Tani Ranau telah menerima sambutan yang amat positif daripada penduduk setempat. Kehadiran pengunjung yang memberangsangkan menunjukkan kepercayaan masyarakat terhadap inisiatif kerajaan dalam menyediakan bekalan makanan segar pada harga yang lebih mampu milik.

Pelbagai pilihan ikan segar berkualiti tinggi ditawarkan kepada pengguna dengan potongan harga sehingga 30%, sekali gus membantu mengurangkan beban kos sara hidup serta memastikan akses kepada sumber protein yang selamat, segar dan berpatutan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Penganjuran program ini turut mencerminkan usaha berterusan FAMA dalam memperkukuh rantaian pemasaran agromakanan negara melalui pendekatan yang lebih inklusif, strategik dan berorientasikan kesejahteraan rakyat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam menjamin sekuriti makanan negara secara mampan.

β€œπˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐍 πˆππŠπ‹π”π’πˆπ•πˆπ“πˆ : ππ„πŒπ€π‚π” πŠπ„π‰π€π˜π€π€πβ€








02/07/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀 π˜ππ‘π’. π„ππ‚πˆπŠ 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋 π‘π€π’π‡πˆπƒ 𝐁𝐈𝐍 ππ€π‡π‘πˆ, πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 π…π€πŒπ€

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, kepimpinan dan dedikasi sepanjang berkhidmat bersama FAMA.

Semoga YBrs. Encik Abdul Rashid dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan serta sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT.

Terima kasih dan Selamat Bersara tuan.

"πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐍 πˆππŠπ‹π”π’πˆπ•πˆπ“πˆ : ππ„πŒπ€π‚π” πŠπ„π‰π€π˜π€π€π"

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ι™ˆζ³“ηΌ£
Abdul Rashid Bahri
Sebastian Chew
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Perdana Menteri
FAMA Malaysia








ππ„ππ†πŠπ„π‹ ππ„ππ†π”πŠπ”π‡π€π 𝐆𝐏𝐋 (𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐑𝐄𝐃𝐀𝐍, ππ„πŒππ”ππ†πŠπ”π’π€π 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍) 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ’πˆπ‰πˆπ‹π€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€'𝐒 𝐁𝐄𝐒𝐓 πŠπ„ππ€πƒπ€ ππ„πŒπ€π’π€π‘ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ...
26/06/2026

ππ„ππ†πŠπ„π‹ ππ„ππ†π”πŠπ”π‡π€π 𝐆𝐏𝐋 (𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐑𝐄𝐃𝐀𝐍, ππ„πŒππ”ππ†πŠπ”π’π€π 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍) 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ’πˆπ‰πˆπ‹π€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€'𝐒 𝐁𝐄𝐒𝐓 πŠπ„ππ€πƒπ€ ππ„πŒπ€π’π€π‘ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 πŸπŸŽπŸπŸ”

πŸπŸ’ 𝐉𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”, 𝐑𝐀𝐁𝐔

Sekitar Bengkel Pengukuhan GPL kepada pemasar peringkat Negeri Sabah yang disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohammad Fatimie Bin Puzi, Pengarah Regulasi Pasaran FAMA Malaysia di The Cottage Hotel, Kundasang.

Bengkel ini bertujuan meningkatkan kefahaman pemasar mengenai pematuhan GPL, Pensijilan Malaysia's Best, kualiti dan standard hasil pertanian bagi memperkukuh daya saing produk agromakanan. Peserta turut mengikuti taklimat berkaitan MyGAP dan Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) oleh Encik Benjamin Gunik dari Jabatan Pertanian Sabah, pematuhan residu racun perosak oleh Encik Lim Chie How dari Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), serta latihan amali (hands-on) penggredan dan pelabelan yang dikendalikan oleh Encik Zarin Bin Nordin, Pegawai Regulasi Pasaran Ibu Pejabat FAMA.

Turut hadir, Encik Arwan Bin Yakung, Penolong Pengarah Pemasaran Segar & Intervensi, Cik Maria Patrick, Pegawai FAMA Daerah Ranau dan Puan Haryati Binti Abd Razak, Ketua Unit Regulasi Pasaran FAMA Negeri Sabah.

"πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐍 πˆππŠπ‹π”π’πˆπ•πˆπ“πˆ : ππ„πŒπ€π‚π” πŠπ„π‰π€π˜π€π€π"








𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ π†π„π‘π€πˆ π’π€π˜π”π‘ 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐇 πƒπˆ πŠπ”ππƒπ€π’π€ππ† ππ€π†πˆ πŒπ„πŒππ„π‘πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐋 ππ„π‘πŠπ€πˆπ“π€π ππ„πŒπ€π“π”π‡π€π 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍 π‡π€π’πˆπ‹ πŠπ„π‹π”π€π‘π€π 𝐏...
26/06/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ π†π„π‘π€πˆ π’π€π˜π”π‘ 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐇 πƒπˆ πŠπ”ππƒπ€π’π€ππ† ππ€π†πˆ πŒπ„πŒππ„π‘πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐋 ππ„π‘πŠπ€πˆπ“π€π ππ„πŒπ€π“π”π‡π€π 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍 π‡π€π’πˆπ‹ πŠπ„π‹π”π€π‘π€π ππ„π‘π“π€ππˆπ€π

πŸπŸ‘ 𝐉𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”, 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀

Sekitar lawatan kerja ke beberapa gerai sayur dan buah di sekitar Kundasang yang diketuai oleh YBrs. Encik Mohammad Fatimie Bin Puzi, Pengarah Regulasi Pasaran FAMA Malaysia, dengan diiringi oleh Cik Maria Patrick, Pegawai FAMA Daerah Ranau serta Puan Haryati Binti Abd Razak, Ketua Unit Regulasi Pasaran FAMA Negeri Sabah.

Lawatan ini bertujuan memberi penerangan awal kepada pengusaha dan pemasar mengenai pematuhan pelabelan hasil keluaran pertanian mengikut peraturan FAMA. Pelabelan penting bagi mengenal pasti pengeluar, merekod sumber dan bekalan hasil pertanian serta meningkatkan daya saing produk tempatan.

Lawatan ini turut menjadi platform libat urus FAMA bersama pengusaha dalam memperkukuh kesedaran terhadap kepentingan pematuhan pelabelan bagi memastikan hasil pertanian yang berkualiti dan memenuhi kehendak pasaran.

"πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐍 πˆππŠπ‹π”π’πˆπ•πˆπ“πˆ : ππ„πŒπ€π‚π” πŠπ„π‰π€π˜π€π€π"








𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ πŠπˆπ‹π€ππ† πŒπ„πŒππ‘πŽπ’π„π’ ππŽππ†πŠπ€π‡ 𝐂𝐄𝐍𝐃𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ€ππ€πŒπ€π 𝐂𝐄𝐍𝐃𝐀𝐖𝐀𝐍 πŠπŽππ„π‘π€π’πˆ ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π 𝐃𝐄𝐒𝐀 (πŠππƒ) πŠπ†. πŒπ„π’πˆπ‹πŽπ”, πŠπ”ππƒπ€π’π€...
26/06/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ πŠπˆπ‹π€ππ† πŒπ„πŒππ‘πŽπ’π„π’ ππŽππ†πŠπ€π‡ 𝐂𝐄𝐍𝐃𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ€ππ€πŒπ€π 𝐂𝐄𝐍𝐃𝐀𝐖𝐀𝐍 πŠπŽππ„π‘π€π’πˆ ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π 𝐃𝐄𝐒𝐀 (πŠππƒ) πŠπ†. πŒπ„π’πˆπ‹πŽπ”, πŠπ”ππƒπ€π’π€ππ†

πŸπŸ‘ 𝐉𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”, 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀

Sekitar lawatan kerja ke Kilang Memproses Bongkah Cendawan dan tapak penanaman cendawan milik Koperasi Pembangunan Desa (KPD) di Kg. Mesilou, Kundasang yang diketuai oleh YBrs. Encik Mohammad Fatimie Bin Puzi, Pengarah Regulasi Pasaran FAMA Malaysia.

Melalui lawatan ini, pihak FAMA telah meninjau proses penghasilan bongkah cendawan, penanaman serta pengurusan pengeluaran pelbagai jenis cendawan seperti Shiitake, Lingzhi, cendawan tiram dan cendawan telinga kera. KPD Mesilou berkeupayaan mengeluarkan kira-kira 800,000 unit bongkah cendawan pelbagai jenis, sekali gus menyokong bekalan industri cendawan serta memperkukuhkan rantaian pemasaran hasil pertanian di Sabah.

Turut hadir, Cik Maria Patrick, Pegawai FAMA Daerah Ranau serta Puan Haryati Binti Abd Razak, Ketua Unit Regulasi Pasaran FAMA Negeri Sabah.

"πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐍 πˆππŠπ‹π”π’πˆπ•πˆπ“πˆ : ππ„πŒπ€π‚π” πŠπ„π‰π€π˜π€π€π"








𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 ππ„ππ†π”πŒππ”π‹π€π π‡π€π’πˆπ‹ π“π€ππˆ πŠππƒ (𝐀𝐏𝐂𝐂) πŠπ”ππƒπ€π’π€ππ†πŸπŸ‘ 𝐉𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”, 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀Sekitar lawatan kerja ke Pusat Pengumpula...
26/06/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 ππ„ππ†π”πŒππ”π‹π€π π‡π€π’πˆπ‹ π“π€ππˆ πŠππƒ (𝐀𝐏𝐂𝐂) πŠπ”ππƒπ€π’π€ππ†

πŸπŸ‘ 𝐉𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”, 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀

Sekitar lawatan kerja ke Pusat Pengumpulan Hasil Tani KPD (APCC) Kundasang, Ranau yang diketuai oleh YBrs. Encik Mohammad Fatimie Bin Puzi, Pengarah Regulasi Pasaran FAMA Malaysia.

Melalui lawatan ini, pihak FAMA telah meninjau proses pengendalian, penggredan dan pembungkusan pelbagai jenis cendawan iaitu Shiitake, Lingzhi, cendawan tiram dan cendawan telinga kera. Lawatan ini bertujuan memperkukuhkan pematuhan terhadap standard kualiti serta amalan pembungkusan bagi memastikan hasil pertanian yang dipasarkan memenuhi kehendak pasaran.

Turut hadir, Cik Maria Patrick, Pegawai FAMA Daerah Ranau serta Puan Haryati Binti Abd Razak, Ketua Unit Regulasi Pasaran FAMA Negeri Sabah.

"πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐍 πˆππŠπ‹π”π’πˆπ•πˆπ“πˆ : ππ„πŒπ€π‚π” πŠπ„π‰π€π˜π€π€π"








π’π„π’πˆ ππ„π‘πŠπŽππ†π’πˆπ€π 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 πˆπŒπ€π“ | 𝐑𝐀𝐍𝐀𝐔22 Jun 2026, IsninFAMA Daerah Ranau telah mengadakan Sesi Perkongsian Usahawan IMA...
23/06/2026

π’π„π’πˆ ππ„π‘πŠπŽππ†π’πˆπ€π 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 πˆπŒπ€π“ | 𝐑𝐀𝐍𝐀𝐔

22 Jun 2026, Isnin

FAMA Daerah Ranau telah mengadakan Sesi Perkongsian Usahawan IMAT bersama Puan Rojaliah Hanti, pengusaha D'DOMPURAN RH ENTERPRISE.

Sesi yang diselaraskan oleh Pegawai FAMA Daerah Ranau, Cik Maria Patrick ini memberi pendedahan kepada usahawan mengenai kepentingan Pensijilan HALAL, pembungkusan dan pelabelan produk yang berkualiti bagi meningkatkan nilai tambah serta daya saing produk di pasaran.

Turut dikongsikan ialah pengalaman dan panduan dalam pembangunan produk, penjenamaan serta pemasaran sebagai usaha memperkukuh daya saing usahawan IMAT Daerah Ranau.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada usahawan IMAT Daerah Ranau dalam meningkatkan kualiti produk serta memperkukuh daya saing di pasaran.

"πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐍 πˆππŠπ‹π”π’πˆπ•πˆπ“πˆ : ππ„πŒπ€π‚π” πŠπ„π‰π€π˜π€π€π"








πˆππ“π„π‘π•π„ππ’πˆ 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍 π“πŽπŒπ€π“πŽ ππ‹π”πŒ 𝐃𝐀𝐍 πŠπ”ππˆπ’ πŠπ”ππƒπ€π’π€ππ†πŸπŸ‘ 𝐉𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” | πŠπ”ππƒπ€π’π€ππ†Pusat Operasi FAMA Kota Kinabalu telah melaksan...
13/06/2026

πˆππ“π„π‘π•π„ππ’πˆ 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍 π“πŽπŒπ€π“πŽ ππ‹π”πŒ 𝐃𝐀𝐍 πŠπ”ππˆπ’ πŠπ”ππƒπ€π’π€ππ†

πŸπŸ‘ 𝐉𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” | πŠπ”ππƒπ€π’π€ππ†

Pusat Operasi FAMA Kota Kinabalu telah melaksanakan aktiviti Intervensi Pasaran melalui pembelian hasil pertanian di gerai Puan Noraini Gebintal yang terletak di Kundasang bagi membantu melancarkan pemasaran keluaran tempatan serta mengelakkan lambakan bekalan di peringkat ladang.

Dalam pelaksanaan intervensi tersebut, FAMA telah membuat pembelian sebanyak 7 metrik tan kubis bulat dan 2.5 metrik tan tomato plum daripada usahawan berkenaan untuk dipasarkan ke destinasi yang bersesuaian mengikut keperluan semasa pasaran.

Pelaksanaan intervensi ini merupakan antara inisiatif FAMA dalam memastikan hasil pertanian usahawan dapat dipasarkan dengan lebih teratur, seterusnya membantu meningkatkan pendapatan pengeluar serta mengekalkan kestabilan bekalan dan harga di pasaran demi manfaat pengeluar dan pengguna.

"πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐍 πˆππŠπ‹π”π’πˆπ•πˆπ“πˆ : ππ„πŒπ€π‚π” πŠπ„π‰π€π˜π€π€π"








Address

Tingkat 2, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Ranau
Ranau
89308

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30

Telephone

+6088876687

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FAMA Daerah Ranau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share