PCK BPH

PCK BPH โ„™๐•Œ๐•Šโ„™๐”ธโ„•๐•€๐•‹๐”ธ โ„‚๐•’๐•จ๐•’๐•Ÿ๐•˜๐•’๐•Ÿ ๐•‚๐•–๐•”๐•š๐•
๐”น๐•’๐•™๐•’๐•˜๐•š๐•’๐•Ÿ โ„™๐•–๐•Ÿ๐•˜๐•ฆ๐•ฃ๐•ฆ๐•ค๐•’๐•Ÿ โ„๐•’๐•ฃ๐•ฅ๐•’๐•Ÿ๐•’๐•™
๐•๐•’๐•“๐•’๐•ฅ๐•’๐•Ÿ โ„™๐•–๐•ฃ๐••๐•’๐•Ÿ๐•’ ๐•„๐•–๐•Ÿ๐•ฅ๐•–๐•ฃ๐•š
โ ๐’Ÿ๐’ถ๐“‡๐’พ๐“…๐’ถ๐’น๐’ถ ๐’ฒ๐’ถ๐“ƒ๐’พ๐“‰๐’ถ ๐’ฐ๐“ƒ๐“‰๐“Š๐“€ ๐’ฒ๐’ถ๐“ƒ๐’พ๐“‰๐’ถ..โž ๐ŸŽ€

๐Ÿ†๐Ÿฅณ ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—–๐—ž ๐—•๐—ฃ๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ! ๐Ÿฅณ๐Ÿ†Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang Karnival...
09/09/2026

๐Ÿ†๐Ÿฅณ ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—–๐—ž ๐—•๐—ฃ๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ! ๐Ÿฅณ๐Ÿ†

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang Karnival Sukan Rakyat PUSPANITA Cawangan Kecil Bahagian Pengurusan Hartanah (PCK BPH) Tahun 2026! ๐ŸŽ‰๐Ÿ‘

Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Hartanah merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil BPH, YBrs. Encik Eris Jemadi bin Tajudin, yang sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Turut bersama ialah Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil BPH, Puan Natera binti Yusop, dalam meraikan kejayaan para pemenang. ๐ŸŒท

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua AJK serta semua yang terlibat atas segala usaha, kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan karnival ini. ๐Ÿ’๐Ÿ‘

Tahniah kepada semua yang telah menunjukkan semangat kesukanan, kesungguhan dan sporting sepanjang karnival berlangsung! ๐Ÿฅ‡๐Ÿฅˆ๐Ÿ†

Semoga Karnival Sukan Rakyat ini terus menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim, memupuk kerjasama dan mencipta kenangan manis bersama warga PCK BPH. ๐Ÿ’œโœจ

Tahniah semua! Anda memang terbaik! ๐Ÿฅณ๐Ÿ‘



07/09/2026

๐Ÿฅณ๐Ÿ‘‘๐Ÿ†๐Ÿฅ‡๐Ÿฅˆ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—–๐—ž ๐—•๐—ฃ๐—› ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿฅณ๐Ÿ‘‘๐Ÿ†

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Karnival Sukan Rakyat PUSPANITA Cawangan Kecil Bahagian Pengurusan Hartanah (PCK BPH) Tahun 2026! ๐ŸŽ‰

๐Ÿ‘ Syabas kepada semua pemenang atas kejayaan yang telah diraih, dan penghargaan kepada semua peserta, AJK serta pihak yang terlibat atas semangat kesukanan, kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang berlangsungnya karnival ini.

๐Ÿ’ Semoga program seperti ini terus mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kerjasama dan menceriakan warga PCK BPH.

๐Ÿ†๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐— ๐—จ๐—ž๐—ง๐—”๐— ๐—”๐——!

๐ŸŽ Sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang diadakan pada 1 September 2026 dalam satu majlis eksklusif.

Sekali lagi, tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian! ๐Ÿ‘๐Ÿฅณ



๐Ÿ“Œ ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—–๐—ž ๐—•๐—ฃ๐—› ๐—•๐—œ๐—Ÿ. ๐Ÿฏ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒMesyuarat PUSPANITA Cawangan Kecil Bahagian Pengurusan Hartanah (PCK BPH) Bil. 3/2026 tel...
06/09/2026

๐Ÿ“Œ ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—–๐—ž ๐—•๐—ฃ๐—› ๐—•๐—œ๐—Ÿ. ๐Ÿฏ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Mesyuarat PUSPANITA Cawangan Kecil Bahagian Pengurusan Hartanah (PCK BPH) Bil. 3/2026 telah diadakan pada 1 September 2026 (Selasa), jam 2.30 petang bertempat di Bilik Rebung, BPH.

Mesyuarat membincangkan perancangan dan pelaksanaan aktiviti PCK BPH serta perkara berkaitan kebajikan dan kepentingan ahli. ๐ŸŒท๐Ÿค




๐ŸŽณโœจ PERTANDINGAN BOLING PIALA PENGERUSI PUSPANITA JPM TAHUN 2026 โœจ๐ŸŽณTahniah dan syabas diucapkan kepada wakil PUSPANITA Ca...
05/09/2026

๐ŸŽณโœจ PERTANDINGAN BOLING PIALA PENGERUSI PUSPANITA JPM TAHUN 2026 โœจ๐ŸŽณ

Tahniah dan syabas diucapkan kepada wakil PUSPANITA Cawangan Kecil Bahagian Pengurusan Hartanah (PCK BPH) yang telah menyertai Pertandingan Boling Piala Pengerusi PUSPANITA JPM Tahun 2026 yang berlangsung pada 5 September 2026 (Sabtu) bertempat di Wangsa Bowl, IOI City Mall Putrajaya. ๐Ÿฅณ๐ŸŽณ

๐Ÿ† Wakil PCK BPH:
๐ŸŒŸ Siti Norziela binti Shamsudin
๐ŸŒŸ Nur Ashikin binti Ghazalli
๐ŸŒŸ Azliza binti Doraman
๐ŸŒŸ Sakinah binti Ab Aziz

๐Ÿ‘ Tahniah diucapkan kepada Puan Azliza binti Doraman atas kejayaan merangkul Tempat Ketiga bagi kategori Jatuhan Pin Paling Banyak! ๐Ÿฅ‰๐ŸŽณ๐Ÿ”ฅ

Syabas kepada semua wakil PCK BPH atas semangat kesukanan, kerjasama dan komitmen yang diberikan. Semoga terus aktif, cergas dan mencipta lebih banyak kejayaan bersama! ๐Ÿ’ช๐Ÿฅฐ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐Ÿต ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พPUSPANITA Cawangan Kecil Bahagian Pengurusan Hartanah mengucapkan ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐— ...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐Ÿต ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

PUSPANITA Cawangan Kecil Bahagian Pengurusan Hartanah mengucapkan ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ-๐Ÿฒ๐Ÿต kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga semangat kemerdekaan terus menyemarakkan rasa cinta akan negara, memperkukuh perpaduan serta menyatukan kita dalam membina Malaysia yang aman, sejahtera dan harmoni. โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™๐Ÿ’›

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ: ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ต๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ถ๐—ป๐—ถ๐—ธ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ถ




๐‚๐„๐‘๐€๐Œ๐€๐‡ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹โ€œ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐„๐‘๐“๐„๐‘๐€๐’๐Š๐€๐ ๐€๐Š๐‡๐‹๐€๐Š ๐‘๐€๐’๐”๐‹๐”๐‹๐‹๐€๐‡ ๐’๐€๐–โ€๐Ÿ“ Putrajaya | 28 Ogos 2026 โ€“ Unit Pengurusan Sumber M...
28/08/2026

๐‚๐„๐‘๐€๐Œ๐€๐‡ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹
โ€œ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐„๐‘๐“๐„๐‘๐€๐’๐Š๐€๐ ๐€๐Š๐‡๐‹๐€๐Š ๐‘๐€๐’๐”๐‹๐”๐‹๐‹๐€๐‡ ๐’๐€๐–โ€

๐Ÿ“ Putrajaya | 28 Ogos 2026 โ€“ Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan Ceramah Sambutan Maulidur Rasul bertajuk โ€œIntegriti Berteraskan Akhlak Rasulullah SAWโ€ yang disampaikan oleh Ustaz Syamsul Debat, Penceramah Bebas, bertempat di Auditorium Perdana, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.

Majlis ini turut dihadiri oleh Puan Natera binti Yusop, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil BPH, serta warga Kompleks Setia Perdana, Jabatan Perdana Menteri.

Perkongsian ilmu yang cukup padat disampaikan secara menarik, santai dan mudah difahami dalam suasana komunikasi dua hala yang lancar serta sarat dengan ilmu pengetahuan.

Dalam ceramah tersebut, Ustaz Syamsul Debat menggariskan lima prinsip penting yang harus diamalkan oleh penjawat awam dalam melaksanakan tugas, iaitu amanah, jujur, adil, menolak rasuah dan ihsan.

Beliau turut menekankan bahawa integriti yang berteraskan akhlak Rasulullah SAW tercermin apabila hati takut kepada Allah, fikiran berpandukan kebenaran dan tindakan dilaksanakan dengan penuh amanah.

Justeru, marilah kita menjadikan prinsip-prinsip tersebut sebagai pegangan dalam melaksanakan tugas โ€“ bekerja kerana Allah, berkhidmat kerana rakyat, amanah apabila diberi kuasa, jujur dalam tindakan dan berakhlak dalam pergaulan.

Sesungguhnya, penjawat awam yang hebat bukan sekadar cekap melaksanakan tugas, tetapi juga dipercayai kerana akhlaknya.

๐—”๐—š๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—•๐—จ๐—ฅ ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐——๐—จ๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—› / ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐—  Alhamdulillah, PUSPANITA Cawangan Kecil Bahagian Pengu...
28/08/2026

๐—”๐—š๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—•๐—จ๐—ฅ ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐——๐—จ๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—› / ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐— 

Alhamdulillah, PUSPANITA Cawangan Kecil Bahagian Pengurusan Hartanah telah melaksanakan agihan Bubur Lambuk Kampung Baru kepada warga BPH, termasuk kakitangan keselamatan dan Facility Management (FM) di F6 pada hari ini. ๐Ÿค

Program ini dibawah Biro Agama dan merupakan salah satu usaha PUSPANITA BPH dalam menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul 1448H, di samping memupuk semangat kebersamaan dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga BPH. ๐ŸŒท

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat Puan Pengerusi atas cetusan idea dan cadangan untuk mengadakan sumbangan bubur lambuk ini sebagai tanda kasih dan penghargaan kepada seluruh warga BPH. โค๏ธ

Tidak dilupakan, jutaan terima kasih buat seluruh team PUSPANITA BPH yang sentiasa ringan tulang, meluangkan masa, tenaga dan keringat bagi memastikan urusan penyediaan dan agihan berjalan dengan lancar. ๐Ÿซถ๐Ÿป

Tanpa kerjasama dan komitmen daripada semua, pastinya program ini tidak dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Terima kasih atas semangat kebersamaan yang sentiasa diberikan. โค๏ธ

Semoga usaha kecil ini mendapat keberkatan dan menjadi amal jariah buat semua yang terlibat, di samping mengeratkan lagi silaturahim sesama warga BPH. ๐ŸŒท

Terima kasih sekali lagi, team PUSPANITA BPH! โค๏ธโœจ

๐—”๐—š๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—•๐—จ๐—ฅ ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ž ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐——๐—จ๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—› / ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐— Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa PUSPAN...
26/08/2026

๐—”๐—š๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—•๐—จ๐—ฅ ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ž ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐——๐—จ๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—› / ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐— 

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa PUSPANITA Cawangan Kecil Bahagian Pengurusan Hartanah akan mengadakan agihan bubur lambuk kepada ๐˜„๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—•๐—ฃ๐—› seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 28 Ogos 2026 (Jumaat)
Masa: 3.15 petang
Tempat: Bilik PUSPANITA (Perpustakaan), Aras 8, Blok F6, Kompleks F, Putrajaya


SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026Mโ€œMadani Dihayati, Ummah Diberkatiโ€ Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H buat seluruh...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M

โ€œMadani Dihayati, Ummah Diberkatiโ€

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H buat seluruh warga PUSPANITA Cawangan Kecil Bahagian Pengurusan Hartanah.

Marilah kita bersama-sama menghayati sirah dan meneladani akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat, menghidupkan sunnah serta menerapkan nilai kasih sayang, kesantunan dan keprihatinan dalam kehidupan seharian.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus menyuburkan amal, mempererat ukhuwah dan membawa keberkatan dalam kehidupan.

๐Ÿคฒ Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

Address

Bahagian Pengurusan Hartanah, Aras 2-8, Blok F6, Kompleks F, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Putrajaya
62000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PCK BPH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share