Jabatan Pembangunan Wanita - JPW

Jabatan Pembangunan Wanita - JPW Boleh rujuk di laman sesawang berikut untuk maklumat lanjut berkenaan JPW: http://www.jpw.gov.my

β€œKerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.”..
"Malaysian Government is not responsible for any loss or damages that may be incurred by the user as a result of using the information on this site."

13/06/2026

Sorotan sepanjang Program KasihnITa Pulau Pinang πŸ’œ

Setiap aktiviti, perkongsian dan pengalaman yang dilalui menjadi langkah bermakna ke arah pemerkasaan wanita yang lebih yakin, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Terima kasih kepada semua yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Bersama, kita terus melakar peluang dan mencipta perubahan yang positif. ✨

Jangan lupa ikuti akaun rasmi Jabatan Pembangunan Wanita untuk mendapatkan pelbagai informasi, program serta inisiatif pemerkasaan wanita di Malaysia.

10/06/2026

Episod 4 - Urus Kewangan, Langkah Bijak Ibu Tunggal

Daripada serba kekurangan kepada wanita yang lebih kuat dan bebas kewangan. Episod 4 Suara Kasih bawakan panduan & pengalaman ibu tunggal yang berjaya mengurus kewangan. Bukan sekadar bertahan, tetapi bangkit mencipta masa depan.

Dengarkan tips pengurusan kewangan dalam Suara Kasih Episod 4 di sini: https://youtu.be/n7u_52qPOiI

10/06/2026

Kisah sebenar. Pengalaman sebenar. Inspirasi sebenar.

Dengarkan perkongsian daripada para peserta Program KasihnITa Pulau Pinang yang berkongsi pengalaman, pembelajaran dan perubahan positif yang mereka lalui sepanjang program berlangsung.
Setiap langkah kecil hari ini mampu membuka peluang yang lebih besar pada masa hadapan. πŸ’œ

Jangan lupa ikuti akaun rasmi Jabatan Pembangunan Wanita untuk mendapatkan pelbagai informasi, program serta inisiatif pemerkasaan wanita di Malaysia.

Episod 4 - Urus Kewangan, Langkah Bijak Ibu Tunggal Daripada serba kekurangan kepada wanita yang lebih kuat dan bebas ke...
09/06/2026

Episod 4 - Urus Kewangan, Langkah Bijak Ibu Tunggal

Daripada serba kekurangan kepada wanita yang lebih kuat dan bebas kewangan. Episod 4 Suara Kasih bawakan panduan & pengalaman ibu tunggal yang berjaya mengurus kewangan. Bukan sekadar bertahan, tetapi bangkit mencipta masa depan.

Dengarkan tips pengurusan kewangan dalam Suara Kasih Episod 4 yang akan disiarkan pada 10 Jun 2026 (Rabu), jam 5.00 petang.

Jangan lupa tonton hanya di Channel Rasmi YouTube Jabatan Pembangunan Wanita: https://youtube.com/?si=YTv-pqcyg9k7fYIU

09/06/2026
KPWKM terus komited memperkukuh agenda pemerkasaan ibu tunggal menerusi Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) Negeri Pul...
09/06/2026

KPWKM terus komited memperkukuh agenda pemerkasaan ibu tunggal menerusi Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) Negeri Pulau Pinang yang telah dirasmikan oleh YB Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.

Program anjuran Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) ini menjadi platform penting dalam membantu golongan ibu tunggal meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta daya tahan diri agar lebih yakin dan berdikari dalam menghadapi cabaran kehidupan.

Melalui pelaksanaan Program KasihnITa 2026 di seluruh negara, para peserta didedahkan dengan aspek kemahiran perundangan, pengurusan dan literasi kewangan serta pembangunan psikososial bagi memperkukuh kesejahteraan dan masa depan mereka.

KPWKM akan terus komited merangka pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada wanita khususnya ibu tunggal selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk memastikan tiada golongan yang tercicir daripada arus pembangunan negara.

Turut hadir YBrs Puan Hanani Sapit, Ketua Pengarah JPW dan pegawai-pegawai kanan agensi dan Kementerian.

07/06/2026

Program Kasih Ibu Tunggal (KASIHNITA) @ Pulau Pinang

Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), YBrs Puan Hanani Sapit hadir ke Majlis Pra-Pelancaran Bersama Rakan Str...
07/06/2026

Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), YBrs Puan Hanani Sapit hadir ke Majlis Pra-Pelancaran Bersama Rakan Strategik anjuran BERNAMA bersempena Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) pada Khamis di Kuala Lumpur.

HAWANA diadakan untuk mengiktiraf dan menghargai pengamal media di Malaysia yang banyak membantu sebagai penyampai maklumat, dasar dan program kepada masyarakat. Tema HAWANA pada tahun ini ialah Media Berintegriti, Teras Kredibiliti.

Di majlis tersebut YBrs Puan Hanani, telah menyerahkan Mock Cheque penajaan dan menerima penghargaan sebagai Rakan Strategik penganjuran HAWANA yang akan dirasmikan sambutannya pada 20 Jun 2026 di Pulau Pinang oleh YAB Perdana Menteri.





 π‡πšπ«π’ 𝐈𝐧𝐒!Alhamdulillah, hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Sambutan Hari TVET Negara 2026 kini membuka tirainya...
05/06/2026



π‡πšπ«π’ 𝐈𝐧𝐒!

Alhamdulillah, hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Sambutan Hari TVET Negara 2026 kini membuka tirainya di Dataran Putrajaya.

Saya ingin menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk hadir bersama keluarga dan rakan-rakan bagi memeriahkan sambutan yang akan berlangsung bermula jam 9 pagi hari ini sehingga 7 Jun 2026.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda termasuk pameran teknologi dan inovasi, karnival kerjaya, pertandingan kemahiran, seminar industri, demonstrasi teknologi serta pelbagai pengisian interaktif untuk seisi keluarga.

πŸ“ Dataran Putrajaya
πŸ—“οΈ 5 - 7 Jun 2026
⏰ 9.00 pagi - 10.00 malam

Jom bersama-sama kita meraikan bakat kemahiran dan masa depan negara di Hari TVET Negara 2026.

Jumpa anda di sana!



04/06/2026



Gangguan seksual bukan gurauan. Jika anda menjadi mangsa gangguan seksual, jangan diam ❗

Laporkan segera ke Tribunal Bagi Antigangguan Seksual (TAGS) atau hubungi Talian Kasih 15999 yang beroperasi 24 jam sehari tanpa henti.

Bersama kita hentikan gangguan seksual demi mewujudkan persekitaran yang selamat dan sejahtera untuk semua lapisan masyarakat.

🚫 Katakan Tidak Kepada Gangguan Seksual

Address

Aras 23, 25 & 28, No. 55, Persiaran Perdana, Presint 4
Putrajaya
62100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pembangunan Wanita - JPW posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pembangunan Wanita - JPW:

Share