Jabatan Peguam Negara Malaysia I Attorney General's Chambers Malaysia

Jabatan Peguam Negara Malaysia  I  Attorney General's Chambers Malaysia Bertekad Menegakkan Keadilan

π“π€π‡ππˆπ€π‡ ππ„ππ„π‘πˆπŒπ€ 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ† (𝐀𝐏𝐂) 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 ππ”πƒπˆ, 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„π†π”π€πŒ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 πŸπŸŽπŸπŸ”PUTRAJAYA, 4 Ogos 2...
04/08/2026

π“π€π‡ππˆπ€π‡ ππ„ππ„π‘πˆπŒπ€ 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ† (𝐀𝐏𝐂) 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 ππ”πƒπˆ, 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„π†π”π€πŒ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 πŸπŸŽπŸπŸ”

PUTRAJAYA, 4 Ogos 2026 – Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 dan Sanjungan Budi 2026 bagi menghargai kecemerlangan prestasi serta mengenang jasa bakti warga AGC yang telah memberikan sumbangan cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Majlis tersebut telah menyaksikan seramai 145 orang pegawai menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025, manakala 24 orang pegawai telah diraikan sempena persaraan mereka pada tahun 2026 sebagai tanda penghargaan atas komitmen, dedikasi dan khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada jabatan.

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar, Peguam Negara, serta turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Suzana binti Atan, Peguam Cara Negara, YBhg. Dato' Seri Umar Saifuddin bin Jaafar, Peguam Cara Negara II, Ketua-Ketua Bahagian dan Penasihat-Penasihat Undang-Undang Negeri. Kehadiran barisan pengurusan tertinggi AGC menyerlahkan komitmen jabatan dalam mengiktiraf kecemerlangan prestasi serta menghargai jasa dan pengorbanan warganya.

Agenda majlis turut diisi dengan sesi bergambar sebagai simbol penghargaan dan kenangan kepada para penerima APC serta pesara yang telah mencurahkan khidmat bakti kepada AGC.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada budaya kerja berprestasi tinggi, memperkukuh kecemerlangan penyampaian perkhidmatan serta menyuntik semangat kepada seluruh warga AGC untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti, profesionalisme dan dedikasi demi memperkasakan institusi serta mendukung aspirasi Malaysia MADANI.

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima APC serta selamat bersara kepada para pesara. Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan sumbangan yang tidak ternilai kepada Jabatan Peguam Negara.





JOHOR, 3 Ogos 2026 - Unit Pendakwaan Negeri Johor telah menerima kunjungan YBhg. Datuk Kamal Baharin Bin Omar Timbalan K...
04/08/2026

JOHOR, 3 Ogos 2026 - Unit Pendakwaan Negeri Johor telah menerima kunjungan YBhg. Datuk Kamal Baharin Bin Omar Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II beserta Tuan Lokman bin Kasim dan Puan Najwa binti Bistaman selaku Pasukan Naziran dari Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara. Terlebih dahulu YB Dato’ Abd Aziz bin Engan Penasihat Undang-Undang telah mengalu-alukan kehadiran Pasukan Naziran disebelah pagi sebelum sesi naziran dijalankan sepanjang hari bersama Tuan Abdul Ghafar bin Abd Latif, Pengarah Pendakwaan Negeri Johor dengan kehadiran beberapa Timbalan Pendakwa Raya. Sepanjang naziran dijalankan sejumlah 67 Kertas Siasatan telah dirujuk. Selain itu 7 kes melibatkan tahanan reman lama juga telah ditaklimatkan. Naziran telah menerima 41 representasi mewakili 61% Kertas Siasatan yang dirujuk. Penghargaan dan terima kasih disampaikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Johor atas kesudian pelaksanaan pantauan oleh Pasukan Naziran dari Bahagian Pendakwaan Jabatan peguam Negara.





PUTRAJAYA, 31 Julai 2026 - Seksyen Pengurusan Pusat Sumber, Bahagian Pengurusan telah mengadakan Sesi Perkongsian Ilmu S...
31/07/2026

PUTRAJAYA, 31 Julai 2026 - Seksyen Pengurusan Pusat Sumber, Bahagian Pengurusan telah mengadakan Sesi Perkongsian Ilmu Siri 1/Tahun 2026 yang bertajuk "Sayang Jantung Tak?" bertempat di Dewan Tan Sri Abdul Kadir Yusuf, Jabatan Peguam Negara (AGC).

Ceramah telah disampaikan oleh Dr. Noor Muhammad Azlan Shah bin Atan, Doktor Pakar dari Unit Elektrofisiologi, Jabatan Kardiologi Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga AGC mengenai kepentingan menjaga kesihatan jantung melalui amalan gaya hidup sihat, pengesanan awal faktor risiko penyakit kardiovaskular serta langkah-langkah pencegahan yang berkesan.

Sesi perkongsian ini turut memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kepentingan penjagaan kesihatan secara menyeluruh agar dapat terus menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang di samping mengamalkan budaya hidup yang lebih sihat.





KENYATAAN MEDIA 30 JULAI 2026 LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DI RAJA BAGI MENYIASAT ISU PENGURUSAN DAN OPERASI LEMBAGA TAB...
30/07/2026

KENYATAAN MEDIA 30 JULAI 2026

LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DI RAJA BAGI MENYIASAT ISU PENGURUSAN DAN OPERASI LEMBAGA TABUNG HAJI DARI TAHUN 2014 HINGGA 2020





KUALA LUMPUR, 20 - 24 Julai 2026 – Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan Tahun 2026 di Jabatan Peguam Negara Cawangan Wila...
30/07/2026

KUALA LUMPUR, 20 - 24 Julai 2026 – Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan Tahun 2026 di Jabatan Peguam Negara Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Jabatan Peguam Negara Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menerima kedatangan pasukan naziran Pematuhan Perakaunan Akruan Tahun 2026 selama 7 hari mulai 20 hingga 24 Julai 2026 daripada Bahagian Akaun, Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang diketuai oleh Timbalan Ketua Akauntan, Bahagian Akaun JPM, YBrs. Tuan Khairudin bin Ali, Puan Noor Muzleanna binti Mohamed, Akauntan, Puan Aslina binti Mohamed Shariff, Penolong Akauntan, Puan Maziyatun binti Mohamad, Penolong Akauntan, Encik Mohd Haniff bin Ghazali, Penolong Akauntan, Puan C W Noor Azila binti Che Wan Ahmad, Penolong Akauntan, Puan Sharifah Shamsiah binti Wan Bejuri, Penolong Akauntan dan Puan Norzaiton binti Shamsuddin, Pembantu Akauntan.

YBrs. Puan Joennily@Siti Badariah Mohd Yusoff, Pengarah Cawangan Jabatan Peguam Negara Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kepada pasukan naziran atas bimbingan, perkongsian input, dan amanat berharga yang diberikan. Kehadiran pasukan naziran ini pasti memberikan suntikan semangat yang tinggi kepada seluruh warga Jabatan Peguam Negara Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk terus meningkatkan kecemerlangan dalam tugas yang diamanahkan dan memelihara integriti dan jati diri dalam tugas yang dilaksanakan.





PUTRAJAYA, 24 Julai 2026 - Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara telah berbesar hati menjemput  wakil Ti...
30/07/2026

PUTRAJAYA, 24 Julai 2026 - Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara telah berbesar hati menjemput wakil Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya iaitu YBrs. Tuan Law Chin How untuk memberikan ceramah berkaitan " Pengenalan Kepada Kesalahan-Kesalahan dibawah Akta Pencegahan Rasuah 2009" bertempat di Bilik Jamuan Aras 11, Jabatan Peguam Negara.





PUTRAJAYA, 28 Julai 2026 – Peguam Negara, YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar telah menghadiri Perjumpaan YAB Perdana ...
28/07/2026

PUTRAJAYA, 28 Julai 2026 – Peguam Negara, YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar telah menghadiri Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan (secara atas talian) di Dewan Persidangan Aras 11, Jabatan Peguam Negara (AGC).

Majlis ini turut dihadiri oleh Peguam Cara Negara, Dato' Suzana binti Atan, Peguam Cara Negara II, Dato' Seri Umar Saifuddin bin Jaafar, Ketua-Ketua Bahagian serta pegawai-pegawai dan warga AGC.

Perjumpaan tersebut menjadi platform kepada YAB Perdana Menteri untuk menyampaikan amanat serta berkongsi aspirasi Kerajaan MADANI dalam memperkukuh sistem pendidikan negara, di samping menekankan kepentingan kerjasama seluruh penjawat awam dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkesan demi kepentingan rakyat.





PUTRAJAYA, 27 Julai 2026 – Peguam Negara, YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar telah menerima kunjungan hormat daripada...
27/07/2026

PUTRAJAYA, 27 Julai 2026 – Peguam Negara, YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar telah menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, YBhg. Datuk Zainudin bin Aman di Bilik Kunjungan Hormat Peguam Negara, Jabatan Peguam Negara.

Kunjungan hormat ini menjadi platform bagi memperkukuh hubungan kerjasama serta bertukar pandangan mengenai perkara-perkara berkepentingan bersama, khususnya yang melibatkan aspek perundangan dan pentadbiran antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah.





27/07/2026
ππ„π†π”π€πŒ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 πŒπ„ππ„π‘π”π’πŠπ€π π’πˆπ‘πˆ 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ πŠπ„ π„π’π’π‚πŽπŒ 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 πŒπ„ππ˜π€ππ“π”ππˆ π€ππ†π†πŽπ“π€ πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π πƒπˆ 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 πŒπ€π“π€πŠπˆππ†SEMPORNA, 2...
26/07/2026

ππ„π†π”π€πŒ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 πŒπ„ππ„π‘π”π’πŠπ€π π’πˆπ‘πˆ 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ πŠπ„ π„π’π’π‚πŽπŒ 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 πŒπ„ππ˜π€ππ“π”ππˆ π€ππ†π†πŽπ“π€ πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π πƒπˆ 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 πŒπ€π“π€πŠπˆππ†

SEMPORNA, 25 Julai 2026 – Meneruskan siri lawatan kerja ke Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, Peguam Negara, telah mengadakan lawatan ke Pulau Mataking sebagai sebahagian daripada pengisian yang disusun oleh ESSCOM bagi meninjau pelaksanaan kawalan keselamatan di Eastern Sabah Security Zone (ESS Zone), di samping menzahirkan penghargaan kepada anggota keselamatan yang terus komited menggalas amanah mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.

Ketibaan YBhg. Tan Sri Peguam Negara dan delegasi telah disambut oleh pihak pengurusan resort sebelum diberikan taklimat mengenai pengurusan kawasan serta pelaksanaan kawalan keselamatan di Pulau Mataking, yang merupakan antara lokasi strategik di ESS Zone. Sesi tersebut turut memberi gambaran menyeluruh mengenai kesiapsiagaan anggota keselamatan serta koordinasi berterusan antara agensi dalam memastikan keamanan dan ketenteraman kawasan perairan negara sentiasa terpelihara.

Sebagai simbol penghargaan terhadap jasa, komitmen dan pengorbanan anggota keselamatan, YBhg. Tan Sri Peguam Negara telah menyampaikan sumbangan kotak makanan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pulau tersebut. Turut berlangsung penyampaian cenderamata rasmi Jabatan Peguam Negara, sesi menandatangani buku pelawat serta sesi bergambar sebagai tanda penghargaan kepada anggota barisan hadapan yang sentiasa bersiap siaga melaksanakan amanah dalam mempertahankan keselamatan serta kedaulatan negara.

Lawatan ini turut memberi peluang kepada YBhg. Tan Sri Peguam Negara untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan anggota keselamatan yang bertugas di lapangan, sekali gus menzahirkan sokongan dan penghargaan Jabatan Peguam Negara terhadap peranan serta pengorbanan mereka dalam mendukung agenda keselamatan negara.

Turut hadir ialah YDH DCP Datuk Victor B. Sanjos, Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM); Barisan Pegawai Tertinggi ESSCOM, YBrs. Tuan Alfian bin Yang Amri, Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Peguam Negara; YBrs. Puan Naziah binti Mokhtar@Sota, Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah; pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Peguam Negara Negeri Sabah;Pegawai Pasukan Maritim Daerah Semporna serta Pasukan Perubatan Jabatan Kesihatan Daerah Semporna.

Lawatan ke Pulau Mataking melengkapkan siri lawatan kerja Peguam Negara ke ESSCOM yang memberi fokus kepada pengukuhan kerjasama strategik antara Jabatan Peguam Negara dan agensi keselamatan dalam mendukung agenda keselamatan negara. Di samping memperkukuh sinergi rentas agensi, lawatan ini turut mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Peguam Negara dalam menyokong usaha memperkasa tadbir urus perundangan, mempererat kerjasama institusi serta menzahirkan penghargaan kepada anggota keselamatan yang menjadi benteng hadapan dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara, khususnya di Eastern Sabah Security Zone (ESS Zone).

​



Address

No. 45, Persiaran Perdana, Presint 4
Putrajaya
62100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Peguam Negara Malaysia I Attorney General's Chambers Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Peguam Negara Malaysia I Attorney General's Chambers Malaysia:

Shortcuts

Share