MyAqsa Foundation

MyAqsa Foundation Established Since 2017

04/06/2026

Imam Masjidil Aqsa, Sheikh Walid Siyam telah meninggal dunia hari ini di Baitulmaqdis setelah sekian lama bertarung dengan penyakitnya.

Kami memohon kepada Allah Yang Maha Esa agar melimpahinya dengan rahmat-Nya yang luas, mengurniakannya tempat yang luas di Syurga, dan memberi inspirasi kepada keluarganya, orang-orang tersayang, dan semua yang mengenalinya dengan kesabaran dan ketenangan.

Daripada Allah kita datang, dan kepada-Nya kita akan kembali.



17/05/2026

Imam Masjid Al-Aqsa yang berusia 87 tahun, Sheikh Ekrima Sabri, telah hadir di hadapan mahkamah pendudukan Israel di Mahkamah Majistret Baitulmaqdis, Baitulmaqdis Barat, pada 17 Mei, atas tuduhan doa yang dilakukannya untuk para syuhada Gaza.

Pasukan peguambela Sheikh menggelarkan perbicaraan itu sebagai kesinambungan prosiding yang menyalahi undang-undang yang menyasarkan tokoh agama dan negara Palestin , kerana pihak berkuasa Israel sebelum ini telah menyerbu rumahnya dan melarangnya memasuki Al-Aqsa dan ke luar negara.

Sumber : TRT World

07/04/2026

Bantu Masjidil Aqsa dengan memiliki Al-Quran Mushaf Masjidil Aqsa hari ini.


07/04/2026

Pernah tak terfikir untuk jejak ke Masjidil Aqsa?

Sekarang semua orang boleh rasainya.

Rasai pengalaman ziarah Masjid Al-Aqsa melalui teknologi VR secara PERCUMA di Yayasan MyAqsa.

Satu pengalaman yang bukan sekadar visual, tetapi satu perjalanan hati yang penuh emosi.

Kunjungi kami dan alami sendiri.

Whatsapp : 010-864 1288


02/04/2026

Memperkenalkan Al-Quran Mushaf Masjidil Aqsa.


20/03/2026
Sekiranya ini berlaku ke atas Masjidil Aqsa akibat serangan rejim zionis Israel, apa agaknya reaksi dunia Islam sekarang...
07/03/2026

Sekiranya ini berlaku ke atas Masjidil Aqsa akibat serangan rejim zionis Israel, apa agaknya reaksi dunia Islam sekarang??? 🤔



Rejim zionis Israel mengarahkan Stadium Burj Al-Luqluq ditutup selama 6 bulan tanpa sebarang alasan. Padang bola sepak r...
19/02/2026

Rejim zionis Israel mengarahkan Stadium Burj Al-Luqluq ditutup selama 6 bulan tanpa sebarang alasan.

Padang bola sepak rumput Persatuan Burj al-Luqluq, yang terletak di Baitulmaqdis, bersebelahan dengan tembok kota dan menghadap ke Kubah Sakhrah (Masjidil Aqsa) dan Kota Lama ini adalah suatu khazanah yang sangat berharga bagi penduduk di Baitulmaqdis. Ia adalah lambang sejarah, budaya dan daya tahan penduduk tempatan sekian lama.

Kini ianya telah dinafikan dari sebarang aktiviti riadah dan permainan bolasepak yang biasanya menjadi rutin harian anak muda di Baitulmaqdis termasuk di bulan Ramadhan yang selalunya akan ada perlawanan persahabatan yang berlangsung selepas Iftar setiap malam Ramadan...!!



Address

Putrajaya
62030

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MyAqsa Foundation posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category