07/09/2018
TAHUKAH ANDA?
Prinsip “personal hygiene” di dalam abatoir
1) Memakai pakaian yang bersih serta di lengkapi dengan “Personal Protective Equipment (PPE)” seperti apron, sarung kepala, topi keselamatan, sarung tangan getah dan but.
2) Menbasuh tangan sebelum memulakan kerja penyembelihan dan kerap membasuh tangan semasa kerja-kerja lain dijalankan di dalam abatoir
3) Tidak memakai barangan kemas seperti cincin, jam tangan dan gelang tangan.
4) Memastikan memasuki bahagian penyembelihan dengan memakai pakaian kerja dan peralatan keselamatan yang lengkap sahaja
5) Membasuh dan nyahkuman tangan, peralatan, pakaian sekiranya terdapat sentuhan dengan bahan terkontaminasi yang mungkin mempunyai patogen merbahaya
6) Sebarang luka perlu dibalut dengan pembalut luka kalis air, dan pekerja yang mempunyai luka bernanah p**a tidak boleh ditugaskan dengan kerja berkaitan daging bagi mengelakkan kontaminasi berjangkit bakteria seperti staph aureus
7) Kebersihan dan penggunaan tandas perlu dipantau, serta memastikan kakitangan sentiasa menjaga kebersihan sebelum dan selepas penggunaan tandas bagi mengelakkan kontaminasi berjangkit bakterian salmonella
8) Penjadualan pemeriksaan kesihatan terhadap kakitangan perlu dijalankan