Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth

Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth Dapatkan update berita, info dan tip penjagaan kesihatan hanya di Portal MyHEALTH, KKM Telegram : https://t.me/sihatmilikbersama

Dapatkan update berita, info dan tips penjagaan kesihatan hanya di Portal MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Saksikan perkongsian mengenai Fahami Akta 852 : Perlindungan untuk Semua! melalui rakaman sesi TikTok Live MyHEALTHKKM y...
12/06/2026

Saksikan perkongsian mengenai Fahami Akta 852 : Perlindungan untuk Semua! melalui rakaman sesi TikTok Live MyHEALTHKKM yang telah diadakan pada 3 Jun 2026 di https://youtu.be/jckMJm0bwrU .

Saksikan perkongsian mengenai Fahami Akta 852 : Perlindungan untuk ...

Pengusaha TASKA & TADIKA, adakah premis anda sudah mempunyai ruang isolasi?Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut sangat mudah ...
12/06/2026

Pengusaha TASKA & TADIKA, adakah premis anda sudah mempunyai ruang isolasi?

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut sangat mudah merebak di tempat tumpuan kanak-kanak.

Sebagai persediaan dan langkah kawalan awal, pihak pengurusan TASKA, TADIKA atau pusat jagaan WAJIB mewujudkan satu sudut atau bilik isolasi khas.

Sekiranya terdapat anak jagaan yang tiba-tiba menunjukkan gejala semasa berada di pusat jagaan:

πŸ›οΈ Asingkan dengan segera anak jagaan tersebut ke ruang isolasi jika mereka mula demam, naik ruam, atau ada ulser mulut.
πŸ“ž Hubungi ibu bapa atau penjaga dengan kadar segera untuk menjemput anak mereka dan membawa mereka mendapatkan rawatan di klinik.
🧼 Lakukan disinfeksi menyeluruh pada ruang belajar dan alat mainan yang telah disentuh oleh anak bergejala tersebut.

Tindakan pantas pihak taska / tadika dapat menyelamatkan puluhan anak-anak lain daripada rantaian jangkitan berkelompok.

Terus waspada, jaga kebersihan diri dan persekitaran. Lindungi anak-anak kita! ❀

11/06/2026
πŸ“’ Akan Datang di Aplikasi MySejahtera: Modul MyLapor!Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal memperkenalkan modul MyL...
10/06/2026

πŸ“’ Akan Datang di Aplikasi MySejahtera: Modul MyLapor!

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal memperkenalkan modul MyLapor, sebuah modul aduan merokok berpusatkan rakyat secara masa nyata (real-time) menerusi aplikasi MySejahtera.

Selepas ini, lebih mudah untuk kita bersama-sama memainkan peranan melaporkan sebarang perlanggaran berkaitan produk merokok atau v**e demi kesihatan komuniti. Sama-sama kita jaga komuniti kita! 🚭✨



Kredit : MySejahtera

Ada idea projek kesihatan yang berimpak? Geran GPPKM 2026 kini dibuka!Setiap perubahan besar bermula daripada langkah ya...
10/06/2026

Ada idea projek kesihatan yang berimpak? Geran GPPKM 2026 kini dibuka!

Setiap perubahan besar bermula daripada langkah yang kecil. Jika anda ada idea kreatif untuk membudayakan amalan hidup sihat atau kelestarian persekitaran demi komuniti anda, inilah masanya untuk bertindak.

Permohonan Geran Projek Promosi Kesihatan MyCHAMPION (GPPKM) 2026 kini dibuka. Jangan biarkan idea hebat anda sekadar jadi pelan di atas kertas. Jom realisasikannya demi melahirkan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera!

πŸ‘‰ Mohon Segera!

Scan kod QR pada poster atau klik https://bit.ly/4v2r18s . Hubungi urusetia GPPKM melalui e-mel [email protected] untuk maklumat lanjut.

Ada Idea Projek Kesihatan? Geran Projek Promosi Kesihatan MyCHAMPION Sedia Untuk Anda!Saksikan sekarang di https://www.t...
10/06/2026

Ada Idea Projek Kesihatan? Geran Projek Promosi Kesihatan MyCHAMPION Sedia Untuk Anda!

Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com//live

EBOLA : Virus BundibugyoSaksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok di TV1Tarikh : 11 Jun 2026 (Khamis)Masa : 8....
10/06/2026

EBOLA : Virus Bundibugyo

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok di TV1

Tarikh : 11 Jun 2026 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi

Panel :
Dr. Aznida Binti Mohamad Zaki
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

Anak mula demam, ada ruam atau ulser? Lakukan isolasi di rumah dengan segera! Jika anak anda menunjukkan gejala awal pen...
10/06/2026

Anak mula demam, ada ruam atau ulser? Lakukan isolasi di rumah dengan segera!

Jika anak anda menunjukkan gejala awal penyakit tangan, kaki dan mulut, tindakan pantas anda di rumah sangat penting untuk menghentikan rantaian jangkitan daripada merebak kepada ahli keluarga yang lain atau rakan-rakan sebayanya.

Jika gejala anak semakin membimbangkan, jangan tunggu lagi. Bawa anak anda ke klinik untuk rawatan dengan segera! 🩺πŸ₯

Ada Idea Projek Kesihatan? Geran Projek Promosi Kesihatan MyCHAMPION Sedia Untuk Anda!Sertai TikTok Live di www.tiktok.c...
09/06/2026

Ada Idea Projek Kesihatan? Geran Projek Promosi Kesihatan MyCHAMPION Sedia Untuk Anda!

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/ esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama

Panel :
En. Wan Azrin Izani bin Wan Mohd Zain
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Moderator :
En. Muhammad Muzammil bin Ishak
Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

🎯 Mata kredit CPD turut disediakan!

Address

Bahagian Pendidikan Kesihatan
Putrajaya
62590

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60388833888

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth:

Share