12/06/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐ ๐๐ ๐๐๐, ๐ โ ๐๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐
ROME, ITALI โ Malaysia, selaku Ahli Majlis Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), terus memainkan peranan penting di peringkat antarabangsa melalui penglibatan aktif dalam Sesi Ke-181 Majlis FAO yang sedang berlangsung di Ibu Pejabat FAO, Rome, Itali. Sesi Ke-181 Majlis FAO turut disertai pegawai Pejabat Penasihat Pertanian (Rome). Sepanjang Sesi Majlis FAO ini, sebanyak 17 agenda dibincangkan dan meliputi perkara-perkara programatik, laporan persidangan serantau serta laporan jawatankuasa-jawatankuasa Majlis FAO, serta perkara melibatkan institusi dan tadbir urus FAO.
Beberapa kenyataan negara telah disampaikan semasa sesi Majlis FAO kali ini. Antaranya, pada 10 Jun 2026, Puan Emelia Tay, Kaunselor Pertanian di Pejabat Penasihat Pertanian, Rome telah menyampaikan kenyataan negara berhubung Laporan Jawatankuasa Program FAO Sesi Ke-142. Dalam kenyataan tersebut, Malaysia menekankan kepentingan memperkukuh Program Kerjasama Teknikal (TCP) bagi memastikan keperluan negara anggota sentiasa diberi keutamaan.
Langkah ini sekali gus menyokong perancangan strategik FAO menerusi Medium Term Plan (Disemak) 2026โ29 serta Programme of Work and Budget 2028โ29. Selain itu, Malaysia mengulangi komitmennya dalam memajukan agenda bioekonomi yang inklusif dan mampan. Fokus utama diberikan kepada aspek keselamatan makanan, kelestarian sumber, dan perkongsian manfaat yang adil. Negara juga menekankan pengukuhan Kerjasama Selatan-Selatan serta Kerjasama Tiga Segi bagi mempercepat transformasi sistem agromakanan global.
Selain itu, pada 11 Jun 2026, Encik Anwar Faiz, Setiausaha Pertama (Pertanian) di Pejabat Penasihat Pertanian, Rome juga telah menyampaikan kenyataan bagi pihak Kumpulan Serantau Asia dan Malaysia berhubung agenda reformasi FAO. Beliau menzahirkan sokongan Kumpulan Serantau Asia dan Malaysia terhadap usaha reformasi yang dipacu oleh negara anggota secara inklusif dan pragmatik. Secara khususnya, Malaysia sekali lagi menggariskan keperluan memperkukuh TCP sebagai pemangkin Pembangunan negara membangun, meningkatkan ketelusan tadbir urus, serta memperkasakan pendigitalan, desentralisasi, dan kecekapan pengurusan organisasi.
Penglibatan aktif ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dalam menyumbang kepada pembentukan dasar agromakanan global yang lebih mampan, inklusif, dan berdaya tahan demi menjamin keterjaminan makanan untuk semua.