Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM)

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) Ini Adalah Laman Facebook Rasmi Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) JPPM merupakan salah sebuah organisasi di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) telah ditubuhkan pada 21 Disember 1972. JPPM pada asalnya adalah sebahagian daripada Jabatan Buruh dan Perhubungan Perusahaan. Jabatan ini diketuai oleh Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia, yang bertanggungjawab kepada Menteri Sumber Manusia melalui Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia mengenai semua fungsi dan tugas jabatan. Di peringkat Ibu Pejabat di Putrajaya, Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan dibantu oleh seorang Timbalan Ketua Pengarah dan enam (6) orang Pengarah yang mengetuai bahagian-bahagian berikut iaitu Bahagian Pemulihan Kerja & Pengurusan Rundingan Damai, Bahagian Pertikaian Perusahaan, Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar, Bahagian Keharmonian Perusahaan, Bahagian Perundangan dan Bahagian Khidmat Pengurusan.

๐Ÿ“Œ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN YAB DATOโ€™ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
10/08/2026

๐Ÿ“Œ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN YAB DATOโ€™ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN YAB DATOโ€™ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

Seluruh warga Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) merakamkan setinggi-tinggi ucapan selamat menyambut ulang tahun kelahiran kepada YAB Datoโ€™ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada 10 Ogos 2026.

Semoga YAB Datoโ€™ Seri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan, ketabahan dan keberkatan dalam meneruskan amanah memimpin negara demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran Malaysia.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran, YAB Perdana Menteri! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ikhlas daripada
Pengurusan Tertinggi dan Warga KESUMA

KERTAS SIASATAN & PENGUATKUASAAN DI BAWAH AKTA 177JPPM melaksanakan siasatan dan penguatkuasaan bagi memastikan pematuha...
10/08/2026

KERTAS SIASATAN & PENGUATKUASAAN DI BAWAH AKTA 177

JPPM melaksanakan siasatan dan penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177] serta melindungi hak dan kepentingan pihak-pihak dalam hubungan perusahaan.

Pelaksanaan penguatkuasaan yang berkesan penting dalam memastikan hubungan antara majikan, pekerja dan kesatuan sekerja terus terpelihara dan harmoni.

๐Ÿ“Œ Fahami hak, tunaikan tanggungjawab, pelihara keharmonian perusahaan.

[๐’๐˜๐€๐๐€๐’ & ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡]Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada YBrs. Puan Marina Binti Ibrahim atas pelantikan se...
09/08/2026

[๐’๐˜๐€๐๐€๐’ & ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡]

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada YBrs. Puan Marina Binti Ibrahim atas pelantikan sebagai Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan Negeri Pulau Pinang.

Semoga kepimpinan YBrs. Puan membawa organisasi terus melangkah maju dan mencipta lebih banyak kejayaan. Didoakan agar YBrs. Puan sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kebijaksanaan dalam menggalas amanah serta menerajui organisasi ke arah kecemerlangan.

Sekalung tahniah dan selamat bertugas.

# JPPM
Lihat Sedikit

09/08/2026

๐Ÿ“ข ๐Œ๐€๐‰๐ˆ๐Š๐€๐ & ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐๐„๐‘๐‹๐” ๐“๐€๐‡๐”: ๐๐„๐๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐„๐Œ๐๐Ž๐‡ ๐๐„๐‘๐‚๐”๐๐€๐€๐ (๐๐‘๐Ž๐๐€๐“๐ˆ๐Ž๐) ๐€๐“๐€๐” ๐“๐ˆ๐ƒ๐€๐Š ๐ƒ๐ˆ๐’๐€๐‡๐Š๐€๐ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Ÿ“ข

Adakah pekerja dalam tempoh percubaan boleh diberhentikan begitu sahaja tanpa sebarang prosedur? ๐Ÿค”

Mari fahami panduan penting mengenai Representasi Seksyen 20, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 melibatkan penamatan pekerja dalam tempoh percubaan atau tidak disahkan jawatan.

โš–๏ธ๐‘ฏ๐’‚๐’Œ ๐‘ท๐’†๐’Œ๐’†๐’“๐’‹๐’‚ ๐‘ท๐’†๐’“๐’„๐’–๐’ƒ๐’‚๐’‚๐’ ๐‘จ๐’…๐’‚๐’๐’‚๐’‰ ๐‘บ๐‘จ๐‘ด๐‘จ! Pekerja dalam tempoh percubaan sebenarnya mempunyai hak yang sama di bawah undang-undang dengan pekerja yang telah disahkan dalam jawatan. Ini bermakna tindakan penamatan perkhidmatan mereka tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya tanpa alasan dan sebab yang munasabah.

Sebarang kemusykilan lanjut mengenai isu penamatan perkhidmatan atau tuntutan pemulihan kerja di bawah Seksyen 20, ikuti laman rasmi Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) dan Jabatan Perhubungan Perusahaan Kelantan - Rasmi untuk mendapatkan rujukan serta khidmat nasihat yang sahih! ๐Ÿข๐Ÿค

[๐’๐˜๐€๐๐€๐’ & ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡]Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada YBrs. Puan Noriah binti Abdul Kadir atas pelantika...
09/08/2026

[๐’๐˜๐€๐๐€๐’ & ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡]

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada YBrs. Puan Noriah binti Abdul Kadir atas pelantikan sebagai Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan Negeri Pahang.

Semoga dengan pengalaman, kepimpinan YBrs. Puan dapat menerajui organisasi dengan lebih cemerlang. Didoakan agar YBrs. Puan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan, kebijaksanaan dan iltizam dalam menggalas amanah serta tanggungjawab yang diberikan.

Sekalung tahniah dan selamat bertugas.

# JPPM
Lihat Sedikit

๐ŸšจPANGGILAN TERAKHIR!!!๐Ÿšจ๐Ÿ“ข ๐๐ž๐ซ๐ก๐š๐ญ๐ข๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐š ๐ฆ๐š๐ฃ๐ข๐ค๐š๐ง!!!๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ“๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก ๐š๐ค๐ก๐ข๐ซ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐š๐ฃ๐ข๐ค๐š...
07/08/2026

๐ŸšจPANGGILAN TERAKHIR!!!๐Ÿšจ

๐Ÿ“ข ๐๐ž๐ซ๐ก๐š๐ญ๐ข๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐š ๐ฆ๐š๐ฃ๐ข๐ค๐š๐ง!!!

๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ“๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก ๐š๐ค๐ก๐ข๐ซ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐š๐ฃ๐ข๐ค๐š๐ง ๐ฅ๐ž๐ง๐ ๐ค๐š๐ฉ๐ค๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ซ๐ฏ๐ž๐ข ๐ˆ๐‡๐ˆ ๐๐š๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐š๐๐š๐ฅ๐š๐ก ๐ฉ๐š๐๐š ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐‹๐ž๐ง๐ ๐ค๐š๐ฉ๐ค๐š๐ง ๐ค๐š๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐š๐ง๐๐š ๐ฌ๐ž๐ ๐ž๐ซ๐š!!!

๐“๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐ค๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐š๐ญ๐š๐ฌ ๐ฌ๐จ๐ค๐จ๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ค๐จ๐ฆ๐ข๐ญ๐ฆ๐ž๐ง ๐š๐ง๐๐šโค๏ธ

KURSUS KEPIMPINAN AHLI JAWATANKUASA KESATUAN NUDFIW 2026๐Ÿ“… Tarikh: 1โ€“2 Ogos 2026๐Ÿ“ Tempat: Pusat Latihan NUBE, Port Dickso...
06/08/2026

KURSUS KEPIMPINAN AHLI JAWATANKUASA KESATUAN NUDFIW 2026

๐Ÿ“… Tarikh: 1โ€“2 Ogos 2026
๐Ÿ“ Tempat: Pusat Latihan NUBE, Port Dickson, Negeri Sembilan
๐Ÿ‘ฅ Kehadiran: Hampir 50 orang Ahli Jawatankuasa NUDFIW dari seluruh Semenanjung Malaysia
๐Ÿค Anjuran: NUDFIW dengan kerjasama JHEKS Selangor/Kuala Lumpur

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) telah dijemput menyampaikan taklimat bertajuk โ€œKeharmonian Perusahaan: Peranan dan Tanggungjawab Kesatuan Sekerjaโ€ kepada para peserta kursus.

Taklimat yang disampaikan oleh Mohd Yushairy Zhafran Bin Yusoff memberi penekanan terhadap peranan penting kesatuan sekerja dalam memupuk hubungan perusahaan yang harmoni, memperkukuh kerjasama antara majikan dan pekerja serta meningkatkan kefahaman mengenai amalan perhubungan perusahaan yang kondusif.

Semoga perkongsian ilmu ini dapat memperkasakan kepimpinan kesatuan sekerja ke arah mewujudkan persekitaran pekerjaan yang lebih harmoni, produktif dan mampan.

05/08/2026

๐Ÿ“Œ๐’๐Ž๐‘๐Ž๐“๐€๐ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐‹๐ˆ๐๐€๐“ ๐”๐‘๐”๐’ ๐€๐Š๐“๐€ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐†๐ˆ๐† ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ [๐€๐Š๐“๐€ ๐Ÿ–๐Ÿ•๐Ÿ] ๐๐€๐†๐ˆ ๐™๐Ž๐ ๐“๐„๐๐†๐€๐‡

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) telah menyertai Sesi Libat Urus Akta Pekerja Gig 2025 [Akta 872] bagi Zon Tengah Anjuran Kementerian Sumber Manusia yang berlangsung pada 4 Ogos 2026 di Mรถvenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Sepang.

Sesi ini bertujuan memberikan pendedahan serta meningkatkan kefahaman pegawai mengenai pelaksanaan Akta Pekerja Gig 2025 [Akta 872] di samping memperkukuh peranan JPPM dalam menyokong pelaksanaan dasar serta melindungi kepentingan pekerja dan penyedia platform Gig.

Sesi dimulakan dengan pembentangan oleh Puan Yasmin binti Ramli mengenai Akta Pekerja Gig 2025, diikuti pembentangan oleh Puan Zainab binti Kamar yang menghuraikan peranan Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) dalam pelaksanaan akta tersebut. Seterusnya, Puan Zahrahtul Najihah Binti Haji Razi menyampaikan pembentangan berkaitan peranan Jabatan Tenaga Kerja dalam memastikan pelaksanaan Akta 872 dapat dilaksanakan secara berkesan.

Semoga sesi libat urus ini dapat memperkukuh kefahaman pegawai serta mempererat kerjasama antara agensi dalam merealisasikan pelaksanaan Akta Pekerja Gig 2025 demi mewujudkan ekosistem pekerjaan gig yang lebih adil, mampan dan berdaya saing.

๐Ÿ“Œ๐Ÿ“ŒSESI DIALOG STRATEGIK BERSAMA JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA (JPPM) BERSAMA MAJIKAN DAN KESATUAN SEKERJA MAJI...
03/08/2026

๐Ÿ“Œ๐Ÿ“ŒSESI DIALOG STRATEGIK BERSAMA JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA (JPPM) BERSAMA MAJIKAN DAN KESATUAN SEKERJA MAJIKAN
๐Ÿ“… 3 Ogos 2026 (Sesi Pagi)
๐Ÿ“ Bilik Raflesia, Bangunan Kementerian Sumber Manusia, Pulau Pinang

01/08/2026

Pelancaran Pelan Strategik Keharmonian Perusahaan 2026โ€“2030 (PSKP30) pada 29 Julai 2026 dirasmikan oleh Puan Betty Binti Hasan, Ketua Pengarah JPPM. PSKP30 merupakan pemulaan hala tuju baharu JPPM dalam memperkukuh ekosistem perhubungan perusahaan di Malaysia.

Bertemakan "Memperkukuh Ekosistem Mereformasi Keharmonian", PSKP30 menggariskan:
โœ… 6 Teras Strategik
โœ… 24 Strategi
โœ… 51 Inisiatif Strategik
โœ… 63 KPI
โœ… 67 Indikator

Bersama memperkasa keharmonian perusahaan melalui tadbir urus yang cekap, transformasi digital, pemantapan perundangan, pembangunan modal insan dan penyampaian perkhidmatan yang lebih pantas dan berkesan.

Address

Setia Perkasa 4
Putrajaya
62530

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60388865434

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM):

Shortcuts

Share