09/05/2026
βοΈ LAWATAN RASMI PUSPANITA CAWANGAN KEMENTERIAN PENGANGKUTAN KE KLATCC & MENARA KAWALAN KLIA βοΈ
Satu lawatan ilmiah yang amat bermakna telah berlangsung hari ini apabila ahli PUSPANITA Cawangan Kementerian Pengangkutan (MOT) berpeluang meninjau nadi utama pengurusan trafik udara negara di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) dan Menara Kawalan Trafik Udara KLIA, Sepang.
Lawatan yang penuh informasi ini telah diketuai oleh YBhg. Datin Seri Poovai A/P Karuppanna, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Pengangkutan, yang turut serta memberikan sokongan moral buat ahli-ahli dalam meneroka kompleksiti pengurusan trafik udara Malaysia.
Lensa Lawatan:
π
Tarikh: 7 Mei 2026 (Khamis)
β° Masa: 8:00 Pagi - 5:00 Petang
π Lokasi: KLATCC & KLIA Tower (West Tower), Sepang
Pengisian Program:
π€ Majlis dimulakan dengan ucapan aluan yang cukup mesra oleh Puan Dyg Zarina binti Abang Alli, Ketua Operasi KLATCC. Disusuli dengan Taklimat Keselamatan oleh Encik Muhammad Shakir Ashraf bin Sulaiman bagi memastikan kelancaran sepanjang berada di zon larangan.
π Seterusnya, para peserta diberikan taklimat mendalam mengenai Operasi KLATCC oleh Kapten T. Kanaga Seelan a/l Tarmalinggam yang menjelaskan fungsi kritikal pusat ini dalam menjamin keselamatan ruang udara.
π Taklimat mengenai peranan Aeronautical Rescue Coordination Center (ARCC) p**a telah disampaikan oleh Encik Muhamad Farhan bin Sazali, memberikan kefahaman tentang kesiapsiagaan dalam situasi kecemasan udara.
Meneroka Fasiliti:
Ahli PUSPANITA dibawa melawat ke pelbagai fasiliti canggih, antaranya:
β
Business Continuity, Training & Simulator (BCTS): Melihat sendiri bagaimana latihan simulasi dijalankan.
β
Aeronautical Rescue Coordination Center (ARCC): Memahami kesiapsiagaan dalam situasi kecemasan udara.
β
Observation Deck, Main Operation Room: Melihat secara langsung para pegawai kawalan trafik udara bertugas dengan penuh dedikasi.
Kunjungan ke KLIA Tower (West Tower) menjadi detik paling dinantikan oleh para peserta. Lawatan ini telah disambut oleh Pengarah KL Air Space, Encik Syahruddin bin Mustafa serta dibantu oleh Encik Irman bin Ismail dan Encik Shahpandi bin Abdul Manan.
Sepanjang sesi lawatan, para peserta diberikan penerangan mengenai operasi Menara Kawalan Trafik Udara KLIA yang memberikan gambaran jelas tentang kepentingan peranan Air Traffic Controller dalam memastikan keselamatan, kecekapan dan kelancaran penerbangan di Malaysia.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan warga KLATCC atas kesudian menerima kunjungan kami. Ilmu yang diperoleh hari ini pastinya menjadi inspirasi buat semua ahli PUSPANITA MOT!
AJK Pelaksana yang terlibat (Biro Kebajikan & Kerohanian, CAAM):
πΈ Puan Nur Amalina binti Ibrahim
πΈ Puan Rosmarina binti Ibrahim
πΈ Puan Nur Raiza binti Mohd Suhardi
Terima kasih atas dedikasi dalam memastikan kelancaran program ini!