02/09/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
PUTRAJAYA, 2 September โ Penganjuran Program Semarak Bulan Kebangsaan Tahun 2026 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bagi menyatukan warga kerja dan anak-anak merupakan satu inisiatif yang sangat bertepatan. Program seumpama ini bukan sahaja dapat merapatkan ukhuwah, malah membantu warga kerja membina keseimbangan antara tuntutan kerjaya dengan keharmonian keluarga (work-life balance).
Semangat kemerdekaan dan penyatuan Malaysia perlu terus dihayati serta diwarisi oleh generasi muda, terutamanya anak-anak warga SPP. Menerusi penglibatan bersama dalam lipatan sejarah Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, program ini menjadi wadah penting untuk memupuk rasa bangga terhadap identiti nasional, menyemarakkan integrasi kaum, serta menanam jati diri yang kukuh dalam sanubari setiap pembina masa depan negara.