Portal Manfaat

Portal Manfaat Portal Manfaat adalah sebuah portal interaktif untuk menghubungkan Rakyat dengan manfaat terkini Belanjawan 2024

05/08/2025

Pujian yang tepat dapat membuatkan anak-anak berasa dihargai, difahami dan lebih yakin untuk terus belajar. πŸ’¬β€‹

Cuba ucapkan 1-2 ayat ini setiap hari - mungkin nampak kecil di mata kita, tapi besar maknanya bagi mereka ​

25/07/2025
25/07/2025
RM10 Bilion Skim Jaminan Kredit Perumahan - Lebih Mudah Untuk Rakyat Miliki Rumah PertamaSkim Jaminan Kredit Perumahan (...
25/07/2025

RM10 Bilion Skim Jaminan Kredit Perumahan - Lebih Mudah Untuk Rakyat Miliki Rumah Pertama

Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) ialah inisiatif kerajaan bertujuan membantu individu tanpa pendapatan tetap, seperti pekerja ekonomi gig, usahawan kecil, dan mereka yang bekerja sendiri, untuk memiliki rumah pertama mereka.

Melalui SJKP, pembeli rumah pertama boleh mendapatkan pembiayaan perumahan sehingga 100% daripada harga hartanah, dengan had maksimum RM500,000

RM100 juta untuk Skim Perubatan MADANISkim Perubatan MADANI memanfaatkan rakyat dengan kemudahan Rawatan Sakit-sakit Rin...
25/07/2025

RM100 juta untuk Skim Perubatan MADANI

Skim Perubatan MADANI memanfaatkan rakyat dengan kemudahan Rawatan Sakit-sakit Ringan dengan mengurangkan kos rawatan kesihatan disamping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dibawah Skim Perubatan MADANI (SPM).

RM300 Juta Untuk Tambah Baik 200 Buah Kampung Seluruh NegaraRM200 juta di bawah Inisiatif KAM ini untuk menambahbaik 200...
01/04/2025

RM300 Juta Untuk Tambah Baik 200 Buah Kampung Seluruh Negara

RM200 juta di bawah Inisiatif KAM ini untuk menambahbaik 200 buah kampung seluruh negara dengan kerjasama pelbagai pihak serta RM100 juta untuk perkhidmatan baik pulih dan pendawaian elektrik kepada komuniti luar bandar.

Layari Portal Manfaat untuk ketahui maklumat lanjut mengenai bantuan ini di
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/komuniti/kpgangkatmadani






Salam Aidilfitri Buat Semua! 🌟Terbang tinggi si burung helang,Hinggap sebentar di pohon sena,Syawal tiba meriah gemilang...
31/03/2025

Salam Aidilfitri Buat Semua! 🌟

Terbang tinggi si burung helang,
Hinggap sebentar di pohon sena,
Syawal tiba meriah gemilang,
Salam lebaran penuh ceria.

Bantuan  Tunai RM600 Sebulan Demi Kesejahteraan Warga Emas BerkeperluanBantuan Warga Emas (BWE) adalah sebuah bantuan tu...
29/03/2025

Bantuan Tunai RM600 Sebulan Demi Kesejahteraan Warga Emas Berkeperluan

Bantuan Warga Emas (BWE) adalah sebuah bantuan tunai untuk warga emas miskin tegar yang layak untuk memastikan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

Bagi tahun 2025, Kerajaan menaikkan kadar sumbangan kepada RM600 berbanding RM500 pada tahun 2024.

Layari Portal Manfaat untuk mklumat lanjut mengenai bantuan ini di https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/bwe







Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Untuk Memantapkan Persediaan Murid Ke SekolahRM791 juta disediakan untuk meringankan beb...
28/03/2025

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Untuk Memantapkan Persediaan Murid Ke Sekolah

RM791 juta disediakan untuk meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan.

Bantuan tunai sejumlah RM150 ini disalurkan kepada setiap murid Tahun 1 hingga Tingkatan 6 tanpa mengira had pendapatan ibu bapan anak-anak.

Layari Portal Manfaat untuk ketahui maklumat lanjut mengenai bantuan di atas:
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/bantuan-awal-persekolahan






STR & SARA Bantu Rakyat Berpendapatan Rendah Hadapi Cabaran Kos Sara HidupSumbangan Tunai Rahmah (STR) & Sumbangan Asas ...
27/03/2025

STR & SARA Bantu Rakyat Berpendapatan Rendah Hadapi Cabaran Kos Sara Hidup

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) & Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah bantuan tunai, khusus untuk membantu golongan individu dan isi rumah berpendapatan rendah menghadapi cabaran kos sara hidup dan bebanan kewangan.

Bagi tahun 2025, Kerajaan meningkatkan kadar peruntukan kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun 2024.

Layari Portal Manfaat untuk ketahui maklumat lanjut mengenai bantuan di atas:
STR: https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/str
SARA: https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara







14/03/2025

Kiosk Sentuhan MADANI Kini di KL Sentral!

Pelbagai perkhidmatan kerajaan seperti JPJ, KWSP, Pos Malaysia, TNB, ASNB serta MyDigital ID kini lebih mudah diakses di lokasi strategik.

πŸ“ Lokasi: Stesen Sentral KL
πŸ•• Waktu Operasi: 6:00 pagi – 12:00 tengah malam





Address

Putrajaya

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+60388824666

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Portal Manfaat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category