05/05/2026
MESYUARAT JAWATANKUASA PASUKAN KAJIAN BIL.1/2026 KAEDAH-KAEDAH DI BAWAH PINDAAN RANG UNDANG-UNDANG PERANCANGAN BANDAR DAN DESA [AKTA 172]
PUTRAJAYA, 4 MEI 2026 โ Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) melalui Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan (BPKSP) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Kajian Bil.1/2026: Kajian Kaedah-Kaedah Di Bawah Pindaan Rang Undang-Undang Perancangan Bandar dan Desa [Akta 172] secara hibrid yang dipengerusikan oleh Pengarah BPKSP, TPr. Zamirzan bin Puji. Seterusnya pembentangan berkaitan Draf Pindaan Akta 172 telah dibuat oleh Puan Lilian Tai Yee Chi selaku Pengurus Projek bagi kajian ini.
Mesyuarat ini bertujuan untuk meneliti dan memperhalusi Draf Laporan Awal yang telah disediakan oleh pihak Perunding UEP Sdn Bhd dan dibantu oleh Pasukan Teras daripada Unit Gubalan Teknikal (UGT) PLANMalaysia.
Mesyuarat ini telah dihadiri seramai 58 orang yang melibatkan ahli jawatankuasa daripada PLANMalaysia ibu pejabat, PLANMalaysia Negeri, Pejabat Projek Zon, Peguam Persekutuan Bahagian Undang-Undang KPKT, Pegawai Undang-Undang Jabatan Wilayah Persekutuan dan PBT-PBT terpilih iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Majlis Bandaraya Kuantan (MPK), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbandaran Putrajaya dan Perbadanan Labuan untuk mendapatkan input bagi menambahbaik dan memantapkan Laporan Awal sebelum di bawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bil 1/2026yang dijadualkan pada 7 Mei 2026 nanti.
Jabatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir memberi input, pandangan dan cadangan berkenaan perkara-perkara tersebut.