S-CHARMs

S-CHARMs Sistem Ciri-ciri Spatial Desa Malaysia /
Spatial Characteristics of Rural Malaysia System

PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) telah membangunkan Sistem Ciri-ciri Spatial Desa Malaysia atau Spatial Characteristics of Rural Malaysia System (S-CHARMs), iaitu satu sistem pangkalan data dan analisis maklumat spatial desa yang komprehensif. Sistem ini dibangunkan untuk memaparkan dan menganalisa maklumat kampung dan kemudahan awam kampung secara web-based, interaktif dan mesra

pengguna. S-CHARMs akan membantu dalam membuat keputusan perancangan dan pembangunan desa di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

PEMBENTANGAN LAPORAN PENILAIAN OUTCOME S-CHARMs 📑19 Februari 2025, Putrajaya - Pembentangan mengenai Sistem Ciri-ciri Sp...
19/02/2025

PEMBENTANGAN LAPORAN PENILAIAN OUTCOME S-CHARMs 📑

19 Februari 2025, Putrajaya - Pembentangan mengenai Sistem Ciri-ciri Spatial Desa Malaysia (S-CHARMs) telah dilaksanakan di Malaysian Urban Observatory Analytic Centre (MAC), PLANMalaysia.

Sesi ini diketuai oleh Puan Siti Fatimah binti Husin, Pengarah Bahagian Penilaian Strategik, Jabatan Perdana Menteri serta dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan.

Sesi ini kemudian diteruskan dengan agenda utama iaitu pembentangan Laporan Penilaian Outcome S-CHARMs di Bilik Mesyuarat Tanjung PLANMalaysia. Pembentangan ini bertujuan untuk menjelaskan peranan, kepentingan, impak serta kejayaan S-CHARMs dalam menyokong perancangan dan pembangunan desa yang sejahtera, mampan dan berdaya saing.





-CHARMs

Address

Pusat Operasi S-CHARMs, Bahagian Rancangan Fizikal Negara, PLANMalaysia
Putrajaya
62675

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00

Telephone

+60380910205

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when S-CHARMs posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to S-CHARMs:

Share