Perpustakaan KPM

Perpustakaan KPM Ikuti Perpustakaan KPM di: https://linktr.ee/perpustakaankpm untuk mendapatkan info pendidikan

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 2026 πŸŒ™βœ¨Semoga Aidiladha yang mulia ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagi...
27/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 2026 πŸŒ™βœ¨

Semoga Aidiladha yang mulia ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat anda sekeluarga.
Marilah kita menghayati nilai pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang dalam kehidupan seharian.

πŸŽ“ Sorotan Ph.D Kajian Ph.D yang komprehensif oleh Dr. Norsahirah Binti Ghani telah menilai kebolehgunaan Instrumen Fakto...
27/05/2026

πŸŽ“ Sorotan Ph.D

Kajian Ph.D yang komprehensif oleh Dr. Norsahirah Binti Ghani telah menilai kebolehgunaan Instrumen Faktor Literasi Membaca khusus sebagai pengukur kebolehan membaca murid Tingkatan Dua.

Dapatan kajian turut mendedahkan satu fakta penting: Faktor jantina didapati TIDAK mempengaruhi kebolehan membaca murid.

πŸ“– No. Panggilan: RT 028.9 NOR
πŸ”— Terokai bahan penyelidikan lanjut di Perpustakaan KPM!

πŸ“’ MaklumanPenutupan Perkhidmatan Kaunter:27 Mei - 2 Jun 2026Kaunter akan dibuka semula:03 Jun 2026 (Rabu)
26/05/2026

πŸ“’ Makluman

Penutupan Perkhidmatan Kaunter:
27 Mei - 2 Jun 2026

Kaunter akan dibuka semula:
03 Jun 2026 (Rabu)

✨ PENGISIAN BERMANFAAT UNTUK REMAJA: NOVEL BANGLO 10Mencari bahan bacaan yang sarat dengan pengajaran tapi dalam masa ya...
25/05/2026

✨ PENGISIAN BERMANFAAT UNTUK REMAJA: NOVEL BANGLO 10

Mencari bahan bacaan yang sarat dengan pengajaran tapi dalam masa yang sama tak membosankan untuk anak-anak remaja kita?

Dapatkan di Perpustakaan KPM!

πŸ”Ž Info Buku:
πŸ“Œ Tajuk: Banglo 10
πŸ“Œ Penulis: Suzlina Idris
πŸ“Œ No. Panggilan: SUZ K

Layari portal kami untuk maklumat lanjut:
🌐 http://librarykpm.moe.gov.my

πŸ“š HANYA 6 MINIT SEHARI BOLEH KURANGKAN STRES 68%? 😱Ya, betul! Membaca bukan sekadar hobi kosong, tapi ia adalah 'terapi'...
22/05/2026

πŸ“š HANYA 6 MINIT SEHARI BOLEH KURANGKAN STRES 68%? 😱

Ya, betul! Membaca bukan sekadar hobi kosong, tapi ia adalah 'terapi' luar biasa untuk minda dan kesejahteraan kita.

Malam ni sebelum tidur, jom kita selak sekurang-kurangnya satu muka surat buku. Jom kita suburkan amalan membaca demi minda yang lebih sihat! 🧠✨

πŸŽ“ Sorotan Ph.D Kajian Ph.D yang sangat berimpak oleh Dr. Farah Aizar Binti Zaipul Bahari merungkai formula berkesan untu...
21/05/2026

πŸŽ“ Sorotan Ph.D

Kajian Ph.D yang sangat berimpak oleh Dr. Farah Aizar Binti Zaipul Bahari merungkai formula berkesan untuk mengatasi isu ini melalui pembinaan Modul iSTEAM (menggunakan model ASSURE) yang mengintegrasikan elemen Science, Technology, Engineering, Arts, dan Mathematics.

Satu rujukan holistik untuk guru-guru Matematik di luar sana! πŸ“„βœ¨

πŸ“– Dapatkan rujukan penuh kajian ini di PerpustakaanKPM
πŸ“Œ No. Panggilan: RT 372.86 FAR

πŸ“šβœ¨ 6 LANGKAH MEMBINA TABIAT MEMBACA YANG BERKESANAmalan membaca bukan sahaja menambah ilmu, malah membantu meningkatkan ...
19/05/2026

πŸ“šβœ¨ 6 LANGKAH MEMBINA TABIAT MEMBACA YANG BERKESAN

Amalan membaca bukan sahaja menambah ilmu, malah membantu meningkatkan fokus, pemikiran kritis dan perkembangan diri. Mulakan hari ini, walaupun hanya 10 minit sehari! 😊

Koleksi terpilih Terokai u-Pustaka | OverDrivePernah terfikir bagaimana sebuah kedai buku kecil mampu mengubah kehidupan...
18/05/2026

Koleksi terpilih Terokai u-Pustaka | OverDrive

Pernah terfikir bagaimana sebuah kedai buku kecil mampu mengubah kehidupan seseorang?

Welcome to the Hyunam-Dong Bookshop oleh Hwang Bo-Reum merupakan sebuah novel yang menyentuh hati tentang kehidupan, impian dan kecintaan terhadap buku.

πŸ“² Akses melalui platform U-Pustaka (OverDrive) hari ini!

🍎✨ SELAMAT HARI GURU βœ¨πŸŽβ€œGuru Bitara, Nadi Negara”Terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas segala jasa, pengorbana...
16/05/2026

🍎✨ SELAMAT HARI GURU ✨🍎

β€œGuru Bitara, Nadi Negara”

Terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam mendidik anak bangsa demi masa depan negara. πŸŒΈπŸ“š

Setiap ilmu yang dicurahkan menjadi cahaya yang menerangi generasi akan datang. Semoga semua guru terus diberikan kesihatan, kekuatan dan keberkatan dalam menjalankan amanah yang mulia. πŸ’

Ikhlas daripada
Warga Perpustakaan KPM

Address

Perpustakaan KPM, Aras SB-1, Blok E8, Kompleks E
Putrajaya
62604

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:00 - 12:00
14:45 - 16:00

Telephone

+60388846425

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan KPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan KPM:

Share

Category