Pejabat Agama Islam Daerah Jengka

  • Home
  • Pejabat Agama Islam Daerah Jengka

Pejabat Agama Islam Daerah Jengka Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Agama Islam Daerah Jengka, Government Organization, bandar pusat, .

Pejabat Agama Islam Daerah Jengka
26400 Bandar Jengka
Pahang Darul Makmur
No.Telefon 09-4662470 No.Fax 09-4676581
Waktu Bekerja :8.30pagi - 4.30 petang (Rehat:1.00 petang-2.00 petang)

MAJLIS IHTIFAL ILMI SEKOLAH RENDAH AGAMA (MIISRA) PERINGKAT DAERAH JENGKA 2026JENGKA- 13/6/2026(Sabtu)Alhamdulillah, tel...
14/06/2026

MAJLIS IHTIFAL ILMI SEKOLAH RENDAH AGAMA (MIISRA) PERINGKAT DAERAH JENGKA 2026

JENGKA- 13/6/2026(Sabtu)
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Rendah Agama (MIISRA) Peringkat Daerah Jengka 2026 yang menghimpunkan penyertaan daripada 36 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) KAFA seluruh daerah Jengka.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Mohd Farik bin Jamaluddin, Al-Fadhil Qadhi Daerah Jengka. Turut hadir Puan Norhasnita binti Hassan, Penyelia KAFA Daerah Jengka, Pengurus FELDA serta Pengerusi Masjid Felda Lepar Utara 1.

Pelbagai acara telah dipertandingkan bagi mencungkil bakat, membina keyakinan diri serta memupuk kecintaan murid terhadap ilmu dan syiar Islam. Antara acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran, Nasyid, Azan, Bercerita Kisah Al-Quran, Tulisan Jawi, Tulisan Khat serta beberapa acara ilmiah yang lain.

Pertandingan telah diadakan di SAR KAFA Felda Lepar Utara 1, Felda Lepar Utara 2 dan Felda Lepar Utara 4, dengan SAR KAFA Felda Lepar Utara 1 bertindak sebagai tuan rumah bagi penganjuran MIISRA pada tahun ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan FELDA, komuniti setempat, Jawatankuasa SAR KAFA, para guru KAFA serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.

Semoga penganjuran MIISRA terus menjadi medan melahirkan generasi Islam yang berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan serta mampu menjadi pewaris kepimpinan ummah pada masa hadapan. Tahniah dan syabas kepada semua peserta, guru pembimbing serta pihak sekolah yang terlibat. Semoga segala usaha yang dicurahkan mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah SWT.

"Melahirkan Generasi Quranik, Berilmu dan Berakhlak Mulia."







PERJUMPAAN KHAS BERSAMA QADHI DAERAH JENGKA 12/6/2026(Jumaat)Pada hari Jumaat yang penuh barokah, telah berlangsung sesi...
12/06/2026

PERJUMPAAN KHAS BERSAMA QADHI DAERAH JENGKA

12/6/2026(Jumaat)
Pada hari Jumaat yang penuh barokah, telah berlangsung sesi perjumpaan khas bersama Al-Fadhil Qadhi Daerah Jengka, Tuan Mohd Farik bin Jamaluddin Al-Hafiz bersama seluruh pegawai dan kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah Jengka.

Semoga pertemuan ini mengukuhkan ukhuwah, meluaskan ilmu, dan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan agama demi kesejahteraan masyarakat setempat. Semoga segala usaha diberkati Allah SWT 🤲✨





*KUNJUNGAN HORMAT WAKIL PERSATUAN GURU-GURU TAKMIR DAERAH JENGKA*Khamis, 4 Jun 2026 - Alhamdulillah, Pejabat Agama Islam...
04/06/2026

*KUNJUNGAN HORMAT WAKIL PERSATUAN GURU-GURU TAKMIR DAERAH JENGKA*

Khamis, 4 Jun 2026 - Alhamdulillah, Pejabat Agama Islam Daerah Jengka hari ini menerima kunjungan hormat daripada wakil Persatuan Guru-Guru Takmir Daerah Jengka.

Pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra ini memberi ruang kepada sesi ta'aruf bersama Al-Fadhil Qadhi Daerah Jengka dan Penyelaras Takmir yang baharu, di samping mengeratkan hubungan serta memperkukuhkan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Semoga ukhuwah dan kerjasama yang terjalin ini terus mekar dan diberkati Allah SWT.




🌙✨ SALAM AIDIL ADHA 1447H ✨🌙Selamat Hari Raya Aidil Adha diucapkan kepada seluruh umat Islam khususnya warga Daerah Jeng...
26/05/2026

🌙✨ SALAM AIDIL ADHA 1447H ✨🌙

Selamat Hari Raya Aidil Adha diucapkan kepada seluruh umat Islam khususnya warga Daerah Jengka.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan menjadi lambang ketaatan, keikhlasan dan pengorbanan dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT. Mudah-mudahan Aidil Adha kali ini membawa keberkatan, kesejahteraan serta mengeratkan ukhuwah sesama kita.

“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.”

Ikhlas daripada
Al-Fadhil Qadhi & Kakitangan
Pejabat Agama Islam Daerah Jengka







25/5/2026(ISNIN)Sesi Lawatan Tapak bagi Kontrak Pembersihan Kawasan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Jengka yang berlan...
25/05/2026

25/5/2026(ISNIN)
Sesi Lawatan Tapak bagi Kontrak Pembersihan Kawasan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Jengka yang berlangsung petang tadi. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Jengka, Tuan Mohd Farik bin Jamaluddin bersama pegawai-pegawai daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Semoga segala perancangan berjalan lancar demi keselesaan pengunjung dan kakitangan





SESI TAARUF & RAMAH MESRA PPNCR BERSAMA AL-FADHIL QADHI DAERAH JENGKA JENGKA, 20 Mei — Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)...
24/05/2026

SESI TAARUF & RAMAH MESRA PPNCR BERSAMA AL-FADHIL QADHI DAERAH JENGKA

JENGKA, 20 Mei — Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Jengka telah mengadakan Sesi Taaruf dan Ramah Mesra PPNCR bersama Al-Fadhil Qadhi Daerah Jengka pada Rabu bertempat di Bilik Mesyuarat PAID Jengka bagi mengeratkan ukhuwah, memperkukuhkan kerjasama serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam warga kerja Pejabat Agama Islam Daerah Jengka.

Semoga pertemuan ini menjadi medan memperkukuh silaturrahim, menyatukan hati dalam amanah dakwah dan pentadbiran serta membawa keberkatan dalam perkhidmatan kepada agama dan masyarakat.

“HIDUP BERTAQWA”




ISNIN, 18 MEI 2026 – Kerajaan Negeri Pahang terus memperkasakan hubungan bersama masyarakat akar umbi melalui Program Ka...
18/05/2026

ISNIN, 18 MEI 2026 – Kerajaan Negeri Pahang terus memperkasakan hubungan bersama masyarakat akar umbi melalui Program Kampung Angkat Berpotensi yang berlangsung meriah di Felda Jengka 17 hari ini. Program yang diberi nama "Kenduri Sekampung Semarak Ziarah Kasih Seri Pagi" ini telah dirasmikan oleh YH Dato' Sri Hj. Ismail bin Mohamed Said, Penyelaras DUN Jengka.

Majlis dimulakan dengan sesi kerohanian iaitu bacaan doa oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Jengka, Tuan Mohd Farik bin Jamaluddin, sebelum diteruskan dengan aktiviti kemasyarakatan. Dato' Sri Ismail kemudiannya mengetuai delegasi menyantuni warga emas, pesakit kronik, dan golongan asnaf menerusi siri ziarah dari rumah ke rumah bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir daripada menerima perhatian kerajaan.

Inisiatif ini membuktikan bahawa pembangunan di Negeri Pahang tidak hanya tertumpu kepada infrastruktur, malah merangkumi pembangunan insan dan kebajikan sosial yang inklusif. Syabas kepada jawatankuasa penganjur dan seluruh warga Felda Seri Pagi atas kerjasama erat yang diberikan.






“Guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi pembina jiwa, pencetus inspirasi dan pemacu masa depan negara.Terima kasih at...
15/05/2026

“Guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi pembina jiwa, pencetus inspirasi dan pemacu masa depan negara.
Terima kasih atas segala pengorbanan, kesabaran dan kasih sayang yang dicurahkan demi mendidik anak bangsa.

Selamat Hari Guru 2026
‘Guru Bitara Nadi Negara’”

Ikhlas daripada,
Al Fadhil Qadhi Daerah Jengka & Kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah Jengka





🌸 MAJLIS PERPISAHAN 🌸Telah berlangsung Majlis Perpisahan buat Ustaz Mohd Fauzai bin Abu Bakar, Pegawai Penyelaras Masjid...
15/05/2026

🌸 MAJLIS PERPISAHAN 🌸

Telah berlangsung Majlis Perpisahan buat Ustaz Mohd Fauzai bin Abu Bakar, Pegawai Penyelaras Masjid dan Surau, Pejabat Agama Islam Daerah Jengka.

📅 Tarikh: 15 Mei 2026 (Jumaat)
📍 Tempat: Dewan Pejabat Agama Islam Daerah Jengka

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas segala jasa, komitmen serta khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Pejabat Agama Islam Daerah Jengka.

Semoga segala urusan dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik serta terus cemerlang dalam apa jua amanah yang dipikul.
Selamat maju jaya dan semoga ukhuwah yang terjalin sentiasa berkekalan. 🤝✨

15/5/2026(Jumaat) Mesyuarat Pengurusan Bil. 2/2026 Pejabat Agama Islam Daerah Jengka. Mesyuarat yang penuh pengisian ini...
15/05/2026

15/5/2026(Jumaat)
Mesyuarat Pengurusan Bil. 2/2026 Pejabat Agama Islam Daerah Jengka. Mesyuarat yang penuh pengisian ini telah dipengerusikan oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Jengka, Tuan Mohd Farik bin Jamaluddin.

Fokus utama mesyuarat adalah untuk membincangkan laporan prestasi suku tahunan, penyelarasan program-program dakwah di peringkat daerah, serta memperkukuhkan tadbir urus jabatan agar selari dengan visi kecemerlangan perkhidmatan awam. Al-Fadhil Qadhi dalam ucapannya turut menekankan kepentingan integriti dan komitmen setiap anggota dalam menyantuni urusan masyarakat di Jengka. Semoga segala keputusan yang dicapai hari ini memacu jabatan ke arah yang lebih proaktif dan efisien.





Address

Bandar Pusat

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Agama Islam Daerah Jengka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Agama Islam Daerah Jengka:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share