Kelab Pesara Uitm Pulau Pinang

  • Home
  • Kelab Pesara Uitm Pulau Pinang

Kelab Pesara Uitm Pulau Pinang Kelab Pesara UiTM Pulau Pinang untuk semua pesara dan ahli PESUTIMA UiTM Pulau Pinang

29/10/2025

AJK Kelab Pesara UiTMPP: (2024-2026)

Pengerusi: Mohd Zaki Abdullah
Timb Pengerusi: Rusnani Ariffin
Setiausaha: Shakirah Mohd Abd Rahman
Pen Setiausaha: Rusne Abd Razak
Bendahari: Mohd Noor Md Ali
AJK:
1. YBhg. Ustaz
2. Encik Abdul Rashid Abdullah - Wakil Pesutima
3. Encik Muhamad Rashid Yatim
4. Puan Kamariah Yusof – Wakil PESUTIMA
5. Puan Foziah Ramli
6. Puan Siti Hindon Che Wok
7. Encik Abdul Manaff Ismail
8. Encik Mohamad Rejab Abu Ahmad
9. Encik Mahadzir Hashim
10. Encik Budiman Sabri
11. Puan Wan Zarina Wan Kamarudin
12. Encik Mohd Noor Mokhtar
13. Encik Mat Isa Mat Lui

16/07/2025

ISU TUNTUTAN WANG KHAIRAT APABILA AHLI MENINGGAL.
(Ulang Siar)

1.⁠ ⁠Apabila berlaku kematian, waris hendaklah menghubungi PESUTIMA untuk memaklumkan mengenai berita kematian ahli.

2.⁠ ⁠ATAU apabila PESUTIMA mendapat maklumat adanya ahli yang meninggal dunia, sama ada drpd waris atau daripada mana2 sumber yg lain, PESUTIMA biasanya akan menyemak rekod yg ada untuk mengesahkan status keahlian individu yg meninggal samada ahli atau tidak.

3.⁠ ⁠Berdasarkan kepada rekod yang ada, jika arwah seorang ahli, PESUTIMA akan menghubungi waris untuk sampaikan ucapan takziah dan memohon sekeping gambar/foto yg bersesuaian drpd waris untuk membuat pemberitahuan berita kematian ahli. Jika waris tidak boleh dihubungi, PESUTIMA akan war2kan dalam wsap group yg ada untuk ahli2 yg kenali arwah untuk tolong cari sama no tel waris atau share no tel arwah yg mereka mungkin masih simpan

4.⁠ ⁠Jika ada perubahan kepada maklumat waris, perubahan nombor telefon waris, atau perubahan maklumat2 lain, ahli mesti hubungi PESUTIMA dan minta maklumkan kepada PESUTIMA supaya rekod ahli sentiasa dapat dikemaskini.

5.⁠ ⁠Pada masa yang sama PESUTIMA akan menyemak rekod bayaran sumbangan khairat dan yuran yang masih tertunggak dari mula menjadi ahli sehingga tarikh ahli meninggal dunia (jika masih ada) PESUTIMA akan memaklumkan jumlah tunggakan atau hutang yang perlu dijelaskan secara “on-line banking” oleh waris dan mengemukakan slip bayaran atau “transfer slip” sebelum tuntutan wang khairat diproses.

6.⁠ ⁠Setelah semua tunggakan atau hutang dijelaskan oleh waris, PESUTIMA akan memaklumkan langkah2 dan dokumen2 yang mesti disediakan oleh waris untuk membuat tuntutan serta kepada siapa dokumen2 tersebut perlu dimajukan akan dimaklumkan kepada waris.

7.⁠ ⁠Waris tidak perlu menulis surat untuk membuat tuntutan tetapi memadai dengan memaklumkan kepada PESUTIMA tentang kematian ahli dan tindakan akan diambil sepertimana yang dijelaskan.

8.⁠ ⁠Setiap pesara yang menjadi ahli PESUTIMA dan menyambung keahlian khairat UiTM selepas tamat perkhidmatan dengan UiTM MESTI MEMAKLUMKAN KEPADA WARIS bahawa mereka adalah AHLI PESUTIMA dan AHLI KHAIRAT KEMATIAN UiTM. (Ada ahli yang tidak memberitahu kepada waris tentang KEAHLIAN mereka ini) Dalam situasi sebegini, biasanya waris tidak memaklumkan berita kematian ahli kepada PESUTIMA dan waris tidak membuat tuntutan atau berita kematian ahli tidak diketahui oleh PESUTIMA. Satu lagi berkemungkinan ahli tidak ada dalam group wsap “BERITA RASMI PESUTIMA” untuk mengetahui berita2 semasa tentang PESUTIMA.

9.⁠ ⁠Setiap ahli mesti memaklumkan kepada waris supaya waris tahu bahawa mereka mesti membuat tuntutan dalam tempoh enam (6) bulan dan tidak melebihi daripada tempoh tersebut untuk mendapatkan wang khairat. Kegagalan waris mematuhi peraturan yang ditetapkan akan menyebabkan UiTM tidak akan membayar tuntutan wang khairat kematian.

10.⁠ ⁠PASTIKAN waris tahu keahlian tuan puan, Waris bertanggungjawab memberitahu PESUTIMA bila berlaku kematian ahli, menyediakan dokumen2 penting dan memajukan tuntutan dalam tempoh yang telah ditetapkan (iaitu dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh kematian).

Sekian, semoga penjelasan ini difahami dan dipatuhi oleh semua ahli supaya waris yang kita tinggalkan kelak juga fahami dan mengetahui akan peranan dan tanggungjawab mereka. Semoga kita semua sentiasa dalam Rahmat, Kasih Sayang serta setiap saat berada di bawah Perlindungan Allah SWT. Aamiin YRA.

Saya yang berusaha menyampaikan;

Dato’ Hj Thanthawi Jauhari bin Hj Ahmad
Presiden PESUTIMA.
Tarikh: 9 April 2024/5 Julai 2025

29/04/2025
Sambutan Aidilfitri  di Dewan Komuniti Bertam pada 28 April 2025.
29/04/2025

Sambutan Aidilfitri di Dewan Komuniti Bertam pada 28 April 2025.

05/02/2025
28/07/2024

PEMBERITAHUAN DAN MAKLUMAT PENTING TENTANG KEAHLIAN PESUTIMA

Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera kepada semua. Semoga sahabat ahli2 PESUTIMA sihat wal’afiat dan sentiasa berada dalam rahmat, kasih sayang serta berada p**a di bawah perlindungan Allah SWT. Aamiin YRA

LATARBELAKANG:

PESUTIMA telah mendaftar penubuhannya dengan Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor (ROS) dengan No. Pendaftaran: PPM-003-10-01102004 pada 10 Januari 2004.

Antara tujuan penubuhan PESUTIMA ialah untuk mengumpul, menyatukan, mewujudkan persefahaman dikalangan semua pesara UiTM, memelihara kebajikan dan kepentingan mereka serta mengadakan kemudahan dan program2 yang bersesuaian bagi manfaat ahli2nya.

KATEGORI KEAHLIAN PESUTIMA:

Terdapat DUA (2) Kategori Keahlian bagi persatuan ini:

AHLI KATEGORI A:
Ahli Seumur Hidup PESUTIMA dan menjadi Ahli Khairat Kematian UiTM (individu yang menyambung keahlian khairat selepas bersara).

AHLI KATEGORI B:
Ahli Seumur Hidup PESUTIMA tetapi BUKAN Ahli Khairat Kematian UiTM (individu yang tidak menjadi ahli khairat selepas bersara kerana mereka bukan ahli khairat semasa berkhidmat).

PENJELASAN BAGI SETIAP KATEGORI AHLI PESUTIMA:

AHLI KATEGORI A.
1. Pesara UiTM mestilah memenuhi syarat yang telah ditetapkan untuk menjadi ahli PESUTIMA.
2. Pesara mesti menjelaskan BAYARAN PENDAFTARAN menjadi ahli (RM10.00) dan yuran menjadi Ahli Seumur Hidup PESUTIMA (RM100.00) dibayar semasa mula menjadi ahli PESUTIMA sahaja.
3. Pesara adalah seorang AHLI KHAIRAT UiTM SEMASA BEKERJA dan LAYAK MENYAMBUNG KEAHLIAN KHAIRAT selepas bersara daripada UiTM.
4. Ahli khairat MESTI MEMBAYAR SUMBANGAN KHAIRAT PADA SETIAP TAHUN sepertimana yang diputuskan oleh Mesyuarat Exco.
5. Jika terdapat bilangan ahli MENINGGAL DUNIA MELEBIHI DRPD ANGGARAN kematian yang dibuat dalam tahun2 tertentu, BAYARAN SUMBANGAN khairat tambahan MESTI DIJELASKAN PADA TAHUN BERIKUTNYA oleh ahli.
6. Waris / Penama LAYAK MENUNTUT wang khairat selepas pesara meninggal dunia.

AHLI KATEGORI B:
1. Pesara UiTM mestilah memenuhi syarat yang telah ditetapkan untuk menjadi ahli PESUTIMA.
2. Pesara MESTI menjelaskan BAYARAN PENDAFTARAN menjadi ahli (RM10.00) dan YURAN menjadi Ahli PESUTIMA (RM100.00) dibayar semasa mula menjadi ahli PESUTIMA sahaja.
3. Pesara adalah BUKAN AHLI KHAIRAT UiTM semasa bekerja dan TIDAK LAYAK menyambung keahlian khairat selepas bersara daripada UiTM.
4. Waris / Penama TIDAK LAYAK MENUNTUT wang khairat selepas pesara meninggal dunia.

MANFAAT ATAU FAEDAH MENJADI AHLI MENGIKUT KATEGORI:

AHLI KATEGORI A:
1. Dapat menyambung keahlian khairat UiTM selepas bersara.
2. Dapat menyertai semua program dan aktiviti yang dianjurkan oleh PESUTIMA.
3. Dapat kemudahan kebajikan yang disediakan seperti sumbangan ‘one-off’ daripada Tabung Kebajikan PESUTIMA (TKP) apabila sakit, uzur atau ditimpa musibah (bergantung kepada sumber kewangan yang ada).
4. Dapat menggunakan kemudahan2 Universiti yang diluluskan untuk kegunaan persatuan seperti rawatan percuma di Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam, mendapat rawatan di Hospital UiTM Sungai Buluh dan Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) di Kampus Puncak Alam, kemudahan perpustakaan dan kemudahan sukan serta kemudahan lain yang diluluskan dari semasa ke semasa.
5. Nama ahli akan dimasukkan dalam salah satu group wsap “JOM SEMBANG PESUTIMA” (JSP) dan dalam group wsap “BERITA RASMI PESUTIMA” (BRP) supaya mendapat maklumat terkini tentang PESUTIMA.

AHLI KATEGORI B:
1. TIDAK LAYAK sambung keahlian khairat selepas bersara.
2. LAYAK menyertai semua program dan aktiviti yang dianjurkan oleh PESUTIMA.
3. LAYAK mendapat kemudahan kebajikan yang disediakan seperti sumbangan daripada Tabung Kebajikan PESUTIMA (TKP) apabila sakit, uzur atau ditimpa musibah (bergantung kepada sumber kewangan yang ada).
4. LAYAK menggunakan kemudahan2 Universiti yang diluluskan untuk kegunaan persatuan seperti rawatan percuma di Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam, mendapat rawatan di Hospital UiTM Sungai Buluh dan Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) di Kampus Puncak Alam, kemudahan perpustakaan dan kemudahan sukan serta kemudahan lain yang diluluskan dari semasa ke semasa.
5. Nama ahli akan dimasukkan dalam salah satu group wsap “JOM SEMBANG PESUTIMA” @ JSP dan dalam group wsap “BERITA RASMI PESUTIMA” @ BRP supaya mendapat maklumat terkini tentang PESUTIMA.

BAYARAN YURAN DAN BAYARAN2 LAIN MENGIKUT KATEGORI AHLI:

AHLI KATEGORI A:
1. Bayaran Pendaftaran (sekali sahaja semasa mula daftar menjadi ahli).
2. Yuran Ahli PESUTIMA (dibayar sekali sahaja semasa mula daftar menjadi ahli).
3. Yuran Khas (Operasi & IT) - (dibayar pada setiap tahun).
4. Sumbangan Khairat Kematian UiTM dan bayaran2 yang berkaitan (spt lebihan bilangan kematian) DIBAYAR PADA SETIAP TAHUN seperti mana yang diputuskan dalam Mesyuarat Exco.

Ahli Kategori B:
1. Bayaran Pendaftaran (sekali sahaja semasa mula daftar menjadi ahli).
2. Yuran Ahli Seumur Hidup PESUTIMA dan bayaran2 lain yang berkaitan (dibayar sekali sahaja semasa mula daftar menjadi ahli).
3. Yuran Khas (Operasi & IT) - TIADA.
4. Sumbangan Khairat Kematian UiTM - TIADA

Sekian, harap maklum. Terima kasih.

Saya yang berusaha menyampaikan

Dato’ Hj Thanthawi Jauhari bin Hj Ahmad
Presiden PESUTIMA.
Tarikh: 23 Julai 2024

Mesy AJK Kelab Pesara UiTM PP23 Julai 2024
23/07/2024

Mesy AJK Kelab Pesara UiTM PP
23 Julai 2024

03/06/2024

Gambar dari Whatsapp

30/05/2024

Reunion dan Perjumpaan Sulong Kelab Pesara UiTM Pulau Pinang.

*UTK MAKLUMAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA**Pejabat baru Kump**an Wang Persaraan ( KWAP ) Cyberjaya, Selangor.**Diberitahu o...
22/05/2024

*UTK MAKLUMAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA*

*Pejabat baru Kump**an Wang Persaraan ( KWAP ) Cyberjaya, Selangor.*

*Diberitahu oleh Pegawai KWAP semua urusan Kebajikan Pesara dan Kemudahan Persara diuruskan oleh Kump**an Wang Persaraan (KWAP) di Pejabat baru ini kecuali Kelulusan Persaraan mesti diluluskan di Pejabat Putrajaya.*

*Segala urusan Pesara Kerajaan diuruskan sebagaimana di alamat di bawah 😗

*Kump**an Wang Persaraan (KWAP)*,
*Jabatan Perkhidmatan Persaraan,*
*Aras 2 Sky Tech Towe 2,*
*MKN Embassy Techzone,*
*Jln Teknokrat 2,* *Cyber 4, 63000 Cyberjaya, Selangor.*

*1. Perkhidmatan yang ditawarkan ialah 😗

*I. Cetakan Kad Pesara JPA (Gantian)*
*II. Cetakan Penyata Pencen.*
*III. Surat Pengesahan Pesara / Balu / Anak Cacat.*
*IV. Surat Kelulusan Faedah Persaraan*

*2. Pembaharuan Perlantikan Wakil Diri 😗
*• Skim A ( Bayaran EFT ).*
*• Skim B (Tuntutan di Kaunter Bank).*

*3. Pertukaran Akaun Bank (jika perlu)*

*4. Permohonan Pencen Terbitan* *Balu/Duda*
*Anak IPT.*
*Anak Cacat.*

*5. Kemaskini 😗
*. Maklumat Pesara.*
*• Alamat dan No. Telefon.*
*• Kematian.*
*• Penceraian.*
*• Tanggungan.*

*6. Semakan Maklumat Bayaran*
*. Kadar Pencen Semasa.*
*• Hitung semula (Buat Penyelarasan).*
*. Bantuan Pengurusan Jenazah.*
*. Semak Baki Pencen.*

*7. Perubatan 😗
*• Permohonan Pembiayaan Hemodialisis*
*• Permohonan Pembiayaan Peralatan Perubatan.*
*• Tuntutan Bayaran Balik Rawatan / Ubat.*
*• Tuntutan Perjalanan.*

*8. Serahan Dukumen dari Agensi.*
Sila bawa bersama
1.Salinan surat mati yg dikeluarkan oleh JPN
2. Surat Nikah yg asal
3. Kad Pesara yg asal
4. No Akaun bank penerima pencen terbitan.
*Anda ada pertanyaan atau sebarang kemuskilan, bolehlah hubungi KWAP sebagaimana di bawah 👇* *portal.jpapencen.gov*
*my/aduan* *[email protected]*
*www.kwap.gov.my*
*No. Tel : 03-8887 8777*

*Tempat letak kereta khas juga disediakan untuk Pesara yang hadir disana.*

*Kepada Pesara jika ada kesempatan, sesekali pergilah melawat kesana.*

*Mesej khidmat kebajikan kepada Pesara-Pesara Pelbagai Jabatan Kerajaan Malaysia di bawah JPA.*

**Berkongsi Ilmu apa yang kita tahu demi kebajikan pesara semua.*

**Beritahu atau Berkongsi kepada para sahabat serta rakan-rakan Pesara supaya hasrat Mereka yang ingin tahu Hak dan Keistimewaan mereka yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia, yang sentiasa menjaga Kebajikan Pesara Kerajaan.*

*Semoga ianya Bermanfaat untuk Sahabat Pesara Semua.*🤝

Peranan KWAP adalah paling utama bagi penjawat awam yang berkhidmat demi negara. Kami merupakan kustodian pencen yang akan memastikan mereka dapat meneruskan kehidupan setelah bersara ketika jaminan kewangan adalah amat penting.

22/05/2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan

REUNION DAN PERJUMPAAN PERTAMA KELAB PESARA UITM CAWANGAN PULAU PINANG

Saya mewakili AJK Pro-tem Kelab Pesara UiTM Cawangan Pulau Pinang ingin menjemput semua sahabat2 Pesara UiTMCPP ke program di atas yang akan diadakan pada

Tarikh: 30 Mei 2024
Hari : Khamis
Tempat: Bilik Perdana 1, Tingkat 2, Bangunan Perdana, UiTMCPP

Tentatif Program:

9:00-9:30 pagi - Pendaftaran
9:30-10:00 pagi - Peserta mengambil tempat
10:00-10:45 pagi - Kata Aluan Pengacara Majlis
- Bacaan Du’a
- Penerangan mengenai Kelab – Fungsi dan Aktiviti
-Ucapan Aluan dan Perasmian Penubuhan Kelab Pesara UiTM Pulau Pinang

10:45-11.30 pagi - Perlantikan Pengerusi Kelab dan Ahli Jawatankuasa bagi Tahun 2024-2026
- Pengerusi baharu mendapatkan cadangan aktiviti-aktiviti Kelab dan cadangan-cadangan lain daripada semua ahli untuk diambilkira oleh AJK Kelab
11:30-1:00 ptg - Jamuan sambil berukhuwah
1:00 ptg - Majlis tamat

Penubuhan kelab ini bertujuan bagi merapatkan lagi ukhwah sesama kita sebagai Pesara UiTMCPP disamping membantu menjaga kebajikan para Pesara UiTMCPP.

Oleh itu kami sangat berharap majlis ini akan mendapat sokongan sepenuhnya dari pihak datuk/datin/dr/tuan/puan. Bagi memeriahkan lagi majlis ini kehadiran semua adalah sangat2 diharapkan.

Yang menjalankan amanah,

SHAKIRAH MOHD ABD RAHMAN
Pengerusi Pro-tem
Kelab Pesara UiTMCPP

Address

UiTM Pulau Pinang

14700

Telephone

+60194765896

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Pesara Uitm Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Pesara Uitm Pulau Pinang:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share