Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat

Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat, Universiti Sains Malaysia.

Jaulah Imtiyaz MTSD Semarak Aspirasi Pelajar ke Pendidikan Tinggi15 September 2026 – Seramai 40 pelajar bersama lima gur...
17/09/2026

Jaulah Imtiyaz MTSD Semarak Aspirasi Pelajar ke Pendidikan Tinggi

15 September 2026 – Seramai 40 pelajar bersama lima guru pengiring dari Maahad Tahfiz Sains Darulaman (MTSD) telah menyertai Jaulah Imtiyaz ke Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai usaha memupuk minat dan aspirasi pelajar untuk melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan tinggi.

Lawatan ini turut memberi peluang kepada pelajar mengenali USM dengan lebih dekat serta mendapatkan pendedahan berkaitan peluang dan laluan pengajian di peringkat universiti.

Sesi perkongsian mengenai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi dan saluran permohonan berdasarkan bidang pengajian telah disampaikan oleh Puan Fadzilla binti Bosman, Ketua Penolong Pendaftar, Unit Pengambilan Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik, USM.

Sementara itu, Encik Mod Faizal Md Osman, Timbalan Pendaftar, Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM), USM, turut menyuntik semangat kepada para pelajar agar terus menuntut ilmu dan berusaha melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi demi membina masa depan serta memberi sumbangan kepada ummah.

Para pelajar turut diberikan motivasi untuk membina daya tahan (resilience) dalam menghadapi cabaran, tidak mudah berputus asa dan terus bangkit mengejar impian serta matlamat. Program ini diharap dapat menyemarakkan aspirasi pelajar untuk terbang lebih tinggi, terus melangkah dan mencapai kecemerlangan melalui pendidikan.

PNEE Delegation Visits USM in Conjunction with Global Citizenship Education (GCED) International Conference to Exchange ...
17/09/2026

PNEE Delegation Visits USM in Conjunction with Global Citizenship Education (GCED) International Conference to Exchange Sustainability Practices

Sept 11, 2026 - Universiti Sains Malaysia (USM), through the Sustainability Office, welcomed a delegation from the Philippines Network of Environment Educators (PNEE) for a benchmarking visit held in conjunction with the Global Citizenship Education (GCED) International Conference. The visit provided a platform for the exchange of knowledge, experiences and best practices in sustainability and environmental education.

The delegation, led by Dr. Cecilia N. Gascon, visited the Sustainability Office to gain insights into USM’s approach to embedding sustainability across campus operations, education, research, community engagement and institutional practices. The engagement also provided an opportunity for both parties to share experiences and perspectives on the role of environmental education in fostering a culture of sustainability within higher education institutions.

During the visit, the Sustainability Office presented an overview of university’s sustainability initiatives, programmes, campaigns and practices. The presentation was followed by an engaging question-and-answer session, allowing members of the PNEE delegation to exchange views and seek further insights into USM’s sustainability approaches and initiatives.

The benchmarking visit concluded with the presentation of a token of appreciation to the PNEE delegation, followed by a group photograph to commemorate the engagement. The visit reflects the importance of international knowledge exchange and networking in strengthening collaboration among educators and sustainability practitioners towards advancing sustainability and environmental education.

11 September 2026 – Bertempat di Dewan Bankuet Canselori II, Universiti Sains Malaysia (USM), telah berlangsung Majlis A...
14/09/2026

11 September 2026 – Bertempat di Dewan Bankuet Canselori II, Universiti Sains Malaysia (USM), telah berlangsung Majlis Apresiasi Jawatankuasa SME Innovation Day 2026 bagi mengiktiraf komitmen, usaha gigih, dan dedikasi seluruh tenaga kerja yang menjadi tulang belakang kejayaan program penganjuran flagship event ini.

Majlis yang disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Azlan Amran, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) USM, menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada barisan Ahli Jawatankuasa yang berjaya merealisasikan pencapaian impak tinggi bagi Program Sinergi USM–SME.

Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Pejabat Jaringan Industri, Prof. Madya Ts. Dr. Wan Maryam Wan Ahmad Kamil, serta Timbalan Pengarah BJIM, ChM. Ts. Dr. Sumiyyah Sabar.

📌 HIGHLIGHTS & PENCAPAIAN UTAMA SME INNOVATION DAY 2026:

🔹 RM1.235 Juta – Total nilai projek kerjasama inovasi diwujudkan bersama sektor PKS.
🔹 105+ SME – Penglibatan syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana dari pelbagai sektor.
🔹 17 MoU & Acceptance – Memorandum Persefahaman dan Surat Setuju Terima berjaya dimeterai.
🔹 Enterprise Innovation Platform (EIP) – Pelancaran platform pintar berkuasa AI bagi memadankan keperluan industri dengan kepakaran penyelidik USM secara berstruktur.
🔹 4 Bidang Fokus Utama – Digitalisasi & AI, Inovasi Produk & Proses, Latihan & Kapasiti Perniagaan, serta Penyelidikan & Pengkomersialan.

Majlis diakhiri dengan sesi fotografi rasmi serta jamuan mesra yang meraikan semangat kebersamaan seluruh ahli jawatankuasa. Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan USM dalam memperkasa ekosistem inovasi negara melalui jaringan strategik universiti-industri yang mampan.

HOSPITAL JASIN PERKUKUH AMALAN KELESTARIAN MELALUI LAWATAN KERJA KE PEJABAT KELESTARIAN UNIVERSITI10 September 2026 - Pe...
14/09/2026

HOSPITAL JASIN PERKUKUH AMALAN KELESTARIAN MELALUI LAWATAN KERJA KE PEJABAT KELESTARIAN UNIVERSITI

10 September 2026 - Pejabat Kelestarian Universiti (PKU), USM telah menerima kunjungan delegasi Hospital Jasin, Melaka seramai 23 orang bagi mengadakan lawatan kerja di bawah aktiviti Sustainability Programme (SP). Lawatan ini merupakan sebahagian daripada pendekatan pemindahan ilmu yang bertujuan meningkatkan kesedaran warga hospital terhadap pelaksanaan program kelestarian serta perkongsian amalan berkaitan pengurusan tenaga.

Melalui sesi perkongsian dan lawatan ke PKU USM, delegasi berpeluang mendapatkan gambaran mengenai pendekatan kelestarian yang dilaksanakan di peringkat universiti untuk dijadikan rujukan dalam memperkukuh amalan pengurusan fasiliti di Hospital Jasin.

Inisiatif ini turut menjadi platform untuk menggalakkan warga Hospital Jasin agar lebih aktif melibatkan diri dalam aktiviti pengurusan tenaga serta memupuk budaya penjimatan tenaga secara berterusan. Lawatan kerja ini diharap dapat memperkukuh hubungan strategik antara Hospital Jasin dan PKU USM, selain membuka ruang kepada perkongsian ilmu serta amalan terbaik dalam memperkasakan agenda kelestarian di sektor kesihatan.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PENERIMA GERAN LIBATSAMA UNIVERSITI-KOMUNITI 2026!Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pe...
10/09/2026

TAHNIAH KEPADA SEMUA PENERIMA GERAN LIBATSAMA UNIVERSITI-KOMUNITI 2026!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima Geran Libatsama Universiti-Komuniti 2026 atas kejayaan menerima geran bagi menjayakan pelbagai inisiatif libatsama universiti dan komuniti.

Semoga peruntukan dan peluang yang diberikan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam menghasilkan impak yang bermakna, mampan dan berterusan kepada komuniti, selaras dengan aspirasi Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai peneraju agenda kelestarian dan pembangunan masyarakat.

Syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua penerima! 👏✨

USM Visit to Orion Technology Sdn. Bhd.8th September 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) visited Orion Technology Sdn...
10/09/2026

USM Visit to Orion Technology Sdn. Bhd.

8th September 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) visited Orion Technology Sdn. Bhd. at its facility in Batu Kawan, Penang. The USM delegation was led by Assoc. Prof. Ts. Dr. Wan Maryam Wan Ahmad Kamil, Director of Industry Network, Division of Industry and Community Network (BJIM), and comprised members of the Industry Network Office, as well as representatives from the School of Physics, School of Materials and Mineral Resources Engineering and School of Chemical Engineering.

The visit commenced with a tour of Orion Technology’s facility, providing the USM delegation with an overview of its operations, facilities and technological capabilities. This was followed by an introduction and presentation by Orion Technology, before proceeding to a discussion on potential areas of collaboration between USM and Orion.

The discussion identified several potential areas of collaboration, particularly in student internship and talent development, research and development (R&D), and the potential collaboration in recycling silicone materials from solar panels, which would be a first initiative in Malaysia. Both parties expressed interest in further exploring these areas and identifying suitable expertise and mechanisms to establish meaningful and mutually beneficial collaboration between USM and Orion Technology.

USM PERKASA PERANAN KOMUNITI DALAM EKONOMI BERNILAI TINGGI MENERUSI COMPASSION BEYOND 20307 September 2026 - Universiti ...
09/09/2026

USM PERKASA PERANAN KOMUNITI DALAM EKONOMI BERNILAI TINGGI MENERUSI COMPASSION BEYOND 2030

7 September 2026 - Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) memperkukuh agenda pemerkasaan komuniti dengan menganjurkan Strategic Round Table Discussion COMPASSION Beyond 2030 di Kuala Lumpur, hari ini.

Program bertemakan Redefining the Role of Communities in Malaysia's High-Value Economy itu dianjurkan khusus bagi mentakrifkan semula peranan komuniti dalam mendepani transformasi ekonomi negara.

Ia termasuk memberi tumpuan kepada usaha mengalih paradigma daripada model kebajikan tradisional melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada pendekatan komuniti sebagai rakan kongsi ekonomi strategik berasaskan pelaburan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat USM, Profesor Dato’ Dr. Azlan Amran berkata, program berkenaan dianjurkan pada masa yang penting ketika semua pihak perlu berganding bahu menangani empat jurang struktural utama.

Katanya, jurang itu termasuk perkembangan kecerdasan buatan (AI) yang mengatasi keupayaan tadbir urus, batas planet yang semakin melepasi had selamat, kemerosotan kepercayaan geopolitik serta cabaran keadilan antara generasi.

Beliau juga berkata, ketika Malaysia beralih ke arah ekonomi bernilai tinggi dan berasaskan pengetahuan, intervensi yang terancang dan inklusif amat penting bagi memastikan komuniti rentan tidak tercicir daripada arus pembangunan.

Program itu turut menampilkan sesi perkongsian khas mengenai cabaran Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) oleh Penasihat Persatuan Promosi Matlamat Pembangunan Mampan (PPMPL), Dato’ Seri Mustapa Mohamed.

Beliau dalam perkongsiannya mengutarakan dua tindakan utama, iaitu “Beyond 2030” dan “Beyond GDP”, termasuk keperluan Malaysia menilai semula peranan SDG yang akan berakhir pada 2030 berdasarkan perkembangan semasa alam sekitar dan ekonomi dunia.

Menurut Mustapa, pengukuran berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semata-mata tidak lagi relevan dan memerlukan indeks baharu yang lebih inklusif.

Dalam pada itu, COMPASSION Beyond 2030 memberi fokus kepada tiga teras utama, iaitu CONNECT, CONVERT dan SCALE.

CONNECT memberi tumpuan kepada usaha menghubungkan keutamaan komuniti dengan sumber serta modal pelaburan ESG korporat, manakala CONVERT memfokuskan transformasi pelaburan ESG dan karbon kepada penyelesaian komuniti yang boleh diukur serta disahkan.

Sementara itu, SCALE bertujuan membina rangka kerja tadbir urus pelbagai sektor bagi memperluas model impak secara mampan.

Bagi merealisasikan aspirasi berkenaan, pelaksanaan program diperluas menerusi tujuh domain strategik, meliputi Celik Digital, Pertanian Pintar, Ekonomi Penjagaan Kesihatan, Kelestarian Melingkar, Kemahiran Masa Depan (TVET), Ekonomi Warisan dan Keusahawanan Sosial.

Program berkenaan turut menyaksikan penandatanganan Dokumen Kerjasama (MoU) antara USM dan Ventrex Outdoor Recreation bagi memperkukuh jaringan strategik serta pelaksanaan blueprint impak sosial.

MESYUARAT KICK-OFF PELAKSANAAN SOCIO-ECONOMIC DEVELOPMENT PROGRAM - IMPLEMENTATION (SEDP-i)KUCHING, 8 September 2026 - M...
08/09/2026

MESYUARAT KICK-OFF PELAKSANAAN SOCIO-ECONOMIC DEVELOPMENT PROGRAM - IMPLEMENTATION (SEDP-i)

KUCHING, 8 September 2026 - Mesyuarat Kick-Off Pelaksanaan Socio-Economic Development Program - Implementation (SEDP-i) telah berlangsung pada harini - Board Room Aras 6, RECODA HQ di Kuching.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Hj. Ismawi Hj Ismuni, Ketua Pegawai Eksekutif RECODA dan dihadiri oleh Regional Director Highland Development Agency (HDA), Northern Region Development Agency (NRDA) dan Upper Rajang Development Agency (URDA), sekretariat pelaksana program dari USM dan wakil Usains Infotech Sdn. Bhd.

Sekretariat telah membentangkan perancangan dan pelaksanaan lanjut empat (4) projek penskalaan (scale-up) iaitu Kopi (3 kawasan), Nenas (1 kawasan), Ikan Tahai (1 kawasan) dan Madu Kelulut (1 kawasan). Jumlah peserta yang terlibat untuk kesemua projek adalah seramai 155 orang komuniti dalam kawasan HDA, NRDA dan URDA.

YBhg. Datuk Pengerusi juga bersetuju untuk meluluskan kick-off pelaksanaan program SEDP-i ini setelah selesai proses penandatanganan dan pengesahan setem Dokumen Strategic Partner Agreement bagi program SEDP-i.

Kredibiliti, kisah kejayaan dan kepakaran BJIM USM dalam melaksanakan program pemerkasaan komuniti untuk golongan terkebawah (underprivileged & undeserved community), SEDP-i merupakan satu batu loncatan baharu di mana buat pertama kali, USM telah diberi padanan dana secara langsung dari Kerajaan Negeri Sarawak untuk melaksanakan projek sosio-ekonomi di Sarawak.

Semoga pelaksanaan SEDP-i dapat berjalan dengan lancar serta mencapai objektif utama dalam memberikan manfaat dan memperkasa komuniti sasaran. Jalinan kerjasama strategik antara RECODA dan USM diharap dapat terus diperkukuhkan bagi memastikan pelaksanaan projek SEDP-i dilaksanakan secara terancang, sistematik dan berkesan, selaras dengan matlamat yang telah ditetapkan.

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌 🌙“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahm...
25/08/2026

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌 🌙

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”
(Surah Al-Anbiyaa’: 107)

Semoga sambutan ini menjadi lapangan untuk kita memperkukuh kecintaan terhadap Rasulullah S.A.W. serta meneladani akhlak dan kepimpinan Baginda dalam kehidupan seharian.

Salam Maulidur Rasul 1448 Hijrah kepada seluruh umat Islam.

Ikhlas daripada Unit Peneraju Inovasi Sosial & Pemindahan Ilmu

KURSUS WIBAWA: FROM STAKEHOLDERS TO IMPACT DESIGNING EFFECTIVE COMMUNITY PROJECTSUSM, PULAU PINANG, 17 Ogos 2026 – Dalam...
19/08/2026

KURSUS WIBAWA: FROM STAKEHOLDERS TO IMPACT DESIGNING EFFECTIVE COMMUNITY PROJECTS

USM, PULAU PINANG, 17 Ogos 2026 – Dalam usaha berterusan untuk memperkasakan komuniti dan membina masyarakat yang lebih berdaya tahan, Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik (Centre for Development of Academic Excellence - CDAE) telah menganjurkan kursus latihan bawah Program WIBAWA.

Kursus bertajuk "Modul WIBAWA@USM - Modul 5: Rangkaian Komuniti-Industri untuk Kerjasama dan Transformasi (Unit CIE02: COMPASSION - Tahap Pertengahan/Competency)" ini telah diadakan secara bersemuka di Bilik Persidangan C23, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Kampus Induk USM.

Bengkel interaktif ini dikendalikan oleh Pengarah BJIM USM, Profesor Madya Dr. Muhammad Izzuddin Syakir Bin Ishak, yang juga merupakan penasihat kandungan bagi COMPASSION Playbook. Penganjuran latihan ini mensasarkan kumpulan kakitangan akademik yang terdiri daripada Ketua Penyelidik, Ketua Projek Geran, dan para pensyarah, dengan keutamaan khusus diberikan kepada Ketua Projek serta Ahli Kumpulan Geran Community Engagement (CE) 2026.

Penganjuran kursus ini berteraskan tiga objektif utama:
1. Mengukuhkan Keupayaan Peserta: Memantapkan kapasiti para peserta dalam memanfaatkan kerangka Community Program for Sustainable Impact Mission (COMPASSION) bagi merancang program-program intervensi dan projek komuniti secara sistematik serta berimpak tinggi.

2. Penguasaan Pemetaan Pemegang Taruh: Menguasai teknik pemetaan pemegang taruh (stakeholder mapping) dan membina jalinan kerjasama strategik menerusi pendekatan penciptaan bersama (co-creation) serta dialog partisipatif bersama komuniti.

3. Pembangunan Rangka Kerja Projek dan Pemantauan: Merangka objektif projek, hasil serahan (deliverables), dan petunjuk prestasi (indicators) yang jelas, di samping memahami asas Pemantauan dan Penilaian (Monitoring & Evaluation - M&E) untuk mengukur keberkesanan serta kelestarian impak projek.

Sepanjang kursus dijalankan, para peserta didedahkan dengan pelbagai pengisian modul yang berstruktur. Sesi dimulakan dengan orientasi modul dan penetapan jangkaan pembelajaran, diikuti dengan pembentangan mengenai garis panduan COMPASSION Playbook serta Kerangka Pembangunan Ketahanan Komuniti Bersepadu COMPASSION. Elemen-elemen ini memberi penekanan kepada strategi pembangunan komuniti yang holistik bagi mewujudkan impak sosial dan ekonomi yang mampan di peringkat akar umbi.

Seterusnya, latihan diteruskan dengan sesi praktikal interaktif mengenai reka bentuk projek (project design) dan aplikasi rangka kerja logik (Problem–Intervention–Innovation–Impact). Peserta juga dibimbing mengenai kaedah penetapan KPI, penggunaan jadual pemantauan, serta garis panduan penilaian M&E. Kursus diakhiri dengan platform Project Lab, di mana para peserta merangka dan membentangkan draf cadangan projek komprehensif untuk mendapatkan maklum balas dua hala secara terus daripada penceramah dan peserta lain.

Melalui penganjuran latihan ini, BJIM dan CDAE USM berhasrat untuk melahirkan lebih ramai ejen perubahan akademik yang kompeten dan berupaya mentransformasikan projek komuniti ad-hoc kepada program berimpak berteraskan bukti (evidence-based societal impact), selaras dengan visi universiti untuk memimpin dalam bidang kelestarian dan kesejahteraan sosial.

Address

Bahagian Jaringan Industri Dan Masyarakat, Aras 1, Bangunan E42, Universiti Sains Malaysia, Gelugor
Pulau Pinang
11800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share