Pertubuhan Aspirasi Kasih Insani - PAKins

Pertubuhan Aspirasi Kasih Insani - PAKins Kami menyediakan peluang pembelajaran, latihan kemahiran, dan sokongan kepada wanita & kanak-kanak, demi membina kehidupan yang lebih sejahtera dan berdikari.

Hari ini genap setahun penubuhan Pertubuhan Aspirasi Kasih Insani.Sebagai Pengerusi, saya ingin merakamkan setinggi-ting...
10/04/2026

Hari ini genap setahun penubuhan Pertubuhan Aspirasi Kasih Insani.

Sebagai Pengerusi, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli dan penyokong yang sentiasa bersama serta memberi sokongan sepanjang perjalanan ini.

Tempoh ini amat bermakna dalam membina asas yang kukuh, memperkukuhkan perancangan, dan menetapkan hala tuju pertubuhan ke arah memberi manfaat yang lebih besar kepada masyarakat.

Saya yakin, dengan semangat kebersamaan dan komitmen semua pihak, kita akan terus melangkah maju dan mencipta lebih banyak impak positif pada masa akan datang.

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda semua.

Selamat Ulang Tahun Pertama
Pertubuhan Aspirasi Kasih Insani ๐ŸŒท

Ikhlas,
Pengerusi
Pertubuhan Aspirasi Kasih Insani

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan buat semua umat Islam yang meraikan Syawal.Salam dihulur Maaf dipinta,Diucapkan S...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan buat semua umat Islam yang meraikan Syawal.

Salam dihulur Maaf dipinta,
Diucapkan Selamat Hari Raya

Alhamdulillah berkesempatan menghadiri program Iftar Kasih Wanita Madani sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 ...
12/03/2026

Alhamdulillah berkesempatan menghadiri program Iftar Kasih Wanita Madani sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 pada 7 Mac 2026 di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya.

Majlis turut diserikan dengan ucapan daripada mentor kami, YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ketua Wanita AMANAH.

Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan kepada Pertubuhan Aspirasi Kasih Insani untuk turut bersama dalam majlis yang penuh bermakna ini.
Semoga program seperti ini terus memperkukuh peranan wanita serta mengeratkan hubungan dalam komuniti. ๐ŸŒ™

Today we celebrate the strength, resilience, and beauty of every woman who plays many roles in life โ€” as mothers, daught...
08/03/2026

Today we celebrate the strength, resilience, and beauty of every woman who plays many roles in life โ€” as mothers, daughters, friends, leaders, and inspirations.

Thank you to all the women who continue to share love, courage, and hope with the world.

โœจ Happy International Womenโ€™s Day. ๐ŸŒน







04/03/2026

๐ŸŒฟ Langkah Kecil, Perubahan Besar ๐ŸŒฟ

Kadang-kadang kita rasa hidup ni perlahan.
Rezeki tak selaju orang lain.
Impian macam jauh lagi nak capai.

Tapi hakikatnyaโ€ฆ
Setiap langkah kecil yang kita ambil hari ini, sedang membentuk masa depan kita.

Di Pertubuhan Aspirasi Kasih Insani, kami percaya bahawa perubahan tak perlu tunggu โ€œcukup bersediaโ€.
Belajar kemahiran baru.
Tambah ilmu.
Cari komuniti yang positif.

Itu pun sudah satu permulaan yang sangat besar.

โœจ Tahun ini, jom:
โœ”๏ธ Upgrade diri walau sedikit
โœ”๏ธ Sokong perniagaan kecil dalam komuniti
โœ”๏ธ Hulurkan bantuan bila mampu
โœ”๏ธ Jadi contoh baik untuk anak-anak & generasi muda

Kita mungkin tak mampu ubah dunia sekaligus.
Tapi kita mampu ubah satu kehidupan - bermula dengan diri sendiri.

Kalau anda sedang cari ruang untuk belajar, menyumbang atau terlibat dalam aktiviti komuniti, kami sentiasa terbuka ๐Ÿค

Sama-sama kita bina masyarakat yang lebih kuat, lebih berilmu dan saling menyokong.





Selamat menyambut Bulan Ramadhan kepada yang beragama Islam. ๐ŸŒ™Ikhlas Dari,PAKins
18/02/2026

Selamat menyambut Bulan Ramadhan kepada yang beragama Islam. ๐ŸŒ™

Ikhlas Dari,
PAKins

๐Š๐Ž๐๐•๐„๐๐’๐˜๐„๐ ๐๐€๐’๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹ ๐€๐๐†๐Š๐€๐“๐€๐ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐€๐Œ๐€๐๐€๐‡ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“Pada 07 November 2025, PAKins berpeluang menghadiri Konvensyen Nas...
13/11/2025

๐Š๐Ž๐๐•๐„๐๐’๐˜๐„๐ ๐๐€๐’๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹ ๐€๐๐†๐Š๐€๐“๐€๐ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐€๐Œ๐€๐๐€๐‡ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Pada 07 November 2025, PAKins berpeluang menghadiri Konvensyen Nasional Angkatan Wanita Amanah Negara 2025. Pidato YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu membuka mata tentang kekuatan wanita yang memimpin dari akar umbi. Beliau menekankan bahawa wanita kini semakin dominan dalam kerjaya dan pendidikan, berani bersuara mengenai isu keganasan rumah tangga, dan pentingnya pendidikan yang menghormati wanita sejak di sekolah lagi. Wanita juga perlu lebih terlibat dalam membuat keputusan penting negara kerana kita mahukan dasar yang benar-benar memberi impak sebenar kepada wanita.

Sepanjang konvensyen, YB menggambarkan wanita sebagai tanah yang keras, kuat dan subur, mampu bekerja dengan tekun serta memimpin dengan bijaksana. Dalam bait-bait puisinya yang penuh makna, terserlah jiwa kepimpinan wanita yang tidak gentar menghadapi cabaran.

โ€œDia bukan sekadar pemimpin,
Dia adalah nadi yang berdetak di jalan sempit,
Mengusung pelita kecil yang menolak padam,
Kerana terang baginya adalah hak asasi semua insan.โ€

Konvensyen ini mengingatkan bahawa kepimpinan bukan datang secara tiba-tiba. Ia dilahirkan, dibentuk dan dipertajamkan melalui pengalaman serta kesedaran diri. Setiap peluang sama ada dalam NGO, sektor awam, korporat mahupun politik adalah ruang sebenar untuk membina rekod kepimpinan wanita yang berdaya tahan.

Sebagai sebuah pertubuhan, PAKins mahu menjadi sebahagian daripada usaha ini dengan sama-sama menggembleng tenaga untuk melahirkan pemimpin wanita masa hadapan yang berjiwa rakyat, berani bersuara dan memimpin dengan hikmah.

โ€œWanita itu Perempuan Seribu Akarโ€ kuat, tabah dan menjadi pelita harapan untuk generasi yang akan datang.




Perbincangan susulan secara dalam talian telah diadakan bagi menyelaras pelaksanaan projek anjuran Pusat Khidmat Parlime...
25/07/2025

Perbincangan susulan secara dalam talian telah diadakan bagi menyelaras pelaksanaan projek anjuran Pusat Khidmat Parlimen Sepang dengan kerjasama Pertubuhan Aspirasi Kasih Insani - PAKins.

Sesi ini bertujuan memastikan segala aspek pelaksanaan program berjalan lancar dan memberi impak maksimum kepada komuniti India di Sepang.

Perbincangan telah disertai oleh:
๐Ÿ”น Pn. Anis Afida (Pusat Khidmat Sepang)
๐Ÿ”น En. Karthi Paramasivam (Pusat Khidmat Sepang)
๐Ÿ”น Renuka Devi Ramachandran (Pengerusi PAKin)
๐Ÿ”น Nurul Syahida (Timbalan Pengerusi PAKin)
๐Ÿ”น Dewi Zulaikha (Setiausaha PAKin)
๐Ÿ”น Inn Syahindah (Timbalan Bendahari PAKin)

Nantikan perkembangan lanjut daripada kami mengenai pelaksanaan program yang bakal memberi manfaat besar kepada komuniti.

๐ŸŒธ ๐๐ž๐ซ๐ญ๐ฎ๐›๐ฎ๐ก๐š๐ง ๐€๐ฌ๐ฉ๐ข๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐Š๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐ˆ๐ง๐ฌ๐š๐ง๐ข (๐๐€๐Š๐ข๐ง๐ฌ)๐ŸŒธDengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang, kami tampil sebagai sebuah...
14/07/2025

๐ŸŒธ ๐๐ž๐ซ๐ญ๐ฎ๐›๐ฎ๐ก๐š๐ง ๐€๐ฌ๐ฉ๐ข๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐Š๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐ˆ๐ง๐ฌ๐š๐ง๐ข (๐๐€๐Š๐ข๐ง๐ฌ)๐ŸŒธ

Dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang, kami tampil sebagai sebuah pertubuhan yang berdedikasi untuk ๐™ข๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™ฃ๐™ฉ๐™ช ๐™ฌ๐™–๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™– ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™ ๐™–๐™ฃ๐™–๐™ -๐™ ๐™–๐™ฃ๐™–๐™  ๐™ ๐™ช๐™ง๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™—๐™š๐™ง๐™ฃ๐™–๐™จ๐™ž๐™— ๐™—๐™–๐™ž๐™  โ€” melalui ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป, ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป dan ๐˜€๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป.

๐Ÿ“Œ ๐— ๐—ถ๐˜€๐—ถ ๐—ธ๐—ฎ๐—บ๐—ถ adalah menjadi pemangkin perubahan.
๐Ÿ“š Kami percaya bahawa ilmu dan kemahiran mampu membina kehidupan yang lebih bermakna.
๐Ÿ’ช Setiap usaha kecil, setiap langkah sokongan โ€” akan membuka lebih banyak pintu harapan untuk mereka yang memerlukan.

Ikuti perjalanan kami. Sokong misi kami. Bersama kita bangunkan komuniti penuh kasih dan insani.

"๐‘€๐˜ฆ๐‘›๐˜บ๐‘’๐˜ฎ๐‘Ž๐˜ช ๐˜๐‘Ž๐˜ณ๐‘Ž๐˜ฑ๐‘Ž๐˜ฏ, ๐‘€๐˜ฆ๐‘š๐˜ฃ๐‘–๐˜ฏ๐‘Ž ๐‘€๐˜ข๐‘ ๐˜ข ๐˜๐‘Ž๐˜ฅ๐‘Ž๐˜ฑ๐‘Ž๐˜ฏ"
โค๏ธ
#๐€๐ฌ๐ฉ๐ข๐ซ๐š๐ฌ๐ข๐Š๐š๐ฌ๐ข๐ก๐ˆ๐ง๐ฌ๐š๐ง๐ข #๐๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ๐๐š๐ฒ๐š๐š๐ง๐–๐š๐ง๐ข๐ญ๐š #๐‡๐š๐ซ๐š๐ฉ๐š๐ง๐€๐ง๐š๐ค๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š #๐๐†๐Ž๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š

Address

Puchong
47120

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Aspirasi Kasih Insani - PAKins posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Aspirasi Kasih Insani - PAKins:

Share

Category