Pemuda UMNO Bahagian Pontian

Pemuda UMNO Bahagian Pontian

HIDUP BOSSKU!
23/07/2024

HIDUP BOSSKU!




Rakaman awal takbir raya aidilfitri 2024
27/03/2024

Rakaman awal takbir raya aidilfitri 2024

Sahur & solat subuh berjemaah bersama YB Hasrunizah Hassan & penduduk tempatan di Program Semarak Subuh DUN Pulai Sebata...
21/03/2024

Sahur & solat subuh berjemaah bersama YB Hasrunizah Hassan & penduduk tempatan di Program Semarak Subuh DUN Pulai Sebatang

Assalamualaikum wbt.21 Mac 202412 Ramadan 1445.Kami semarakkan lagi Ramadan kali ini dengan program Yok Terawih Baru Ler...
21/03/2024

Assalamualaikum wbt.

21 Mac 2024
12 Ramadan 1445.

Kami semarakkan lagi Ramadan kali ini dengan program Yok Terawih Baru Ler Moreh bersama-sama jemaah Surau Al-Muttaqin Kg Parit Mastar dan penduduk sekitar. Turut disertai oleh ADUN Pulai Sebatang YB Hjh Hasrunizah Hassan, Wanita UMNO dan Pergerakan Puteri UMNO. Turut diselitkan tazkirah yang sangat bermanfaat untuk renungan kita bersama. Jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Surau Al-Muttaqin dan kesemua yang hadir pada malam ini. Kehadiran anak-anak muda juga sangat membanggakan. Syabas anak muda! Ini yang kita mahu!

Semoga kita semua diberikan limpah rahmat dan keberkatan dariNya.

Pemuda UMNO di mana-mana.

Ayuh PEMUDA PONTIAN, sama-sama kita Solat Isyak dan terawih di Surau Al-Muttaqin Parit Mastar, Benut malam ini.
21/03/2024

Ayuh PEMUDA PONTIAN, sama-sama kita Solat Isyak dan terawih di Surau Al-Muttaqin Parit Mastar, Benut malam ini.

Daulat Tuanku, Dirgahayu Tuanku.
19/03/2024

Daulat Tuanku, Dirgahayu Tuanku.

YANG DI-PERTUAN AGONG MURKA ISU KALIMAH ALLAH TIMBUL LAGI

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim murka serta menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu penjualan sarung kaki (stokin) yang tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka.

Seri Paduka Baginda bertitah, sewaktu berangkat ke Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Parlimen bulan lalu, Baginda mengingatkan semua lapisan masyarakat supaya menjaga keharmonian negara dan tidak memainkan isu sensitif melibatkan agama, kaum dan Raja-Raja.

Justeru, Seri Paduka Baginda bertitah mahu tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah dalam isu ini berdasarkan siasatan pihak berkuasa.

“Kalimah Allah itu dipandang sangat tinggi pada sanubari umat Islam, tambahan p**a kita berada di bulan Ramadan. Tidak patutlah timbul perkara yang membangkitkan kemarahan.

“Saya baru sahaja menegur dan mengingatkan akan kepentingan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan menghormati antara satu sama lain dalam titah sulung saya di Parlimen, timbul p**a perkara ini.

“Sama ada ia disengajakan ataupun tidak, sama ada ia diimport atau dikeluarkan di kilang tempatan, saya mahu penguatkuasa siasat dan ambil tindakan sekeras-kerasnya mengikut lunas undang-undang yang ada supaya pisang tidak berbuah dua kali,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO).

Yang di-Pertuan Agong juga bertitah, adalah tidak masuk akal sebuah syarikat dengan kakitangannya terdiri daripada warganegara Malaysia tidak peka dengan perkara sedemikian.

“Sudah sekian lama kita hidup dalam sebuah negara majmuk. Kesilapan isu agama dan kaum sebegini tidak boleh diterima dan dibenarkan untuk berlaku lagi,” titah Seri Paduka Baginda.



Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian Bil. 1/2024 dipengerusikan oleh Sdra Badrul Bohari K...
10/03/2024

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian Bil. 1/2024 dipengerusikan oleh Sdra Badrul Bohari Ketua Pemuda UMNO Pontian.

Mesyuarat membincangkan isu-isu semasa, perancangan gerak kerja, program bulan Ramadhan dan sepanjang tahun 2024. Ucapan tahniah dan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa yang hadir.

Semoga keluarga Bahagian Pontian terus cemerlang, gemilang dan terbilang.




Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pontian, Sdra. Badrul Bohari bersama NKP Ustaz Azhar & Ahli Jawatankuasa mengiringi YB Datu...
04/03/2024

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pontian, Sdra. Badrul Bohari bersama NKP Ustaz Azhar & Ahli Jawatankuasa mengiringi YB Datuk Seri Hj Ahmad bin Hj Maslan, Ketua UMNO Bahagian Pontian di Program Ziarah Kasih di kediaman Ahli Pemuda UMNO Cawangan.

🏡 Encik Mohamad Nasrul Huzaini bin Sanipan, Ketua Pemuda UMNO Cawangan Parit Panjang, Ayer Baloi.

🏡 Encik Mohd Ahzlan bin Jayos, Ketua Pemuda UMNO Cawangan Parit Mohyat, Ayer Baloi

أَسْأَلُ الله الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ
Maksudnya : Aku memohon kepada Allah yang Agung. Tuhan ‘arasy agar menyembuhkanmu.


04/03/2024

Permohonan Program Pembangunan Tanaman Fertigasi untuk Belia

Address

Pontian Kecil

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda UMNO Bahagian Pontian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share