Perkep Daerah Kota Marudu

Perkep Daerah Kota Marudu Keluarga Bahagia Pasukan Sejahtera Tan Sri Hj. Hussain Bin Hj. Mohd. Sidek, Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu. Puan Sri Hajah Saodah isteri kepada Y.Bhg.

SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN KELUARGA POLIS (PERKEP)

Inspirasi penubuhan Persatuan Keluarga Polis atau nama ringkasnya PERKEP lahir atas dasar inginkan kaum wanita maju dan meraih apa yang tertinggal selama ini, dengan keahlian lebih kurang 80,000 orang di seluruh Malaysia, persatuan ini terus berdiri tegap dan mantap sehingga ke hari ini. Menyingkap kepada sejarah penubuhannya di mana persatuan yang pada asalnya dikenali sebagai ‘Perkumpulan Kaum Ibu Polis’ (Women Police Institute) buat pertama kalinya telah mengadakan mesyuarat pada 26 Julai 1967 yang dipengerusi oleh Y.Bhg. Hasil dari itu satu Perintah Pasukan dikeluarkan pada 20 Oktober 1967 (Force Order 447/67) memaklumkan pada semua Ibu Pejabat Kontinjen dan Ibu Pejabat Daerah berkenaan dengan penubuhan persatuan wanita ini di Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia, Kuala Lumpur dan menyatakan juga undang-undang berkenaan penubuhannya. Ekoran dari itu pada 03 Ogos 1968 satu lagi mesyuarat diadakan dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Mohd. Salleh Bin Ismail, Ketua Polis Negara ketika itu bertempat di Bilik Gerakan lama Ibu Pejabat Polis Jalan Bluff, Kuala Lumpur. Turut hadir sama adalah isteri-isteri Ketua Polis Negeri dan isteri-isteri PJP Sabah dan Sarawak. Di dalam mesyuarat tersebut satu kata sepakat telah dicapai iaitu memberi nama baru bagi persatuan. Bermula dari sinilah Persatuan Keluarga Polis atau singkatannya PERKEP mendapat nama. Natijah dari itu PERKEP didaftarkan pada 10 jun 1969 (Bil. R.S.M. 779/68(6) PPP/SEL. 197/68) dengan diterajui oleh Pengerusi-Pengerusinya yang berkaliber yang menjadi asas kejayaan dan pencapaian yang membanggakan hingga ke hari ini.

�LAGU PERKEP

PERKEP Polis Diraja
Bersatu maju dan jaya
Membentuk ibu sentiasa
Melahirkan cita-cita

Bersama berganding tangan
Hidupkan ikrar laungan
Berikan semangat perjuangan
Kepada wira pahlawan

Halus bagaikan sutera
Membelai tangis anaknya
Itulah perjuangannya
Bersama kita nikmatinya

Majulah PERKEP sentiasa
Gerakan hati dan jiwa
Bersusaha maju jaya
Untuk kita bersama

# # # # #

�Maksud Logo

Sebuah Persatuan, yang bernaung di bawah pentadbiran Polis Diraja Malaysia dengan ahli-ahli yang terdiri dari berbagai bangsa dan peringkat bersatu padu dalam suasana kekeluargaan, persaudaraan dan muhibah, bergerak dengan semangat dan azam untuk menuju ke arah kemajuan untuk kepentingan dan faedah ahli-ahli serta keluarga dan sealiran dengan itu turut mengharumkan nama Polis Diraja Malaysia.

�Penjelasan Logo :

�Bunga Melambangkan :
i) Wanita dan kewanitaan
ii) Keharuman dan keindahan yang memberi pengertian yang baik dan berfaedah.

�Bentuk Bulat Melambangkan :
i) Perpaduan
ii) Semangat serta azam yang padu dan kukuh.

�Bentuk Orang :
Saiz dan warna yang berbeza dalam bentuk ini melambangkan ahli-ahli dari berbagai kaum dan peringkat.

�Bentuk Rumah :
Melambangkan suasana kekeluargaan, persaudaraan dan muhibah.

�Warna Putih : Melambangkan ketulusan keikhlasan kaum wanita serta keluarga menyokong karier di dalam pasukan.

�Bendera dan Lencana :
PERKEP akan menggunakan bentuk logo berkenaan sebagai motif bendera dan lencana bagi semua urusan dalam mencapai objektif PERKEP.

PROGRAM QIAMULLAI, TADARUS DAN PAHLAWAN SUBUH IPD KOTA MARUDI
06/03/2026

PROGRAM QIAMULLAI, TADARUS DAN PAHLAWAN SUBUH IPD KOTA MARUDI

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐏 𝐈𝐏𝐃 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐌𝐀𝐑𝐔𝐃𝐔KOTA MARUDU, SABAH | 30 JANUARI 2026. Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Ibu Peja...
03/02/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐏 𝐈𝐏𝐃 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐌𝐀𝐑𝐔𝐃𝐔

KOTA MARUDU, SABAH | 30 JANUARI 2026. Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu telah melaksanakan Lawatan Kebajikan sebagai salah satu inisiatif berterusan dalam memastikan kebajikan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta ahli keluarga sentiasa terbela dan diberi perhatian.

Program lawatan ini diketuai oleh Puan Ermelyn binti Kioh, Pengerusi PERKEP IPD Kota Marudu, bersama barisan Ahli Jawatankuasa PERKEP IPD Kota Marudu.

Antara Lokasi lawatan kebajikan ialah di Kediaman Puan Normala binti Abdul Ghaffar, balu kepada pesara polis Allahyarham SM(B) Ahmad bin Baar yang menetap di Kampung Rasak Laut, serta Kediaman Puan Evanna Florynah Mikin, balu kepada pesara polis Allahyarham SM(B) Suhaimi bin Ishak di Kampung Goshen, Jalan Lotong, Kota Marudu.

Selain itu, PERKEP IPD Kota Marudu turut menziarahi Adik Gevariel Najirin, anak kepada Koperal Najirin bin Keibin, anggota Balai Polis Pitas, yang menghidap penyakit Hypoxic Ischemic Encephalopathy (HIE) Tahap 5. Lawatan ini diadakan di kediaman keluarga berkenaan di Rumah Kerajaan Pekan Lama, Kota Marudu.

Dalam lawatan tersebut, PERKEP IPD Kota Marudu telah menyampaikan sumbangan berbentuk cenderahati, buah tangan serta sumbangan wang tunai sebagai tanda keprihatinan, sokongan moral dan kebersamaan PERKEP terhadap keluarga yang memerlukan.

Pelaksanaan lawatan kebajikan ini selari dengan tujuan penubuhan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), iaitu sebagai sebuah pertubuhan yang menjaga kebajikan, keharmonian serta kesejahteraan keluarga warga PDRM.

Antara misi utama PERKEP adalah:
- Memperkasakan kebajikan sosial ahli PERKEP dan keluarga warga PDRM;
- Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli di semua peringkat;
- Menjadi platform sokongan moral dan emosi kepada keluarga anggota PDRM; dan
- Menyokong peranan PDRM melalui pembangunan keluarga yang sejahtera dan berdaya tahan.

Keseluruhan program lawatan kebajikan ini telah berjalan dengan lancar dan teratur, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan PERKEP dalam menjunjung amanah kebajikan serta memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan keluarga Polis Diraja Malaysia.






𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐏 𝐈𝐏𝐃 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐌𝐀𝐑𝐔𝐃𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔KOTA MARUDU, 29 Januari 2026 — PERKEP IPD Kota Marudu telah menganjurkan M...
31/01/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐏 𝐈𝐏𝐃 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐌𝐀𝐑𝐔𝐃𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔

KOTA MARUDU, 29 Januari 2026 — PERKEP IPD Kota Marudu telah menganjurkan Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Agung PERKEP Tahun 2026 serta bagi meraikan ahli PERKEP yang bersara wajib. Majlis ini telah berlangsung pada jam 7.00 malam bertempat di Mini Dewan, Hotel Haxen, Kota Marudu dalam suasana yang mesra dan penuh keharmonian.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pengerusi PERKEP IPD Kota Marudu, Pn. Ermelyn binti Kioh, bersama Naib Pengerusi (1) dan Naib Pengerusi (2), ketua-ketua biro serta ahli-ahli PERKEP IPD Kota Marudu.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi memeriahkan majlis, antaranya pertukaran hadiah, sambutan hari jadi Pengerusi PERKEP Ipd Kota Marudu serta ahli yang lahir pada bulan Januari, selain cabutan nama bertuah kepada ahli PERKEP yang hadir. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menceriakan suasana majlis, malah mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan ahli.

Secara keseluruhannya, majlis ini telah berlangsung dengan lancar dan penuh keceriaan. Suasana santai, gelak tawa dan kebersamaan yang terjalin jelas mencerminkan semangat kekeluargaan PERKEP IPD Kota Marudu, sekali gus meninggalkan kenangan manis buat semua yang hadir.




𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐏 𝐈𝐏𝐃 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐌𝐀𝐑𝐔𝐃𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 29 January 2026, IPD Kota Marudu- Mesyuarat Agung Tahunan PERKEP IPD K...
29/01/2026

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐏 𝐈𝐏𝐃 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐌𝐀𝐑𝐔𝐃𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

29 January 2026, IPD Kota Marudu- Mesyuarat Agung Tahunan PERKEP IPD Kota Marudu Tahun 2026 telah berlangsung dengan lancar dan penuh semangat kekeluargaan. Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk membentangkan laporan tahunan, perancangan aktiviti serta memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama dalam kalangan ahli PERKEP.

Semoga segala keputusan dan perancangan yang dipersetujui dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kesejahteraan ahli serta kemajuan PERKEP IPD Kota Marudu. Terima kasih dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa serta ahli yang terlibat.

The Following
Polis Daerah Kota Marudu
Perkep Daerah Kota Marudu
Following



Address

Pitas

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkep Daerah Kota Marudu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share