Markas Divisyen Ke 2 Infantri Malaysia

Markas Divisyen Ke 2 Infantri Malaysia "SENTIASA CEMERLANG - PENGGEMPUR HALILINTAR"
(1)

SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH 2 RSDBAYAN LEPAS - Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen), Mejar J...
14/05/2026

SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH 2 RSD

BAYAN LEPAS - Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen), Mejar Jeneral Zamsari bin Abu Hasan telah hadir menyaksikan Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah Rejimen Semboyan Divisyen Kedua Infantri (2 RSD) pada 11 Mei 2026.

Seramai 8 pegawai dan 116 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah yang berlangsung di Padang Kawad 2 RSD. Perbarisan ini diketuai oleh Mej Mohd Bakri bin Adnan selaku Ketua Perbarisan.

Terdahulu, Panglima 2 Div telah menerima tabik hormat daripada kontinjen perbarisan dan seterusnya menyaksikan upacara menandatangani Nota Serah Tugas serta penyerahan Tongkat Kuasa Pegawai Memerintah di antara Kol Badrul Hisham bin Nasir Nordin dengan Lt Kol Sharos Azisapinas binti Shahidan.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan bersama Panglima 2 Divisyen di Kelab Sri Tanjung 2 RSD.

ISTIADAT PERASMIAN PENGGAL KEEMPAT DUN PULAU PINANG YANG KE-15PULAU PINANG - Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia (...
08/05/2026

ISTIADAT PERASMIAN PENGGAL KEEMPAT DUN PULAU PINANG YANG KE-15

PULAU PINANG - Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen), Mejar Jeneral Zamsari bin Abu Hasan telah menghadiri Istiadat Perasmian Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Yang Ke-15 disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ramli Ngah Talib, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang di Bangunan DUN, Lebuh Light pada 8 Mei 2026.

Kehadiran Panglima 2 Divisyen ke acara ini mencerminkan komitmen berterusan Tentera Darat untuk sentiasa mendukung institusi pemerintahan negeri serta mempererat kerjasama strategik dalam usaha memastikan keamanan, kestabilan serta kesejahteraan negeri terus terpelihara.

06/05/2026
Pasukan beroperasi di KTJ 8 Bgd berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk 20 ekor lembu dari Thailand semalam. Nilai ...
05/05/2026

Pasukan beroperasi di KTJ 8 Bgd berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk 20 ekor lembu dari Thailand semalam. Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM 225,000.00.

KOTA BHARU - Tentera Darat Malaysia (TDM) mematahkan cubaan menyeludup masuk 20 ekor lembu dari Thailand yang dianggarkan bernilai RM225,000 dalam satu...

Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Zamsari bin Abu Hasan serta seluruh warga 2 Divisyen mengucapka...
04/05/2026

Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Zamsari bin Abu Hasan serta seluruh warga 2 Divisyen mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Ke-45 Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (PMBTD).

Semoga PMBTD terus cemerlang dan sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan operasi tertinggi dalam menghadapi sebarang ancaman demi memastikan kedaulatan negara terpelihara.

SENTIASA DI HADAPAN - MENGEJAR KECEMERLANGAN

ADS TINGKAT KESIAPSIAGAAN PERGIGIAN ANGGOTA 5 RSBUKIT KAYU HITAM, 13 April 2026 – Program Active Dental Support (ADS) te...
27/04/2026

ADS TINGKAT KESIAPSIAGAAN PERGIGIAN ANGGOTA 5 RS

BUKIT KAYU HITAM, 13 April 2026 – Program Active Dental Support (ADS) telah dianjurkan oleh 622 Pusat Pergigian Angkatan Tentera (PGAT) Alor Setar bertempat di Batalion Ke-5 Rejimen Sempadan (5 RS), Bukit Kayu Hitam, Kedah oleh pada 13 hingga 17 April 2026.

Program ini melibatkan pemeriksaan dan rawatan pergigian ke atas seramai 489 anggota dengan menggunakan aset mudah alih seperti bas pergigian dan Mobile Field Dental Chair, sekali gus membolehkan perkhidmatan diberikan secara terus di lokasi.

Hasil daripada pemeriksaan mendapati sebanyak 91.82% anggota berada dalam kategori Dental Readiness Classification (DRC) 1 (tiada masalah pergigian), manakala 8.18% lagi diklasifikasikan dalam DRC 2 (memerlukan rawatan lanjut).

Pelaksanaan program ini bukan sahaja berjaya meningkatkan tahap kesiapsiagaan operasi anggota, malah turut mengekalkan tahap kepakaran anggota PGAT serta memperkukuh kesedaran terhadap penjagaan kesihatan pergigian. Selain itu, pendekatan rawatan di lokasi juga memberi manfaat dari segi penjimatan masa dan kos.

Secara keseluruhannya, inisiatif ini terbukti berkesan dan wajar diteruskan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan dan profesionalisme anggota sentiasa berada pada tahap optimum.

PROGRAM PRIHATIN KASIH BAKAT 2 DIVISYENBAYAN LEPAS: Pengerusi BAKAT 2 Divisyen, Puan Rosnani binti Muhammad telah mengad...
14/04/2026

PROGRAM PRIHATIN KASIH BAKAT 2 DIVISYEN

BAYAN LEPAS: Pengerusi BAKAT 2 Divisyen, Puan Rosnani binti Muhammad telah mengadakan lawatan kebajikan terhadap waris yang mengidapi penyakit kronik di Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) sekitar Pulau Pinang pada 11 April 2026.

Lawatan dimulai dengan menziarahi Adik Nur Dhanissa Zulaikha dan adik Muhammad Aariz Wafiy, anak kepada Kpl Muhammad Razie bin Shuaaid dari pasukan Kem 2 Divisyen yang mempunyai sakit saraf otot lemah sejak lahir.

Kemudian, lawatan disusuli dengan menziarahi adik Abdul Rahim Nasrullah anak kepada Kpl Mohd Najmi bin Salahuddin dari Pasukan Rej 509 AW yang menghidap penyakit paru-paru kronik, Anemia dan Ostopenia (tulang rapuh).

Selepas itu, rombongan turut menziarahi adik Che Siti Aisyah anak kepada Sjn Mohamad Hafizzudin bin Hussin yang menghidap penyakit Celebral Palsy sejak tahun 2020.

Lawatan Kebajikan sebegini mencerminkan keprihatinan dan kebajikan anggota sentiasa diutamakan.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BAKAT 2 DIVISYEN TAHUN 2026BAYAN LEPAS: Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Divisy...
14/04/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BAKAT 2 DIVISYEN TAHUN 2026

BAYAN LEPAS: Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) telah melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) tahun 2026 di Bilik Mesyuarat Markas 2 Divisyen pada 11 April 2026.

Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Mej Jen Zamsari bin Abu Hasan, Panglima 2 Divisyen. Dalam ucapan, beliau menekankan bahawa peranan BAKAT adalah sebagai sokongan penting kepada kekuatan organisasi dengan memastikan setiap aktiviti selari dengan keperluan keluarga warga tentera dan kesejahteraan mereka.

Panglima turut menekankan empat fokus utama sebagai Way Forward 2026 ke arah BAKAT yang lebih sistematik, berimpak dan relevan. Fokus pertama adalah memperkukuh peranan BAKAT dalam menyokong kekuatan organisasi. Kedua, mengiktiraf peranan isteri sebagai tunjang sokongan keluarga tentera. Ketiga, menjadikan BAKAT platform pembangunan kemahiran dan keyakinan ahli. Fokus keempat adalah memastikan setiap aktiviti berimpak, praktikal serta memberi manfaat kepada ahli dan keluarga anggota.

Sejurus selesai majlis perasmian, Mesyuarat Agung Tahunan tahun 2026 diteruskan dan dipengerusikan oleh Puan Rosnani binti Muhammad, Pengerusi BAKAT 2 Divisyen. Mesyuarat ini bertujuan membentangkan laporan aktiviti tahunan, penyata kewangan serta membincangkan perancangan program bagi tahun semasa.

🔥 GELOMBANG HABA MELANDA 🔥Suhu mencecah 40°C dan kita perlu lebih berhati-hati! Tentera perlu ikut prosedur keselamatan ...
27/03/2026

🔥 GELOMBANG HABA MELANDA 🔥

Suhu mencecah 40°C dan kita perlu lebih berhati-hati! Tentera perlu ikut prosedur keselamatan untuk elakkan kecederaan haba. Aktiviti fizikal pada waktu panas? Tidak dibenarkan!

Apa langkah yang kita ambil untuk kekal selamat dalam cuaca ekstrem ini? Jaga hidrasi, pantau rakan setugas, dan pastikan sistem penyejukan berfungsi.

Baca arahan penuh dalam poster.

Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen), Mejar Jeneral Zamsari bin Abu Hasan dan seluruh warga Penggempur...
25/03/2026

Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen), Mejar Jeneral Zamsari bin Abu Hasan dan seluruh warga Penggempur Halilintar mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Ke-219 Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) - Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.

Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen), Mejar Jeneral Zamsari bin Abu Hasan dan seluruh warga Penggempur...
25/03/2026

Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen), Mejar Jeneral Zamsari bin Abu Hasan dan seluruh warga Penggempur Halilintar mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Ke-74 Pertahanan Awam Malaysia - APM Nadi Kesiagaan Masa Hadapan.

Address

Jalan Pinang
Pinang
NIL

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Markas Divisyen Ke 2 Infantri Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Markas Divisyen Ke 2 Infantri Malaysia:

Share