AMK Cabang Subang

AMK Cabang Subang Angkatan Muda Keadilan Subang merupakan sebuah organisasi yang melahirkan kepimpinan muda yang adil dan terus mejayakan agenda Reformasi.

Sebanyak 24 pasukan yang terdiri daripada AMK cabang seluruh Selangor mengambil bahagian dalam kejohanan yang julung kal...
24/11/2015

Sebanyak 24 pasukan yang terdiri daripada AMK cabang seluruh Selangor mengambil bahagian dalam kejohanan yang julung kali diadakan itu.

Kejohanan berlangsung selama sehari itu dijuarai AMK Shah Alam dengan membawa p**ang hadiah wang tunai RM1,000 dan piala iringan, AMK Subang B sebagai naib johan membawa hadiah wang tunai RM800, AMK Subang C tempat ketiga dan keempat dimenangi AMK Pandan.

Assalamualaikum w.b.t.Salam Sejahtera.Sempena Hari Raya Aidil Fitri Al-Mubarak, jadikanlah sambutan ini sebagai catatan ...
17/07/2015

Assalamualaikum w.b.t.
Salam Sejahtera.

Sempena Hari Raya Aidil Fitri Al-Mubarak, jadikanlah sambutan ini sebagai catatan kemenangan setelah sebulan kita berjaya menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadhan.

Di bulan yang penuh berkat ini, pertingkatkan lagi kesucian jiwa dan ibadah kepada Allah S.W.T. Selain mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, Ramadhan juga memberi mesej kepada kita agar sentiasa mengingati dan prihatin tentang nasib derita rakyat miskin dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Teruskan berjuang dalam menegakkan keadilan dan melawan kezaliman.

Dibulan Syawal yang mulia ini, marilah kita mengeratkan lagi silaturrahim sesama insan dengan saling bermaaf-maafan serta mendoakan kesejahteraan sesama kita. Semoga Allah merahmati dan menjauhkan kita dari segala bentuk keburukan dan kezaliman.

Selamat Hari Raya Eid Fitri Maaf Zahir Batin.
"Minal aidin wal faizin, Kullu am wa antum bi-khair"

Saiful Adli Abdullah
(Ketua Angkatan Muda Keadilan Subang)

6 Julai 2015, Sumbangan kurma dan ziarah bazar Ramadhan Kg Melayu Sg,Buloh Anjuran AMK Subang, Penyelaras Paya Jaras & A...
08/07/2015

6 Julai 2015, Sumbangan kurma dan ziarah bazar Ramadhan Kg Melayu Sg,Buloh Anjuran AMK Subang, Penyelaras Paya Jaras & Ahli Majlis MBPJ Zon 21.

Turut bersama YB Nik Nazmi hadir menziarahi keluarga arwah Zairi Msarip.

5 Julai 2015, Program Buka Puasa di KG Org Asli Sg Buloh anjuran AMK Subang, Pej Parlimen Subang, Ahli Majlis MBPJ Zon 2...
08/07/2015

5 Julai 2015, Program Buka Puasa di KG Org Asli Sg Buloh anjuran AMK Subang, Pej Parlimen Subang, Ahli Majlis MBPJ Zon 21 dan NGO My Sinar Kasih.

3 Julai 2015, saudara Zairi Msarip telah p**ang ke rahmatullah. Beliau merupakan ahli AMK Paya Jaras dan juga ahli jawat...
08/07/2015

3 Julai 2015, saudara Zairi Msarip telah p**ang ke rahmatullah. Beliau merupakan ahli AMK Paya Jaras dan juga ahli jawatankuasa JKKK Kg Kayu Ara. AMK Subang mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah Zaidy Msarip. Semuga ruh beliau sentiasa dicucuri rahmat.

"Inna lillaahi ma a'taa walillaahi ma akhaz, wa kullu syai'in 'indahu ilaa ajalin musamma; faltasbiruu waltahtasibuu"

"Sesungguhnya milik Allah apa yang Dia beri dan milik Allah jua apa yang Dia ambil, dan setiap sesuatu sesuatu di sisiNya adalah sehingga tempoh yang ditetapkan; maka hendak kalian bersabar dan hendaklah kalian mengharapkan pahala".

Al-Fatihah.

Majlis Ziarah Ramadhan di Pasar Ramadhan Tmn Ehsan, Bersama Cbg Subang,AMK Dan Wanita Cbg Subang. AM MPS Zon 21
05/07/2015

Majlis Ziarah Ramadhan di Pasar Ramadhan Tmn Ehsan, Bersama Cbg Subang,AMK Dan Wanita Cbg Subang. AM MPS Zon 21

UCAPAN MENYAMBUT BULAN RAMADHAN.Assalamualaikum wbt.Alhamdulillah.. bersama kita memanjat kesyukuran kehadrat Allah s.w....
18/06/2015

UCAPAN MENYAMBUT BULAN RAMADHAN.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah.. bersama kita memanjat kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dapat kita bertemu lagi bulan Ramadhan, bulan ibadah, bulan rahmat dan keampunan. Bulan yang istimewa buat umat Islam seluruh dunia kerana bulan ini merupakan bulan dimana turunnya kitab suci Al-Quran yang menjadi petunjuk bagi sekalian manusia.

Antara kemuliaan bulan Ramadhan ini dimana umat islam bersama-sama merasakan lapar dan dahaga, hingga dapat diambil hikmah yaitu agar kita menghayati mereka yang setiap hari dalam kesusahan. Lantas, timbul dalam hati untuk saling beramal di bulan yang penuh berkah ini.

Al-Baqarah ; 185 ~ (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Ayat ini memberi peringatan agar kita sentiasa tawadhuk, tunduk kepada kekuasaannya dan bersyukur dengan nikmat dan limpah rahmatnya.

Pada bulan mulia ini merupakan kesempatan kita bermuhasabah diri. Menentang segala nafsu dan memperkuatkan ukhuwah sesama kita.

Justeru itu, mari kita bersama-sama sucikan hati,diri,dan jiwa kita. Mengejar keredhaan Allah s.w.t dengan merapatkan saf di Masjid serta mengeratkan hubungan silaturrahim sesama insan. Setulus hati memohon agar setiap kerja kita dibulan mulia ini menjadi ibadah kita kepada Allah s.w.t.

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.

Saiful Adli Abdullah
(Ketua Angkatan Muda Keadilan Subang)

[14 Jun 2015] Angkatan Muda Keadilan Subang di Program Kejohanan Futsal Liga Sukan Selangor Plus DUN Bukit Lanjan
15/06/2015

[14 Jun 2015] Angkatan Muda Keadilan Subang di Program Kejohanan Futsal Liga Sukan Selangor Plus DUN Bukit Lanjan

17 Mei 2015 - Program Konvoi amal Gotong Royong AMK Subang bersama Ahli Majlis Pebandaran Selayang ZON 21 di surau Kg. o...
17/05/2015

17 Mei 2015 - Program Konvoi amal Gotong Royong AMK Subang bersama Ahli Majlis Pebandaran Selayang ZON 21 di surau Kg. orang asli Sungai Buloh.

UCAPAN HARI PEKERJA SEDUNIA1 MEI 2015Hari pekerja merupakan perayaan yang disambut diseluruh dunia pada setiap tahun bag...
01/05/2015

UCAPAN HARI PEKERJA SEDUNIA
1 MEI 2015

Hari pekerja merupakan perayaan yang disambut diseluruh dunia pada setiap tahun bagi memperingati gerakan persatuan pekerja yang menuntut hak sosial para pekerja dan ekonomi. Hari Pekerja Sedunia pertama kali dirayakan di Malaysia pada tanggal 1 Mei 1972 sebagai hari kelepasan am bagi pekerja Malaysia.

Apabila, menyebut tentang Hari Pekerja, tidak dapat dilupakan peristiwa Hymarket. Pada, 1 Mei 1886, ratusan ribu orang buruh mengadakan tunjuk perasaan bagi menuntut hak bekerja selama 8 jam, diberikan perlindungan keselamatan, dan menentang penggunaan kanak-kanak sebagai pekerja buruh. Aksi tunjuk perasaan berlarutan sehingga 4 hari sejak tanggal 1 Mei sehinggalah terjadi pertempuran antara polis dan orang buruh setelah satu letupan bom berlaku.

Maka ramai para aktivis dan tokoh-tokoh orang buruh ditangkap dan seramai 8 orang dijatuhkan hukuman gantung. Masyarakat terus memberontak dan mengecam sistem kehakiman US memihak kepada golongan majikan.

Pada tahun 1887, Presiden Grover Cleveland telah memilih Isnin pertama bulan September sebagai hari buruh di AS. Pada 1894 Presiden Grover secara rasminya mengisyhtiharkan Isnin pertama bulan September sebagai hari buruh. Namun banyak kesatuan pekerja yang lebih radikal mahukan tarikh 1 Mei sebagai hari buruh.

Begitu mahal harga yang dibayar bagi menuntut hak dan kebebasan. Tatkala sang penguasa zalim menekan rakyat, dimanakah lagi suara yang dapat disalurkan selain daripada turun ke jalanraya. Pengorbanan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh terdahulu haruslah dijadikan sebagai sumber inspirasi bagi menegakkan keadilan.

Lebih-lebih lagi di Malaysia yang sedang menghadapi krisis. Perlaksanaan GST yang menekan rakyat hasil daripada tindakan pemimpin yang gagal menguruskan Negara ini dengan baik. Golongan yang terkesan ialah golongan pekerja. Seharian bekerja, pendapatan kecil terus terbeban dengan pelbagai kos sara hidup yang kian meningkat.

Peranan sebuah kerajaan ialah mengurus negara dengan baik dengan menyediakan keperluan asas yang lengkap seperti pendidikan, kesihatan dan ekonomi. Kerajaan seharusnya mampu mencipta pekerjaan kepada rakyat daripada terus menerus memberi wang. Untuk mencipta pekerjaan, industri dan perancangan ekonomi Negara haruslah dirancang dengan rapi. Untuk mencipta kemajuan industri, pengurusan wang haruslah telus.

Bukan caranya memberi wang yang besifat sementara, seharusnya rakyat perlu diberi pendidikan. Institut Pendidikan Awam perlu diperbanyakkan lagi memandangkan begitu ramai anak muda lepasan sekolah yang tidak dapat masuk ke IPTA. Melalui pendidikan mereka, diberikan p**a pekerjaan supaya ilmu dan kepakaran dapat dimanfaatkan dan disumbangkan semula demi kemajuan Negara. Secara tidak langsung, Malaysia dapat melahirkan golongan pekerja dan rakyat yang berkualiti tinggi. Inilah model Negara maju yang kita impikan.

“"In both our lands, it is the people who control the Government, not the Government control the people.".” – Winston Churchill

Angkatan Muda Keadilan Subang mempunyai impian yang besar dalam melihat Malaysia terus mencapai sebuah Negara maju. Kebajikan rakyat yang bekerja harus dijaga. Hasil Negara mesti diurus dan di agih dengan adil, agar kebajikan dan nasib rakyat miskin terbela. Kita semua mengimpikan Malaysia terus maju dan sejahtera.

Selamat Hari Pekerja.
Angkatan Muda keadilan Subang.

Salam Takziah kepada DS Anwar Ibrahim dan keluarga. Semoga diberikan kekuatan dalam menempuhi ujian Allah S.W.T
05/04/2015

Salam Takziah kepada DS Anwar Ibrahim dan keluarga. Semoga diberikan kekuatan dalam menempuhi ujian Allah S.W.T

SEMUA DIJEMPUT HADIRAcara : Forum Isu-Isu Semasa Tarikh : 30 Mac (Isnin) Masa : 8:30 - 11:00 Malam Tempat : Dewan MBPJ S...
28/03/2015

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Acara : Forum Isu-Isu Semasa
Tarikh : 30 Mac (Isnin)
Masa : 8:30 - 11:00 Malam
Tempat : Dewan MBPJ Sek 7, Kota Damansara
Moderator : YB G.Manivanan (PKR)

Ahli Panel :-
1) YB Sivarasa Rasiah (PKR)
2) YB Zuraidah Kamaruddin (PKR)
3) Ust Fakrulrazi (PAS)
4) Cikgu Faris Musa (Jingga 13, PKR)

Address

6-2, Jalan Pekaka 8/4, Sek. 8, Kota Damansara
Petaling Jaya
47810

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AMK Cabang Subang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AMK Cabang Subang:

Share