BSPT Petaling Jaya

BSPT Petaling Jaya Selamat Datang ke Facebook Rasmi BSPT Petaling Jaya. Tuan/puan dapat menerima info dan membantu menyalurkan maklumat Trafik di sekitar Petaling Jaya

Kaunter Aduan Kemalangan

PROGRAM ADVOKASI - CERAMAH KESELAMATAN JALAN RAYA - PROGRAM OP DIDIK PDRM BERSAMA MURID SEKOLAH KEBANGSAAN SRI DAMAI DAN...
21/04/2026

PROGRAM ADVOKASI - CERAMAH KESELAMATAN JALAN RAYA - PROGRAM OP DIDIK PDRM BERSAMA MURID SEKOLAH KEBANGSAAN SRI DAMAI DAN SEKOLAH KEBANGSAAN ASSUNTA (2)

Pada 21/04/2026, BSPT Petaling Jaya telah mengadakan program Advokasi- ceramah dan Pameran Keselamatan Jalan Raya di 2 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sri Damai dan Sekolah Kebangsaan Assunta (2), Petaling Jaya.

Ceramah Keselamatan Jalan Raya telah disampaikan oleh Sjn Suhardi bin Ramli kepada murid-murid bagi memberi & menambah ilmu pengetahuan serta ingatan betapa pentingnya keselamatan semasa berada di atas jalan raya.

Seusai sesi ceramah diteruskan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz selepas ceramah, penyampaian cenderahati, pameran keselamatan Jalan raya dan aset kenderaan trafik dan sesi bergambar bersama para pelajar.

Turut hadir pada program ini adalah Pegawai perhubungan sekolah, anggota Trafik dan Tugas Am IPD Petaling Jaya.






PROGRAM ADVOKASI - CERAMAH KESELAMATAN JALAN RAYA - PROGRAM OP DIDIK PDRM BERSAMA MURID SEKOLAH KEBANGSAAN (L) BUKIT BIN...
16/04/2026

PROGRAM ADVOKASI - CERAMAH KESELAMATAN JALAN RAYA - PROGRAM OP DIDIK PDRM BERSAMA MURID SEKOLAH KEBANGSAAN (L) BUKIT BINTANG 1 DAN SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA JAYA (2)

Pada 16/04/2026, BSPT Petaling Jaya telah mengadakan program Advokasi- ceramah dan Pameran Keselamatan Jalan Raya di 2 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (L) Bukit Bintang dan Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya (2), Petaling Jaya.

Ceramah Keselamatan Jalan Raya telah disampaikan oleh Insp. Mohd Nazreen bin Nasharuddin dan Insp. Mohammad Najib kepada murid-murid bagi memberi & menambah ilmu pengetahuan serta ingatan betapa pentingnya keselamatan semasa berada di atas jalan raya.

Seusai sesi ceramah diteruskan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz selepas ceramah, penyampaian cenderahati, pameran keselamatan Jalan raya dan aset kenderaan trafik dan sesi bergambar bersama para pelajar.

Turut hadir pada program ini adalah Pegawai perhubungan sekolah, anggota Trafik dan Tugas Am IPD Petaling Jaya.






08/04/2026
PEMANDU MABUK=TEMPAH MAUT
04/04/2026

PEMANDU MABUK=TEMPAH MAUT

02/04/2026

Kuala Lumpur: Minuman keras bukan sekadar untuk dinikmati golongan berkenaan, sebaliknya ia datang dengan tanggungjawab, nilai moral dan kesedaran tinggi berhubung keselamatan semua pihak.

24/03/2026

Op Selamat 26- Hari-6

𝑶𝒏𝒆 𝑮𝒐𝒐𝒅 𝑫𝒆𝒆𝒅 𝑨 𝑫𝒂𝒚..

Pada 24/03/2026 @ jam lebih kurang 1500hrs, petugas Op Selamat 26 dari BSPTD Petaling Jaya yang sedang menjalankan Rondaan dan Pemantauan Op Selamat Sempena Hari Raya Aidilfitri di sekitar kawasan hotspot telah berhenti dan memberikan bantuan kepada orang awam (1) lelaki Melayu yang mengalami tayar kereta pancit di Lebuhraya Damansara Puchong.

Petugas Op Selamat BSPTD Petaling Jaya telah mengambil tindakan membantu menukarkan tayar kereta yang pancit dengan tayar simpanan sementara.

Terima kasih Sahabat.. “Jazaakumullah Khairan Katsiran Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza” (جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء) “Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.






23/03/2026

Op Selamat 26- Hari-5

𝑶𝒏𝒆 𝑮𝒐𝒐𝒅 𝑫𝒆𝒆𝒅 𝑨 𝑫𝒂𝒚..

Pada 23/03/2026 @ jam lebih kurang 1200hrs, petugas Op Selamat 26 dari BSPTD Petaling Jaya menjalankan Rondaan dan Pemantauan Op Selamat Sempena Hari Raya Aidilfitri di sekitar kawasan hotspot telah berhenti dan memberikan bantuan kepada orang awam (1) perempuan cina kenderaan rosak di Jalan Lapangan Terbang Subang.

Petugas Op Selamat BSPTD Petaling Jaya telah mengambil tindakan pantas membuat Kawalan Lalulintas dan menolak kenderaan tersebut dilorong kecemasan. Tindakan ini secara tidak langsung membantu aliran trafik menjadi lebih lancar serta membantu mencegah dari berlakunya kemalangan yang lain.

Terima kasih Sahabat.. “Jazaakumullah Khairan Katsiran Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza” (جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء) “Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.






21/03/2026

Op Selamat 26 - Hari - 3

UNIFORM KERJA JADI GANTI BAJU RAYA PADA PAGI SYAWAL

PETALING JAYA: Saat rakyat Malaysia bangun pada pagi Aidilfitri ditemani aroma rendang dan ketupat di rumah, Pegawai dan anggota PDRM khususnya petugas Op Selamat BSPT Petaling Jaya masih bertugas bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pengguna jalan raya dalam daerah Petaling Jaya.

Ikuti video yang dikongsikan pihak Free Malaysia Today (FMT) berkenaan penugasan petugas barisan hadapan yang disiarkan di laman web rasmi mereka bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1147H tahun 2026.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.






Address

IPD PETALING JAYA
Petaling Jaya
46050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BSPT Petaling Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share