12/04/2026
Advanced Defence Systems (ADS) dengan kerjasama rakan strategiknya Thales berjaya melaksanakan demonstrasi sistem radio HF XL di Kementerian Pertahanan Malaysia, menonjolkan keupayaan komunikasinya untuk memenuhi keperluan pertahanan dan keselamatan moden.
Peralatan yang diperkenalkan ialah sistem radio taktikal HF XL 400W yang dikeluarkan oleh Thales dan dikonfigurasikan sebagai stesen dengan antena ANT 308. Demonstrasi itu menunjukkan keupayaan komunikasi jarak jauh radio taktikal HF XL generasi baru itu, di mana 113 unit daripadanya bakal diguna pakai oleh Tentera Darat Malaysia. Sistem radio ini mampu menghantar data dengan selamat dan menyokong penstriman video langsung sambil menyampaikan kadar data sehingga 10 kali ganda lebih tinggi daripada sistem HF konvensional, memastikan komunikasi jarak jauh yang berdaya tahan sehingga 10,000km selain daya tahan gangguan.
Demonstrasi tersebut mempamerkan prestasi komunikasi jarak jauh Radio HF XL, kebolehpercayaan dalam persekitaran yang mencabar dan ciri penghantaran data yang selamat. Sistem ini direka bentuk untuk menyokong komunikasi beyond-line-of-sight (BLOS), menjadikannya alat yang penting untuk operasi ketenteraan, tindak balas bencana dan sambungan jarak jauh., tindak balas bencana dan sambungan jarak jauh.
Demonstrasi mengambil tempat di tiga lokasi serentak dengan satu radio 400W HF XL di Kuala Lumpur dan di Kota Kinabalu, Sabah manakala satu unit 125W HF XL bertempat di Lumut, Perak. Demonstrasi langsung itu disiarkan di antara ketiga-tiga lokasi tersebut. Semasa sesi tersebut, gambaran keseluruhan berkenaan ciri-ciri utama radio tersebut, termasuk reka bentuk, kemudahan penggunaan dan kebolehsuaian kepada pelbagai senario operasi. Radio Thales HF XL menunjukkan komunikasi suara dan data yang stabil merentasi jarak yang jauh, walaupun dalam keadaan rupa bumi yang mencabar dan cuaca buruk.
“Demonstrasi bersama ini mempamerkan kepakaran Thales dalam komunikasi radio taktikal di Malaysia selama lebih 30 tahun ini. Kami berterima kasih atas sokongan rakan kongsi yang kukuh seperti ADS dan kepercayaan terhadap teknologi kami daripada Angkatan Tentera Malaysia(ATM)”, kata Pengarah Urusan Thales di Malaysia dan Brunei, Florian Riou.
“Demonstrasi radio HF XL menandakan yang pertama seumpamanya di rantau ini, mempamerkan teknologi baharu yang canggih ini. Ia juga berfungsi sebagai sandaran yang andal untuk komunikasi satelit, memastikan sambungan yang berterusan dan berdaya tahan dalam operasi kritikal”, kata Pengarah Pembangunan Perniagaan ADS, Leftenan Kolonel (B) Shane Chin.
Tentera Darat Malaysia (TDM) menganugerahkan Thales kontrak untuk 113 unit radio HF XL dalam konfigurasi yang dipasang pada kenderaan termasuk radio, penguat dan antena pada September 2025. Dengan itu, Malaysia menjadi pelanggan eksport pertama sistem tersebut dan negara pertama di Asia yang memperolehnya.
Radio ini membekalkan kelebihan penuh HF, termasuk penghantaran yang selamat, kos operasi yang rendah dan liputan jarak jauh di kawasan terpencil atau persekitaran yang kurang mendapat perkhidmatan satelit. Ia meningkatkan daya tahan terhadap kesesakan dan membolehkan pemindahan fail data besar seperti imej dan penstriman video.
Radio HF XL Thales ini boleh digunakan dengan radio sedia ada dalam inventori Tentera Darat, rangkaian lengkap stesen radio TRC 3900 HF XL juga termasuk penyelesaian manpack 20W untuk keperluan mudah alih pasukan autonomi jarak jauh sehingga 1000km, serta penyelesaian radio 400 W & 1KW, yang membolehkan pos arahan yang digunakan untuk berkomunikasi dengan ibupejabat dan dengan unit lain di kawasan terpencil teater operasi dalam jarak sehingga 5,000km.