17/06/2026
UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
Bagi pihak Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) KEADILAN Cabang Permatang Pauh, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang dan bertungkus-lumus menjayakan Program Sambutan Awal Muharram 1448H.
Penghargaan khusus diucapkan kepada YB Tuan Zulkifli Md Yusof, Naib Ketua Cabang KEADILAN Permatang Pauh, atas sumbangan dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Ucapan terima kasih juga kepada YB Dato' Amir Md Ghazali, Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Permatang Pauh, yang turut menyumbang dan memberikan sokongan padu sepanjang penganjuran program ini.
Tidak dilupakan juga kepada para penyumbang, sukarelawan serta seluruh tenaga kerja daripada Jemaah Kuliah Muslimat Umum Yayasan Aman yang telah bergotong-royong menyediakan juadah dan membantu kelancaran program dari awal hingga selesai.
Sesungguhnya kejayaan program ini adalah hasil semangat kebersamaan, ukhuwah dan kerjasama semua pihak yang hadir dengan satu matlamat iaitu memperkukuhkan syiar Islam serta mengimarahkan aktiviti kemasyarakatan di Permatang Pauh.
Semoga segala amal jariah, sumbangan dan khidmat bakti yang dicurahkan mendapat ganjaran terbaik di sisi Allah SWT.
Mudah-mudahan kerjasama yang terjalin ini akan terus diperkukuhkan dan menjadi asas kepada lebih banyak program yang bermanfaat untuk masyarakat pada masa akan datang.
"Bersama Memperkasa Dakwah, Mengukuhkan Ukhuwah dan Membina Ummah."
Ikhlas daripada,
Muhammad Danish Adam
Setiausaha
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA)
KEADILAN Cabang Permatang Pauh