14/09/2026
🌿 ADMIN FORCE 2026 | MEMPERKUKUH UKHUWAH, MEMBINA KERJASAMA 🌿
Pada 11 hingga 12 September 2026, Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis telah menganjurkan Program Admin Force 2026 yang bertempat di Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands.
Program ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan staf, di samping meningkatkan semangat kerjasama, komunikasi dan kekitaan antara warga Bahagian Pentadbiran. 🤝
Pelbagai aktiviti menarik dan santai telah dilaksanakan sepanjang program yang bukan sahaja menceriakan suasana, malah memberi peluang kepada para peserta untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat dalam suasana yang lebih santai dan harmoni.
✨ Bersama melangkah, bersama mengukuh sinergi.
Semoga semangat kebersamaan yang terjalin melalui Admin Force 2026 terus menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat serta kecemerlangan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab di UiTM Cawangan Perlis.
📍 Taman Agroteknologi MARDI, Cameron Highlands
📅 11 – 12 September 2026
“Stronger Together, Better as One!” 💜