21/08/2026
🇲🇾 PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT (SMD) PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH PEKAN 🇲🇾
PEKAN, 21 Ogos 2026 (Jumaat) – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan telah melaksanakan Program Gaya Hidup Sihat (SMD) bertempat di Dewan Sri Temenggong, IPD Pekan.
Program ini telah dihadiri oleh YDH Supt. Mohd Zaidi bin Mat Zin, Ketua Polis Daerah Pekan bersama YDH DSP Mohd Fierdaus bin Mohamad Radzi, Timbalan Ketua Polis Daerah Pekan.
Majlis dimulakan dengan laporan kehadiran warga IPD Pekan oleh Pegawai Baris, Insp. Mohd Azrul Nizam bin Zainudin , KBSJND Pekan kepada YDH Ketua Polis Daerah Pekan.
Seterusnya sesi regangan dipimpin oleh Penolong Pegawai Baris sebagai persediaan sebelum aktiviti SMD bermula. Aktiviti SMD dikendalikan oleh KPL Muhammad Aizuddin bin Mahusain, Jurulatih Seni Mempertahankan Diri (SMD) dari Cawangan Istana Abu Bakar, Pekan.
Aktiviti SMD dilaksanakan dengan penuh semangat dan diakhiri dengan laporan penutup oleh Pegawai Baris sebelum warga IPD Pekan bersurai.
Program ini bertujuan membudayakan amalan gaya hidup sihat serta meningkatkan stamina dan tahap kecergasan warga PDRM agar sentiasa berada pada tahap optimum.
Tahap kesihatan, kecergasan dan ketangkasan yang tinggi amat penting bagi memastikan setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.
Keseluruhannya, program telah berlangsung dengan lancar dan jayanya tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.
💪 SIHAT, CERGAS, BERDISIPLIN DAN SIAP SIAGA