26/01/2025
LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI HL AGROFARM KB, GUNUNG
1. Tarikh: 26 Januari 2025 (Ahad)
2. Masa: 10.00 pagi
3. Lokasi: HL Agro Farm KB, Gunung https://g.co/kgs/Y3Z69kJ
4. Penglibatan:
a) Pihak HL Agrofarm
b)Semua pelatih PKS Agrotani Siri 1/2025
c)Seorang tenaga pengajar
d)Seorang penyelaras latihan
5. Tujuan Lawatan:
a. Memberikan pendedahan awal kepada pelatih mengenai bidang penternakan, pertanian, dan pembuatan makanan haiwan.
b. Mengadakan perbincangan mengenai prospek kerjaya kedua bagi bakal pesara.
6. Laporan Aktiviti:
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat oleh wakil HL Agro Farm KB yang memberi penerangan tentang operasi ladang serta peluang dalam industri. Para pelatih turut dibawa melawat fasiliti termasuk kawasan pemprosesan makanan haiwan dan sistem penternakan moden.
Sesi perbincangan diadakan untuk membincangkan kerjaya kedua bagi pelatih selepas tamat latihan. Kehadiran delegasi PERHEBAT disambut mesra oleh pihak HL Agro Farm, yang menunjukkan minat tinggi untuk bekerjasama dalam melatih pelatih dalam bidang berkaitan.
Program ini diakhiri dengan sesi Makan tengahari dan bergambar kenangan bersama wakil HL Agro Farm KB.
7. Kesimpulan:
Lawatan ini memberi manfaat besar kepada pelatih PKS Agrotani dalam menyediakan mereka untuk menceburi bidang berkaitan. Pendedahan langsung di lapangan memberi inspirasi serta gambaran realistik terhadap peluang dan cabaran dalam industri agro.
8. Disertakan gambar untuk makluman.
Sekian, terima kasih.
MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD YUNUS
Pengajar Keusahawan Agrotani
PERHEBAT Negeri Kelantan