Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan PasirMas

Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan PasirMas Selamat Datang Ke Page Baru PKMJ Pasir Mas...

21/05/2026

Program RYTHM- Ritma Kehidupan Harmoni - Sukarelawan Belia Dalam Perkhidmatan Kebajikan : Program Sihat Warga Emas Daerah Pasir Mas

📅 Tarikh: 20 Mei 2026 (Rabu)
⏰️ Masa: 8.00 pagi - 2.00 petang
📍Tempat: Dewan Utama Kompleks Apam Putra, Pasir Mas.

Program ini dirasmikan oleh Encik Anuar Bin Mahmod Ketua Penolong Pengarah JKMN Kelantan. Penglibatan penyertaan seramai 156 pada program kali ini bertujuan meningkatkan kesejahteraan warga emas melalui pelaksanaan aktiviti yang bersesuaian kepada warga emas yang berdaftar di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Pasir Mas , Rantau Panjang, belia daripada KBS dan sukarelawan JKM dalam memperkasa perkhidmatan kebajikan kepada kumpulan sasar jabatan. Penglibatan Agensi seperti Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas , Giat Mara Pasir Mas , Pejabat Agensi Anti Dadah Daerah Pasir Mas , Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas, Shalis Care Centre turut serta dalam menyampaikan maklumat agensi masing-masing. Aktiviti sukaneka dalam program ini bukan sahaja memperkukuh sinergi strategik antara JKM dan KBS, malah membuka ruang penyertaan belia secara lebih tersusun dalam ekosistem kebajikan negara. Program ini diharapkan dapat memperkasa belia dan memperkukuh jaringan sokongan komuniti kepada kumpulan sasar jabatan.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan






See less

21/05/2026

Program Saringan Penentuan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (PROSPER) 2026 kerjasama antara PPD Pasir Mas, KKM dan JKM Pasir Mas.

Tarikh : 19 & 20 Mei 2026
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : SK Sultan Ibrahim 4

Program saringan ini melibatkan 74 orang murid- murid dari pelbagai sekolah di Daerah Pasir Mas.

Program PROSPER ini juga diharapkan dapat membantu ibu bapa, pihak sekolah dan komuniti dalam meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengesanan awal terhadap murid berkeperluan pendidikan khas agar mereka mendapat akses pendidikan yang lebih inklusif dan berkualiti.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan





See less

Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas telah menyantuni 5 bu...
17/05/2026

Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas telah menyantuni 5 buah rumah Klien dan turut menyampaikan Sumbangan Bakul Keperluan Sempena Program Ziarah Kasih dan Jelajah Outreach Literasi Kesihatan Diabetes Peringkat Daerah Pasir Mas

​Program ini bukan sekadar pameran kesihatan biasa, tetapi penuh dengan aktiviti menarik, kaunter khidmat pelanggan dan hadiah cabutan bertuah.

​🗓️ MAKLUMAT PROGRAM:

*​Tarikh: 16 Mei 2026 (Sabtu)*
*​Masa: 8:00 Pagi – 1:00 Tengahari*
*​Tempat: Masjid At-Taqwa, Bunut Susu & Sekitar rumah Klien JKM Pasir Mas

*​Perasmian Oleh: YBhg. Dato' Dr. Mohd Azman Bin Yacob (Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan)*

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan






*BENGKEL PENGURUSAN GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA KAKITANGAN PKMJ PASIR MAS*Tarikh : 06 Mei 2026 (Rabu)Tempat : Bilik...
07/05/2026

*BENGKEL PENGURUSAN GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA KAKITANGAN PKMJ PASIR MAS*

Tarikh : 06 Mei 2026 (Rabu)
Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas Kelantan
Masa : 08.00 Pagi - 04.00 Petang
Bil. Peserta : 35 orang kakitangan (23 staf lelaki, 12 staf perempuan)

Objektif :
* Memberi kefahaman jelas tentang maksud dan bentuk gangguan seksual
* Meningkatkan kesedaran tentang hak pekerja dan tanggungjawab majikan
* Menyediakan panduan tindakan jika berlaku ganggual seksual
* Membantu organisasi membina persekitaran kerja yang selamat dan hormat.

Pengisian Program
-Ceramah
-LDK (Roleplay)

Penceramah/Fasilitator
1.Pegawai Psikologi PKMJ PM
2.Ahli AKRAB PKMJ PM

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan






See less

28/04/2026

MAJLIS LAMBAIAN KASIH SEINDAH MEMORI

Tarikh : 27 April 2026
Lokasi : Holiday Villa Hotel Kota Bharu

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan






Tarikh : 15 April 2026Lokasi : Bilik Mesyuarat Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir MasTelah dilaksanakan Mesyuara...
16/04/2026

Tarikh : 15 April 2026
Lokasi : Bilik Mesyuarat Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas

Telah dilaksanakan Mesyuarat Pasukan Pelindung Kanak-Kanak Jajahan Pasir Mas Bilangan 1 Tahun 2026 yang telah dipengerusikan oleh Encik Azahar Bin Ismail (Pengerusi Pasukan Pelindung Kanak-Kanak Jajahan Pasir Mas dan turut dihadiri oleh Puan Suzieyaty Binti Siyude (Penyelaras Kanak-Kanak Negeri Kelantan), Encik Khairul Azhar Bin Mat Jurit (Pegawai Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas) serta Ahli Jawatankuasa Pasukan Pelindung Kanak-Kanak

Antara prrbincangan dalam mesyuarat adalah:-
1. Pembentangan Pelaksanaan Program Pasukan Pelindung Kanak-Kanak Jajahan Pasir MAs Tahun 2025
2. Perancangan Program Pasukan Pelindung Kanak-Kanak Jajahan Pasir Mas Tahun 2026
3. ⁠Penerangan mengenai peranan Pasukan Pelindung Kanak-Kanak dan Projek Rintis Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Bestari Pasir Mas
4. ⁠Statistik Kes Pemeliharaan dan Pelindungan Jajahan Pasir Mas tahun 2025 & 2026 (Sehingga April)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan






Pameran JKM Pasir Mas diadakan di Dewan Apam Putra  Majlis Daerah Pasir Mas pada 7 April  2026 menjadi salah satu pengis...
08/04/2026

Pameran JKM Pasir Mas diadakan di Dewan Apam Putra Majlis Daerah Pasir Mas pada 7 April 2026 menjadi salah satu pengisian bermakna dalam memperkenalkan perkhidmatan JKM secara tidak lansung memberi pencerahan yang lebih menyeluruh kepada semua sempena Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Penghulu Jajahan Pasir Mas. Suasana penuh harmoni dan kemesraan bukan sahaja menjadi ruang untuk berkumpul malah turut menjadi medan mengeratkan hubungan silaturahim antara para penghulu, wakil agensi serta para jemputan yang hadir. Semoga dengan pelantikan ini, para penghulu yang menerima watikah akan terus komited memikul amanah dengan penuh dedikasi dalam memimpin masyarakat serta memperkukuhkan lagi pembangunan dan kesejahteraan komuniti di seluruh jajahan Pasir Mas. Semoga segala usaha yang dilaksanakan sentiasa dipermudahkan dan membawa manfaat kepada rakyat serta negeri.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan






Pemeriksaan berkala Pusat Jagaan dan Pemantauan  ke atas Taska Berdaftar sekitar Jajahan Pasir Mas telah dijalankan pada...
05/04/2026

Pemeriksaan berkala Pusat Jagaan dan Pemantauan ke atas Taska Berdaftar sekitar Jajahan Pasir Mas telah dijalankan pada 5 April 2026 (AHAD)

Pemeriksaan Berkala dan Pemantauan ini dilaksanakan bagi memastikan Pusat Jagaan dan Taska Berdaftar dengan pihak JKM mematuhi peraturan-peraturan Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506) dan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan




Address

Pasir Mas
17000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan PasirMas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share